INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI


BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
 Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)

PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25


LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)

TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)

DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)

TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)

Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)

MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)

HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)

PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)

Widget by Beautiful Beta

CARIAN BLOG INI

Khamis, Disember 18, 2014

Persoalan Terhadap FELDA

(Gambar :The Park City Hotel,London)

1.Saya penyokong kuat FELDA, kadangkala perlu kritik kerana sayang bukan untuk jatuhkan. Kalau dahulu Tun Razak dengan bijak menyatukan orang Melayu ke satu kawasan agar lebih mudah dibangunkan daripada petempatan berselerak, sekarang FELDA merupakan antara cerita ‘rags to richest’ yang dipuji oleh rakyat Malaysia dan juga ahli pemikir antarabangsa. Prof Jeffrey Sachs seorang pemikir yang sinonim dengan pembasmian kemiskinan telah menggunakan contoh FELDA di satu temu bual sebagai program terbaik untuk menyelesaikan masalah kemiskinan tegar.

2.Alhamdullilah, sekarang Koperasi Permodalan FELDA merupakan antara koperasi terkaya di negara dengan 3.43 billion asset. Peneroka juga hidup dengan selesa dijaga rapi oleh syarikat itu sambil diberi kemudahan untuk berniaga dan mendapat pendidikan. Felda Global Ventures pula satu kebanggan negara merupakan sebuah syarikat bernilai berbillion dan merupakan antara pemilik kelapa sawit terbesar di dunia. Jauh perjalanan orang Melayu yang dahulu hanya bekerja di ladang sebagai buruh kasar dan bukan pengurus.

3. Agak menyedihkan sejak kebelakangan ini ada beberapa isu menghasilkan tanda tanya kepada rakyat. Bermula dengan ‘suspension’ Director General Datuk Faizoull Ahmad kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi Tan Sri Isa Samad atas isu tertentu. Datuk Faizoull merupakan DG kedua digantung selepas Datuk Dzulkifli Abd Wahab juga digantung dan sekarang dihantar ke Rome,Italy atas alasan kerja. Bagaimana dua DG boleh digantung kerana tidak bersetuju dengan Pengerusi? Kerana FELDA mempunyai begitu banyak peneroka yang bergantung kepada syarikat tersebut, kerajaan perlu memberi perjelasan terperinci berkenaan masalah pengurusan dalam syarikat itu.

4.Hari ini pula berita terhangat ialah FELDA membeli hotel ke-2 mereka di London,UK bernama Park City Hotel bernilai £60mil (RM330mil). Keputusan FELDA bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri DS Razali Ibrahim di parlimen :
"Buat masa ini, Felda tidak merancang untuk membeli mana-mana hotel. Konglomerat itu hanya akan fokus kepada hotel sedia ada beroperasi," (DS Razali Ibrahim).
Bagaimana peneroka boleh untung daripada pembelian hotel ini? Adakah peneroka akan dihantar ke hotel itu untuk latihan atau diberi peluang mengurus hotel? Jika setakat dividen ia tidak berapa menguntungkan negara, sepertimana semua tahu apabila syarikat Malaysia membuat pelaburan di luar, KDNK tidak akan meningkat kerana rakyat London yang akan untung dan bukan rakyat Malaysia

5. Saham Felda Global Ventures juga menjunam kepada paras terendah disebabkan oleh kejatuhan harga minyak kelapa sawit (CPO) dan minyak mentah (20-25% eksport Malaysia merupakan produk petroleum).


6. Dahulu juga Tabung Haji sedang menyiapkan kertas kerja untuk membuat pelaburan besar di bandar muflis Detroit,Amerika, tetapi pada saat akhir mereka membatalkan rancangan itu .Saya fikir kerajaan tidak patut beri banyak peluang kepada ahli politik untuk mengurus tadbir sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun sebagai Pengerusi (Chairman). Kerajaan perlu telus dan membenarkan golongan korporat mengurus GLC manakala ahli politik kerja dalam bidang politik sahaja. Jika letak ahli politik dalam syarikat ia akan menyukarkan kemajuan syarikat itu dan juga membenarkan budaya politik wang untuk membiak. Disebabkan saya tiada fakta jadi tidak boleh membuat tuduhan, tetapi pergantungan DG itu kemungkinan besar ada kait rapat dengan pembelian hotel ini. Teori sahaja.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong