INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Mac 27, 2015

106 SOALAN TENTANG GST HANYA 105 DIJAWAB OLEH KASTAM

106 Soalan yang ditujukan kepada pihak Kastam dan Kerajaan pada hari ini.

1. Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku?

2. Adakah 10% SST akan dihapuskan selepas GST 6% dilaksanakan bermula 1 April ini?

3. Bagi syarikat-syarikat yang memperoleh pulangan mencecah RM500K tahun lepas tetapi tidak dijangka untuk mencapai jumlah tersebut pada tahun ini, adakah mereka harus mendaftar dan mengutip GST?

4. Sama juga mengenai syarikat-syarikat yang berada pada garis sempadan, apa yang patut mereka lakukan dan bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani isu ini supaya ia adil kepada mereka dan pengguna? Adalah difahamkan bahawa kes-kes yang berada pada garis sempadan digalakkan untuk mendaftar dan mengutip GST jika pulangan mereka tidak mencecah RM500k, kemudian bagaimana?

5. Mengapa kerajaan mengurangkan peratusan cukai korporat daripada 25% kepada 24% kerana itulah hasil penting bagi kerajaan dan mencaj GST 6%?

6. Adakah gaji minimum akan dikaji semula dan dinaikkan kepada gaji yang mencukupi untuk kelangsungan hidup, sebelum melaksanakan GST? Berapakah kenaikan itu?

7. Mengapa tidak kekalkan senarai barangan and perkhidmatan yang dikenakan SST sama dengan GST? Mengapa ia perlu diluaskan kepada barangan dan perkhidmatan yang tiada cukai sebelum ini?

8. Apakah mekanisma yang akan diambil kerajaan untuk mengekangkan kenaikan harga akibat GST?

9. Mengapa barangan harian seperti tin sardin dikenakan GST 6%, manakala udang galah dikecualikan GST?

10. Bagaimana hasil daripada GST akan digunakan untuk orang awam? Sila nyatakan.

11. Bank Dunia mengatakan bahawa cukai pengguna seperti GST adalah regresif dan memberi kesan paling teruk kepada yang miskin. Dalam keadaan sedemikian, mengapa kerajaan mahu melaksanakan GST?

12. Masih terdapat 17000 firma yang menunggu untuk didaftarkan untuk GST, ini adalah jumlah yang besar untuk berurusan dalam masa dua minggu sebelum pelaksanaan GST ini. Bagaimanakah anda kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini?

13. Tidakkah anda terfikir, jika kerajaan menghukum dan mendenda perniagaan yang tidak berdaftar di bawah GS,T akan berpindah ke negara lain untuk melabur?

14. Perniagaan di Malaysia adalah baik dan membuat keuntungan besar jadi mengapa kadar cukai korporat mereka sedang dikurangkan?

15. Menurut laporan juruaudit agung tahunan ini, kerajaan kehilangan wang setiap tahun kerana ketirisan. Apakah jaminan bahawa hasil GST tidak akan dikendalikan mengikut nasib yang sama?

16. Adakah kaum kerabat seperti sultan / raja dan keluarga mereka membayar cukai?

17. Sebelum pelaksanaan GST, rakyat akan mempunyai kecenderungan untuk menyimpan barang-barang yang boleh menyebabkan kekurangan makanan atau barang keperluan bekalan. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah kejadian ini?

18. Adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawasi dan mengawal pengurusan GST untuk mengelakkan pembaziran seperti projek KLIA2 yang bermula dengan RM1.5 bilion dan berakhir dengan RM4.5 bilion?

19. Polisi Kesihatan Kebangsaan Malaysia 2006 menyatakan semua jenis ubat perlu dikecualikan cukai untuk memastikan pesakit mempunyai akses kepada ubat-ubatan. Ini bercanggah dengan keadaan semasa di mana GST dikenakan. Bagaimana pula sekarang cukai GST akan dikenakan pada ubat-ubatan?

20. Adakah pembelian rumah akan dikenakan Cukai GST? Bagaimana dengan rumah kos rendah?

21. Adakah penggunaan kad kredit akan dikenakan Cukai GST ?

22. Adakah ini bermaksud, pengguna perlu bayar Cukai GST 6% bagi apa-apa barangan yang dibeli menggunakan kad kredit dan selepas itu bila hendak membayar bil kad kredit , 6% lagi Cukai GST perlu dibayar kerana menggunakan kad kredit ?

22. Adakah pengeluaran wang di ATM akan dikenakan Cukai GST ? Bagaimana 6% akan dikira ?

23. Adakah petrol dan diesel akan dikenakan Cukai GST ?

24. Adakah LPG ( natural gas) akan dikenakan Cukai GST ?

25. Adakah penggunaan khidmat pajak gadai dikenakan Cukai GST ?

26. Adakah Cukai GST akan dikenakan apabila kita buat pinjaman perumahan atau sewa -beli kenderaan ?

27. Adakah kita boleh mengandaikan yang barangan yang tidak dinyatakan dalam buku panduan GST , kerajaan tidak akan dikenakan Cukai GST ?

28. Adalah dikatakan barangan zero rated dan barangan yang akan dikecualikan boleh dikaji semula oleh kementerian yang berkenaan bersama Kastam . Apakah kayu ukur ataupun kriteria untuk sesuatu barangan untuk dijadikan zero rated @dikecualikan cukai GST ? Bagaimanakah proses kaji semula akan dilakukan ?

29. Adakah perkhidmatan kesihatan swasta akan dikenakan Cukai GST ? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian ?

30. Adakah pendidikan swasta dikenakan Cukai GST? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian ?

31. Siapakah yang mendapat manfaat paling besar dan yang paling rugi apabila GST dilaksanakan?

32. Mengapa organisasi bukan berlandaskan keuntungan perlu dicukai dalam sistem GST walhal mereka bukanlah entiti komersial?

33. Badan amal dan agensi awam antarabangsa adalah dikecualikan cukai dan adakah mereka boleh mendapatkan pengecualian cukai selepas GST?

34. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin?

35. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.

36. Berapa lamakah masa yang diambil oleh pembekal, pemborong dan peruncit untuk mendapatkan kembali GST yang ditanggung dalam proses input?

37. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan harga barangan yang berpatutan sementara perniagaan memperoleh kembali GST?

38. Ekonomi dipacu oleh kuasa membeli rakyat, dengan GST kuasa membeli akan berkurangan. Adakah itu bermakna kita sedang mengalami kemeseletan ekonomi? Adakah anda mempunyai strategi untuk meningkatkan kuasa membeli?

39. Syarikat yang perniagaanya untuk satu tahun yang kurang daripada RM 500, 000 tidak perlu mendaftar kepada pihak Kastam dan membayar GST . Bagaimana pula jika suatu barangan yang sama dibekalkan oleh satu syarikat yang mempunyai jumlah bisnes melebihi RM 500k yang berdaftar dengan Kastam dan syarikat yang dikecualikan itu? Adakah barangan yang sama dari syarikat yang lain akan dikenakan cukai yang berbeza?

40. Apakah kadar inflasi sekarang dan kadar inflasi selepas 1hb.April, 2015? Adakah pihak Kerajaan sudah membuat anggaran ini ?

41. Apakah justifikasi menetapkan permulaan kadar GST pada 6%? Kenapa ianya tidak dimulakan pada kadar yang lebih rendah ?

42. Adakah pembelian yang dibuat oleh pihak Kerajaan ataupun GLC juga dikenakan GST ?

43. Untuk mematuhi kepada regim GST , semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit adalah amat penting untuk perniagaan . Bagaimana pula jika sesuatu perniagaan dan pembeli membuat transaksi tanpa rekod demi untuk mengelakan kesukaran ini . Maka adakah GST ini akan menyebabkan pasaran gelap bermaharajalela ? Bagaimana kerajaan akan mengawal perkara ini ?

44. Statistik menunjukkan kadar pendapatan (gaji) di negara Malaysia hanya 30% daripada GDP, manakala negara lain yang telah melaksanakan GST kadar pendapatannya lebih tinggi. Statistik juga menunjukkan kadar gaji di Malaysia tidak banyak naik sejak tahun 1970an. Jadi, apakah rasionalnya untuk melaksanakan GST sekarang?

45. Adakah pengecualian GST akan diberikan kepada golongan berikut:
-OKU
-warga emas
-penganggur
-miskin tegar

46. Adakah pihak kerajaan akan menunjukkan akaun GST secara telus kepada rakyat dan jika ya, bagaimana ianya akan dilakukan?

47. Apakah jaminan yang ada untuk memastikan wang kutipan GST tidak disalahgunakan oleh pihak Kerajaaan. Jelaskan mekanisme yang akan digunakan untuk tujuan ini.

48. Pihak Kerajaan dan Bank Negara Malaysia telah mengaku bahawa akan berlaku kenaikan harga selepas perlaksanaan GST tetapi ini adalah untuk sementara sahaja. Di Malaysia harga barang yang naik tidak pernah turun (kecuali minyak baru-baru ini). Jadi, bagaimana pihak berkuasa akan bertindak untuk mengawal harga barangan dan memastikan bersifat sementara sahaja. Rekod pihak berkuasa selama ini menunjukkan ia GAGAL dalam mengawal harga barangan termasuk semasa harga minyak turun.

49. Adakah Menteri-Menteri juga akan membayar GST seperti rakyat biasa kerana banyak perbelanjaan mereka disubsidi oleh pembayar cukai?

50. Mengapakah pihak Kerajaan membeli sebuah jet baru berharga RM465juta dengan bayaran ansuran RM2.2 juta setiap (untuk 15 tahun) semasa Kerajaan mengalami masalah kewangan. Kenapa masih boros berbelanja dan rakyat dibebankan dengan GST?

50. Hanya insurans hayat sahaja dinyatakan bebas cukai GST. Bagaimana pula dengan insurance kemalangan diri, penyakit kritikal, perubatan & kesihatan -?

51. Kenapakah tambang pengangkutan awam naik sebanyak 23% - 67 % yang sepatutnya berkurangan setelah dipotong dari SST?

52. Nilai ringgit telah jatuh teruk berbanding matawang lain di negara ASEAN. Maka, harga barang import juga akan meningkat kerana Malaysia mengimport barangan makanan asas. Bagaimana rancangan kerajaan utnuk mengwal harga selepas GST yang sudah pasti akan meningkatkan kadar inflasi negara?

53. Ahli pernigaaan memita supaya perlaksanaan GST ditangguhkan. Adakah kerajaan akan mengambil kira pilihan ini kerana mereka adalah pemain utama dalam ekonomi tempatan?

54. Jabatan Diraja Kastam telah dilabel sebgagai salah satu agensi kerajaan paling korup. Bagaimanakah kerajaan boleh meletakkan kepercayaan kepada pejabat kastam untuk mengutip GST?

55. Kerajaan mengumumkan bahawa RM250 juta digunakan untuk mendidik rakyat mengenai GST, berapa banyak pula wang yang telah dibelanjakan setakat ini untuk melaksanakan GST?

56. Kerajaan tidak boleh melaksanakan GST tanpa mekanisme kawalan dan audit bersedia, dan kita tidak mempunyai mekanisme tersebut ketika ini. Bayangkan jumlah penipuan dan duit kopi yang akan diperoleh oleh juru audit kerajaan sekiranya berlaku. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini?

57. Kebanyakan peruncit tidak langsung pernah merekodkan transaksi buat kali pertama. Bagaimanakah kerajaan dapat melaksanakan GST ( kecuali pada supermarket dan retailers ), kebanyakan perniagaan di Malaysia adalah dalam tunai dan tidak mengeluarkan invois dan tiada sistem data. Hanya mereka yang mempunya rekod yang tersusun akan mempunya mimpi ngeri, dan merrka yang mempunyai rekod yang baik dapat mengisi data mereka dengan baik kerana tiada kepakaran audit. Jadi mengapa perlu GST?

58. 7% dari pendapadan kerajaan Malaysia dalah dari cukai jualan. Dari menggunakan keseluruhan sistem kerajaan, cukai jualan atau GST, dengan mengambil kira overhead dan juru akaun dan penguatkuasa tambahan, bukankah lebih efisyen untuk menaikkan pendapadan lebihan 7% melalui cukai syarikat dan cukai pendapatan yang lebih tinggi?

59. Bagi satu barangan yang dikecualikan GST, pekedai telah kenakan GST. Apakah yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya boleh mendapat kembali wang saya?

60. Berapa jumlah syarikat yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM500,000 sebelum GST telah menutup perniagaan mereka untuk elak GST?

61. Adakah gaji ahli parlimen akan dinaikan selaras dengan 6% GST ?

62. Adakah barangan keagamaan seperti kitab suci dan barang sembahyang dikenakan GST?

63. Adakah perkhidmatan LRT and Komuter akan dikenakan cukai GST?

64. Adakah kos penyelenggaraan untuk flat kos rendah dan apartment dikecualikan GST?

65. Adakah perkhidmatan bas sekolah akan dikenakan cukai GST?

66. Bolehkah kadar 6% GST itu dinaikan bila bila masa? Apakah kriteria untuk meningkatkannya ?

67. Bagi barangan dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan, adakah GST akan dikenakan dan bagaimana ia ditentukan ?

68. Adakah perkhidmatan tandas awam dikenakan cukai GST?

69. Adakah pakaian sekolah dikenakan GST ?

70. Adakah alat-alat tulis yang digunakan disekolah dikenakan GST ?

71. Dalam konteks mewujudkan masyarakat celik IT, adalah GST dikenakan bagi pembelian komputer?

72. Banyak negara yang melaksanakan GST menyediakan pendidikan percuma, sistem kesihatan percuma dan kemudahan awam efisyen lagi berpatutan seperti di negara Nordic. Adakah Malaysia mempunyai rancangan yang sama?

73. Sebelum perlaksanakan GST, orang ramai akan mengumpulkan makanan yang kemudian akan menyebabkan permintaan tinggi yang mengakibatkan inflasi. Bagaimanakah kerajaan dapat mengendalikan perkara ini?

74. BRIM merupakan kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin untuk menghadapi kesan GST. Bolehkan kita membatalkan GST supaya kerajaan tidak perlu membayar BRIM?

75. Syarikat yang mempunyai auditor dalaman akan mampu untuk menanggung kos pentadbiran GST jika dibandingkan dengan syarikat kecil yang tidak mempunyai auditor dalam. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu syarikat-syarikat kecil dengan pertambahan kos pentadbiran ini?

76. Oleh kerana barangan makanan adalah zero rated adakah ia bermakna tidak akan ada peningkatan harga barangan makanan?

78. Jika pengembalian semula GST ditangguhkan, adakah kerajaan akan membayar pampasan kepada syarikat untuk memastikan kos tidak dipindahkan kepada pengguna?

79. Pada masa ini, berapa ramaikan pegarai kastam yang bersedia untuk perlaksanaan GST, dan berapa ramai pegawai yang akan diambil kerja untuk mengawai kawalan haraga? Berapa banyakkan pertambahan dalam kos operasi?

80. Beras dikecualikan GST, namun kos pengeluaran dan kos pengangkutan akan ada GST. Bukankah ia akan meningkatkan harga beras?

81. Sistem zakat mengambil cukai dari kaya untuk menolong yang miskin. Manakan GST adalah bertentangan iaitu cukai korporat dikurangkan satu peratus, cukai jualan barangan mewah dihapuskan dan GST dikenakan kepada semua. Bukankan ini bertentangan dengan sistem zakat dan haram?

82 Adakah tol akan dikenakan GST?

83. Adakah tambah-nilai Touch N Go dikenakan GST?

84. Adakah parkir kereta akan dikenakan GST?

85. Dikatakan pendidikan dikecualikan GST, namun mengapa kelas tusyen dikenakan GST ?

86. Adakah servis kereta akan dikenakan GST ?

87. Sesetengah syarikat mengiklankan mereka akan menyerap cukai GST, adakah tindakan ini sah dan bukankah ia bertentangan dengan semangat GST?

88. 2 orang ahli UMNO terkenal, Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) dan Tengku Razaleigh (bekas Menteri Kewangan) telah menyatakan rakyat akan derita jika GST dilaksanakan. Adakah kerajaan tidak mengambil berat tentang pandangan mereka ini?

89. Adakah perkhidmatan gunting rambut dikenakan GST ?

90. Mengapakah makanan yang dikategorikan sebagai makan golongan miskin seperti maggi mee dan sardie dikenakan GST?

91. Adakah kerajaan sudahpun mempunya rekod harga 1000 barangan dan servis biasa yang dibeli oleh rakyat? Bolehkan kami melihat senarai tersebut? Adakah telah sedia ada perbezaan harga di antara semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak, urban dan kampung, pantai timur dan pantai barat, dan sebagainya?

92. Jika anda tidak mengetahui harga asas barangan, bagaimakah anda dapat mengawasinya?

93. Adakah pihak kastam ada melakukan pengiraan bagaimanakah harga 1000 barangan biasa selepas 1 April 2005? Untuk membatalkan sebarang SST, kurangkan harga barangan pertengahan zero rated dan kemudian tambah GST untuk mendapatkan harga barangan yang berpatutan selepas GST diperkenalkan.

94. Jadi anda boleh memberikan kami senarai harga 1000 barangan biasa untuk KL-PJ untuk semasa dan selepas GST? Jika anda menyerahkan kepada pernigaan untuk menentukannya sendiri, mereka mungkin akan melebihkannya untuk GST.

95. Adakah anda akan mengawasi 350 000 syarikat yang telah pun didaftarkan dengan GST? Bagaimana pula 1 juta syarikat kecil yang kemungkinan besar akan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang?

96. Berapakah jumlah pegawai kastam yang ada untuk mengawasi harga barangan di kesemua 1.35 juta premis perniagaan di negara ini?

97. Bagaimanakah orang awam dapat membuat aduan jika mereka mengesyaki pegawai penguatkuasa kastam menerima rasuah dari ahli perniagaan?

98. Adakah pegawai penguatkuasa akan memakan tanda nama?

99. Berapakah jumlah jam dalam seminggu yang akan diambil untuk memasukkan segala data yang diperlukan untuk memasukkan input GST di dalam sistem komputer sekiranya perniagaan hanya mempunyai pulangan sebulan RM50k?

100. Jika seseorang itu tidak celik komputer dan memerlukan perkhidmatan luar untuk melakukan kerja-kerja memasukkan data GST ini, berapah kos yang ditanggung beliau dalam seminggu?

101. Kastam seringkali menyatakan beras adalah cukai sifar. Adakah ini bermakna pesawah dapat mengutip kembali GST yang mereka bayar untuk baja dan racun serangga? Bagaimanakah mereka dapat melakukannya kerana mereka adalah petani kecil dengan jumlah pendapatan yang sedikit, mereka ini tidak berdaftar dengan kastam untuk GST?

102. Jadi jika petani kecil tidak dapat menuntu kembali peningkatan harga barangan input, kemudian adakah pengilang beras akan menaikkan harga beras yang dibeli oleh mereka? Ini adalah kerana harga beras di pengilang adalah ditetapkan oleh kerajaan. Jika tida peningkatan harga beras di pengilang, maka petani kecil akan menderita penguranan jumlah pendapatan mereka. Jika terdapat kenaikan harga, adakah ia akan mengakibatkan peningkatan harga beras?

103. Bolehkah pengilang beras menuntut kembali input cukai bagi elektrik yang digunakan? Dan bagi pertukaran 'spare parts', dan pembungkusan plastik? Sekiranya beras tidak cukai sifar, adakah harga di peringkat pengilang akan naik? Tidakkah ini akan dipindhkan kepada pengguna pada akhirnya?

104. Dari kilang kepada pemborong- adakah syarikat pengangkutan akan mengenakan GST kepada pemborong? Adakah pemborong dapat menuntut kembali sebagai cukai input? Jika pemborong dapat menuntut perlepasan cukai input, bukankah itu merupakan satu kekurangan kepada syarikat pengangkutan kecil yang tidak didaftar dengan GST? Untuk syarikat ini, mereka tidak dapat memindahkan GST yang dibayar kepada pembelinya kerana mereka juga tidak boleh mengutip GST.

105. Adakah ubatan berikut cukai sifar?
- Sulperazone ( antibiotik yang digunakan untuk jangkitan yang serius).
- Simvastatin ( untuk mengurangkan kolestrol)
- ubatan anti HIV.


106. Banyak doktor persendirian menyewa ruang klinik dari hospital swasta. Adakah pihak hospital akan mengenakan cas GST untuk penyewaan ini? Bagaimana pula perkhidmatan yang 'dibeli' oleh doktor-doktor persendirian ini dari hospital. Sebagai contoh : ujian, exray, ubatan? Tidakkah semua ini dikenakan GST?l

Jawapan 105 soalan tentang GST Klik dibawah 

SINI 
atau




Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong