KUALA LUMPUR: Kerja menganalisa penerbangan Indonesia
AirAsia QZ8501 merupakan salah satu kerja sukar dan mencabar buat Nurcahyo
Utomo, yang mengenali juruterbang secara peribadi.
Penyiasat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan,
Nurchayo berkata mendengar rakaman dari kotak hitam berkali-kali boleh
membimbangkan dan memerlukan kekuatan mental yang tinggi.
“Mendengar rakaman kotak hitam yang terlibat dalam
kemalangan tidak sama seperti mendengar muzik atau perbincangan.
“Kami sedang mendengar rakaman detik-detik terakhir sebelum
kemalangan itu dan ia membimbangkan. Ada kalanya para penyelidik merasa
terkesima mendengar rakaman tersebut,” katanya kepada Viva.co.id.
Semasa mendengar perkataan akhir mereka seperti
“Allahuakhbar” berulang kali, menyebabkan penyiasat berasa seram sejuk, berkata
Nurcahyo.
“Ia seolah-olah kita dapat merasakan mereka … Allahuakhbar,
Allahuakhbar kata-kata ucapan sebelum mereka mati.
“Walaupun berat hati, kita tidak dapat lari daripada tugas.
Mendengar kepada perbualan yang terakhir akan menjadi kunci untuk mendedahkan
punca kemalangan AirAsia.
“Kita akan tahu apa sebenarnya yang berlaku dari perbualan
antara juruterbang dan pembantu juruterbang sebelum kemalangan itu,” katanya.
Tugas menganalisa kotak hitam akan menjadi lebih sukar untuk
Nurcahyo yang merupakan junior kepada juruterbang, Kapten Iriyanto.
“Indriyanto adalah senior saya dan dia adalah orang yang
mengajar saya bagaimana untuk terbang.
“Saya tidak boleh bayangkan bagaimana saya akan mendengar
kata-kata terakhirnya,” katanya.
Artikel Asal NST.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan