INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Ahad, September 13, 2015

KENYATAAN MEDIA: APA MOTIF HIMPUNAN WARGA FELDA SEMPENA HARI MALAYSIA



Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mohon penjelasan kepada Pengarah Besar Felda, Dato'  Hanapi Suhada, berhubung surat yang dikeluarkan oleh Zulhai bin Mohd Nor Affendy, yang mendakwa bagi pihak Pengarah Pembangunan Komuniti FELDA, mengenai arahan Himpunan Warga Felda Sempena Hari Malaysia pada 16 september ini.

1. Adakah ianya program resmi Felda dan dalam pengetahuan Pengarah Besar?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan ' Perhimpunan yang melambangkan kebersamaan dan kebersatuan warga Felda turut disertai pertubuhan dan badan badan bukan kerajaan'?
3. Adakah ianya mempunyai kaitan dengan Himpunan Baju Merah yang dibuat pada tarikh yang sama?
4. Menerusi anggaran 20,000 peserta dan menggunakan 500 buah bas, adakah kosnya di tanggung Felda?

Ngo ANAK mohon penjelasan, apakah motif di sebalik Himpunan tersebut. Jika ianya ada kaitan dengan Himpunan Baju Merah, ANAK menggesa agar ianya DI BATALKAN. Felda tidak harus terlibat dengan aktiviti yang mengundang risiko keselamatan dan mengeksploitasi warga Felda untuk agenda politik pihak tertentu. Jika ia menggunakan bajet Felda, ia adalah salah guna kuasa yang pihak polis atau SPRM mesti menyiasatnya.

Di saat warga Felda sedang tertekan dengan berbagai isu seperti FGV, KPF, hutang tanam semula, perumahan generasi kedua, kadar perahan gred dan kos sara hidup; aktiviti yang membazirkan wang rakyat mestilah dihentikan. Bahkan, kejatuhan harga komoditi sawit dan getah, telah menambah derita peneroka dan pekebun kecil di seluruh negara. Fokus menangani kehidupan rakyat adalah keutamaannya, bukan mengheret rakyat kepada kegiatan yang memudaratkan negara.

' MENERAJUI PERUBAHAN '

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
13 Sept 2015
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

zamani berkata...

cukup2lah menipu peneroka,kami dah tinggal seluar dalam saja lagi.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong