INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Jumaat, Mei 08, 2015

Pengurusan Tabung Haji Orang Berkepentingan Dalam 1 MDB..?




1. Pusing sana-pusing sini rupa-rupanya pihak pengurusan
tertinggi Tabung Haji adalah orang besar juga dalam 1 MDB.
2. Saya merujuk kepada berita The Edge hari ini dan
menyemak nama-nama tersebut di laman web Tabung Haji
dan 1 MDB. Sungguh mengejutkan. Ianya secara tidak
langsung menzahirkan kewujudan elemen "conflict of interest"..
3. Siapakah mereka itu..? ;
a) Tan Sri Ismee Ismail, CEO dan Pengarah Urusan Tabung
Haji merupakan ahli Lembaga Pengarah 1 MDB.
b) Dato' Johan Abdullah, Timbalan CEO dan Timbalan
Pengarah Urusan Tabung Haji merupakan Pengerusi anak
syarikat 1 MDB iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd.
c) Tan Sri Datuk Dr. Abdul Samad Haji Alias, Ahli Panel
Pelaburan Tabung Haji merupakan Ahli Panel Penasihat 1
MDB.
4) Isu ini begitu besar kerana Tabung Haji merupakan
insitusi milik ummat Islam. Duit yang disimpan oleh
pendeposit itu adalah hasil titik-peluh mereka untuk
menunaikan Haji, maka amatlah zalim jika Tabung Haji
dipergunakan oleh orang politik untuk menyelamatkan 1 MDB
yang sedang mengalami masalah kritikal apabila hutangnya
kini sudah pun mencecah RM 42 Billion.
5) Bukankah Tabung Haji dan 1 MDB adalah institusi dan
syarikat yang sama di bawah seliaan kerajaan pusat.? Hebat
perniagaan mereka ini. Tanah dulu dibeli oleh 1 MDB hanya
RM60/kaki kemudian sekarang dijual kepada Tabung Haji
dengan harga RM2860/kaki..
6) Adakah ummat Islam masih boleh berdiam diri dan
berpeluk tubuh melihat kebobrokan yang dilakukan oleh
pemerintah ini..?
Kesemua yang bersekongkol dengan projek menyelamatkan 1
MDB yang hampir karam ini perlu diingatkan, mereka bukan
sahaja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi perlu
menjawab juga di Mahkamah Allah kelak.
Amanah rakyat usahlah dipermainkan sebegitu sahaja...
Catatan oleh ;
Syed Ahmad Fadhli,
Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong