Tahukah warga peneroka berapa RM FGV perabih duit untuk
iklan ini? Beratus lagi iklan raksaksa ini berdiri megah di ibukota dan bandar
utama dalam negara, bahkan beberapa Kota Utama dunia.
Itulah antara pelan perniagaan untuk memaksa rakyat yakin
akan kehebatan Konglomerat perladangan terbesar negara.
Pembelian ladang sawit di Samarahan bernilai RM1.2 billion
penuh dengan trajis dan air mata. Dibeli dengan harga yang bergandaan dari
harga semasa.
Hampir 60% keluasan tanah ini adalah dari jenis gambut. Di
war-warkan kepada peneroka Felda seluruh negara Peneroka akan menjadi jurtawan
selepas penyenaraian FGV di BSKL dan digambarkan saham terbesar selepas
Facebook. Masihkah kau ingat?
Kini peneroka tidak dibenar bertanya hal saham FGV, sesiapa
yang degil bertanya akan di cop pengkianat oleh JKKR.
Sabarlah duhai Peneroka, janji Tan Sri Isa Samad tak halau
tuan-puan, janji hutang RM140.000.00 hampir setiap peneroka tidak dituntut.
Tak kan Tan Sri Isa Samad dan Datuk Seri Najib Razak nak
tipu kita. Kita nak maju dan perlu tranformasi.... siapa kata tanah peneroka
tergadai?
Harga saham turun naik tu biasa. Tak kan nak berniaga tak
sanggup untung rugi. Satu lagi, pinjaman RM3640.00 untuk beli saham dulu, kita
bukan keluar duit kita pun, bank yang setle....
Selamat Berpuasa Ibu dan Ayah peneroka Felda seluruh negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan