Peristiwa di atas Pentas Pelancaran GENERASI malam tadi yang
ribuan hadirin tidak tahu.
Unit.....tapi mari rasa bersalah, terlupa Tuan Guru Presiden
baharu keluar IJN. Gegaran dari mesin ini sangat kuat. Saya beberapa kali
bertanyakan kepada Tuan Guru keadaan adakah beliau tidak terkesan dengan gimik
ini? Tuan Guru jawab ringkas, " ok...ok... saya tanya lagi sejurus Tuan
Guru duduk. " Tangan Ayah Chik ok ke" Tuan Guru jawab
ringkas...ok.....
Semasa Tuan Guru berucap, Saya dibisikan oleh Sahabat saya Zul Shawalludin Jusoh selaku
Pen. Pengurus Pentas, " anta jangan duduk, pengiring Ayah Chik minta kita
stanby belakang Ayah Chik "
Lantas saya bersama Zul berdiri dipenjuru pentas di belakang
Tuan Guru berucap untuk hadapi sebarang kemungkinan sepanjang 45 minit ucapan
perasmian.
Tuan Guru Presiden belum pulih sepenuhnya kesan rawatan,
tetapi demi memberi sokongan kepada Pelancaran ini, Tuan Guru sanggup
sembunyikan keletihan dan risiko rebah dipentas kerana kesihatan dirinya masih
ditahap belum pulih serta lemah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan