INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Ogos 30, 2015

59 TAHUN MINDA PENEROKA DIJAJAH



Tempoh yang cukup mendewasakan,  pengalaman warga felda tiada nilai, mengharungi ranjau kehidupan. Dari zaman susah, zaman membesar anak, zaman berehat dan kini zaman bertenang dengan sisa usia tua. Sesetengah rakan baik dan sababat handal sudah tiada.

Kini warga peneroka dari 317 tanah rancangan akan menyambut Hari Peneroka kali ke-59. Tahun yang penuh cabaran dan tahun kejatuhan kegemilangan Felda sejak zaman penubuhan era tahun 50an.

Kebetulan Perdana Menteri ketika ini anak kepada Tokoh yang menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan L.K.T.P, Tun Abdul Razak. Felda melalui proses yang panjang dan kini hampir 2 juta warga Felda menjadi sebahagian rakyat Malaysia yang "Mensyukuri Nikmat".

54  daripada 222 parlimen yang ada Tanah Rancangan Felda menjadi penyumbang kepada kuasa pemerintahan Barisan Nasional sejak sekelian lama. Ini diperakui sendiri oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini.

Namun, sejak Felda melalui tranformasi yang diperkenalan Perdana Menteri ketika ini telah mengubah  segalanya. Tiga tahun lalu Felda telah berjaya dibawa ke Papan BSKL melalui  FGV. Berbagai gambaran baik diwajahkan, bahkan dakwaan Syarikat FGV mengekori rapat Saham terbesar Facebook ketika disenaraikan.

Durian Runtuh berjumlah  RM15,000,00 menjadikan peneroka yakin dan terdiam seketika. Usah dikhabarkanlah risikonya, mereka tidak mahu mendengarnya. Masakan kerajaan nak tipu kita. Kalau tipu kenapa mereka boleh beri kita semua durian runtuh?

Koperasi Felda yang terbaik di Malaysia, KPF pada awalnya dinafikan akan disingkirkan dari Felda Holdings, kini sudah terbukti. Semua kepentingan 51 peratus ekuiti saham dalam FHB dijual kepada FGV dengan harga hanya RM2.2 Billion. Sedangkan tiga syarikat penilai telah menghantar lapuran kepada kerajaan dengan harga jauh lebih tinggi dari yang dijual.

Kedudukan tanah kerajaan yang diberikan kepada Felda yang diuruskan oleh Felda Plantation kita terlepas kepada FGV. Tanah seluas 360,000 hektar ini pernah mencatatkan pendapatan tertinggi RM1.8 billion setahun kepada Felda, kini statusnya menjadi tanda tanya kerana dipercayai sudah digadai oleh FGV sebelum penyenaraian. Siapa FGV, menjadi tanda tanya kepada rakyat Malaysia.

Kini 112,635 peneroka Felda memasuki alaf baru, zaman yang suram bagi mereka. Harga saham FGV yang diniagakan RM4.55 sejak tiga tahun lalu terus merudum.Dulu mereka mengeluarkan modal pembelian bernilai RM3640, harga tawaran awam awal (IPO) pada peringkat permulaan adalah RM4.55 namun hari ini telah menjunam teruk kepada RM1.24 di dalam harga pasaran.

In bermakna setiap unit saham menyusut sebanyak RM3.31 dan kerugian terkumpul yang dialami oleh setiap peneroka adalah sebanyak RM2648 berdasarkan jumlah 800 unit yang ditawarkan.

Perkembangan ini sangat menggusarkan peneroka yang akan menerima kesan terhadap kehidupan mereka.

Begitu juga dengan hutang yang tidak munasabah direkod ditanggung oleh sebahagian besar peneroka yang menyerah urusan ladang mereka kepada Felda atau Felda Technoplant. Tiada perician diberikan, hanyalah hutang kasar dan ada peneroka sudah mencatatkan hutang sebanyak RM160,000,00.

Perkembangan hutang ini menambahkan lagi resah, pilu dan tertanya-tanya peneroka Felda yang hampir semuanya sudah bergelar warga emas. Apakah kata peribahasa melayu " Harimau mati meninggalkan Belang, Peneroka Mati meninggalkan hutang" benar-benar terjadi?

" Mensyukuri Nikmat"  sebagai slogan terindah sahaja, memang warga peneroka diasuh sedemikian rupa, hakikatnya kini mereka menyembunyikan sesuatu. Satu hari nanti mereka akan dedahkan apa yang mereka simpan puluhan tahun.

Pas akan terus bersama dengan peneroka, melalui Lajnah Tanah dan Unit Hal Ehwal Felda,  membela nasib, membawa suara mereka agar didengari pemerintah dan terus Beristiqamah bersama sehingga pembelaan ini diterjemahkan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENEROKA .
PAS TERUS BERISTIQAMAH BERSAMA-SAMA PENEROKA.

• NARAZA MUDA
Pengerusi,
Unit Hal Ehwal Felda.
Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong