INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Ogos 13, 2015

LADANG FGV DI INDONESIA ?


Bersama dengan Tuan Mohamad Said Jonit, bekas Pengarah Felda Plantation dan Ust Nazri Din, kami berXPDC ke Balik Papan, Kalimantan mulai 2-5 Ogos lalu.
Dari Balik Papan ke Samarinda, lebih kurang 3 jam perjalanan menggunakan khidmat teksi. 3 Ogos, menyewa pacuan empat roda dengan pemandu berpengalaman, kami bermula di Samarinda ke lokasi melalui jalan kampung dan tanah merah di sekitar Tenggarong, Muara Ancalong, Kg Benua dan Muara Bengkal. Bayangkan dari 8.30 pagi, hanya sampai di kawasan perladangan PT Sukses Sejahtera sekitar jam 5.30 petang!
Antara pengalaman yang amat sukar. Tayar pancit, laluan berliku dan sesetengah jalan seperti kawasan balak. tapi puashati dengan penemuannya!
Beberapa orang pekerja tempatan mengesahkan inilah antara lokasi ladang yang telah di beli oleh PT Eagle High Plantation yang kemudiannya dalam rundingan dengan FGV. Kami juga dapat masuk ke kawasan kantor(pejabat) Syarikat Perladangan tersebut dan meninjau rumah pekerja.
Dari pemerhatian dan gambaran awal, dakwaan sebelum ini bahawa terdapat begitu banyak kawasan ladang berpasir adalah benar. Analisis buah relai dan pokok yang berusia sekitar 4-8 tahun, jelas mendapati BTS atau buah sawit adalah kategori 'tidak sihat'.
Oleh kerana keadaan jalanraya yang begitu teruk, perjalanan memakan masa yang amat panjang, kedudukan pelabuhan yang juga jauh; umumnya kemudahan asas yang kebanyakannya masih tiada, pembelian pada 37% ladang seluas 425,000 hektar milik PT Eagle High Plantation adalah tidak ekonomik. Bukan itu sahaja, nilai belian yang sedang di rundingkan oleh FGV iaitu 700 rupiah sesaham, jauh begitu tinggi dari harga pasaran yang dilaporkan Bursa Saham Indonesia iaitu 400 rupiah sesaham. Itupun difahamkan, hanya sekitar 147,298 hektar yang baru ditanam sawit, selebihnya masih hutan belantara!

Banyak lagi maklumat dan analisis sedang di kumpul dari berbagai pihak. Namun, sejauh mana kajian lengkap dan penelitian terperinci dilakukan oleh FGV hingga terpedaya membeli kepentingan dalam PT Eagle High Plantation dengan nilaian RM 2.37 bilion.
Adakah benar maklumat yang saya terima, Sime Darby telah di tawarkan sebelum FGV, tapi menolaknya setelah survey yang begitu teliti dilakukan. Ia pelaburan yang tidak berbaloi. Justeru, bila pengumuman dilakukan oleh FGV, sahamnya terus jatuh. Kini, hanya berada pada sekitar RM1.67 sesaham.

Adalah tidak bijak apabila YAB PM dalam kenyataannya 6 Ogos lalu menyokong usaha dan urusniaga FGV tersebut, sekaligus menyerang pembangkang. Siapa yang menasihati beliau?
Adakah PM mahu meneruskan kesilapan demi kesilapan seperti isu IMDB umpamanya?
Adakah mahu menyelamatkan kedudukan tidak stabil 'kroninya Tan Sri Peter Sondakh', pemilik Rajawali Group, di mana PT Eagle adalah anak syarikatnya?
Seperti kata Tun Dr Mahathir, adakah pembelian ini dengan harga yang begitu tinggi adalah strategi mudah mencari dana bagi kepentingan peribadi dan kroni?
InshaAllah, saya dan rakan rakan akan ke SPRM dalam masa terdekat untuk membuat laporan lengkap mengenainya. Ini satu lagi isu besar yang menjatuhkan reputasi FGV dan menghakis kepercayaan peneroka dan warga Felda kepada YAB PM.

Ngo ANAK berharap FGV membatalkan hasratnya membeli kepentingan dalam PT Eagle High Plantation. Tidak perlu " merasuah" 50 orang ketua2 Peneroka untuk menyokong kehendak DS Najib dan TS Isa Samad. Ada banyak strategi pelaburan yang boleh dilakukan. Program Tanam Semula Tanah Felda Plantation yang dipajak FGV itu utamakan dahulu. Ia perlukan kos yang banyak.








Saya bimbang apa yang dilakukan oleh FGV masakini ibarat pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran!
Mazlan Aliman
Presiden ANAK
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong