Kenyataan Media:
Terengganu Hilang RM55.3juta
Perkembangan harga semasa saham FGV yang masih diniagakan di luar indeks BSKL, memberi kesan besar kepada kerajaan negeri Terengganu apabila nilai pelaburan dalam FGV berlaku penyusutan teruk.
Dalam masa hanya tiga tahun, kerajaan Terengganu telah mencatatkan kerugian RM55,325,250.00 apabila Yayasan Islam dan PTB Ventures yang memiliki kepentingan pegangan saham dalam FGV terkesan dengan nilai semasa saham FGV hanya RM1.20 sepanjang minggu ini dan tiada unjuran kenaikan dicatat.
Yayasan Islam memiliki 16,455,000. unit saham dalam FGV dan dibeli dengan harga IPO RM4.55 dengan pelaburan asal RM74,870,000 semasa disenaraikan tiga tahun lalu dan 60,000 unit lagi melalui PTB Ventures.
Dengan jumlah ini, jika kerajaan Terengganu menggunakanya untuk membina rumah generasi baharu Felda, dianggarkan 800 unit dapat disediakan dengan kos RM70 ribu seunit dan dapat menyelesaikan sebahagian permasalahan yang membelenggu masyarakat Felda di negeri ini di 21 tanah rancangan Felda.
Justeru itu, saya mendesak Y.A.B Menteri Besar Terengganu memikirkan satu langkah untuk mengelakkan kerajaan Terengganu dari terus kehilangan baki pelaburan dalam FGV.
Mereka yang terlibat memberi cadangan kepada kerajaan negeri, supaya membuat pelaburan ini juga perlu diambil tindakan jika terbukti ada unsur penyelewengan dalam mempengaruhi kerajaan ketika itu.
Sekian.
NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat / Pegawai Khas Seranta Pas Terengganu
09 September 2015
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, September 09, 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan