INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Januari 19, 2016

" PERJANJIAN BERAT SEBELAH " FELDA PERLU BUKA PINTU RUNDINGAN

Oleh: Naraza Muda, 
Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat.

Sebahagian Peneroka Felda yang terlibat dengan Program Tanam Semula Kedua dan Pengurusan Kebun terkejut dengan terma perjanjian yang bakal mereka tandatangani sebelum proses menyerahkan urusan ini kepada pihak Felda.

Saya merujuk kepada hasil pertemuan dengan beberapa kumpulan Peneroka Felda dari Tanah Rancangan Felda Bukit Bading dan Felda Jerangau. Hampir 700 peneroka akan terlibat dengan tanam semula kedua ini bagi peneroka Felda di Terengganu dalam tempoh terdekat.
Beberapa tanah rancangan lain di seluruh negara juga akan melalui proses ini.

Terdapat beberapa klausa " menakutkan" dan "mengikat" peneroka Felda. Perkara ini tiada dalam perjanjian terdahulu semasa mereka menyertai tanam semula pertama 30 tahun lalu.
Perkara (13) (b) dengan jelas FELDA akan mempunyai kuasa ' EKSKLUSIF' ke atas kebun peneroka dalam tempoh perlaksanaan ini.

Klausa lain yang mengejutkan peneroka Felda ialah, mereka tidak lagi diberi peluang untuk menguruskan sendiri kebun mereka selepas pokok mula mengeluarkan hasil selepas 36 bulan seperti perjanjian sebelum ini.

Jika mereka peneroka berhajat melanggar perjanjian ini mereka perlu menjelaskan segala hutang peneroka kepada Felda merujuk kepada perkara (14) (g) yang berbunyi ' Membuat bayaran balik kepada FELDA, termasuk dengan caj perkidmatan pada kadar yang ditetapkan oleh FELDA seperti di jadual 2, dalam tempoh tidak melebihi lima belas (15) tahun selepas mencapai tahap titik pulang modal untuk kos seperti yang berikut ( kemudian dsripada ini disebut " Hutang Peneroka");

Peneroka memahami perkara ini, mereka akan diikat dengan tempoh yang lama 8 - 15 tahun berdasarkan tahap titik pulang modal dan tempoh bayaran kembali.
Berdasarkan penerangan oleh pihak Felda, mereka berhak memasukan " Perintah Larangan " jika perlu. Ini menimbulkan keluh resah di kalangan peneroka
.
Peneroka juga terkejut dengan kuasa FELDA yang membolehkan agensi ini memohon perintah kebankrapan dibuat terhadap peneroka jika peneroka memungkiri mana-mana syarat dan/atau terma seperti mana yang terkandung dalam perjanjian.

Hasil perjumpaan dengan perbagai pihak, saya merumuskan perjanjian ini adalah bersifat sangat berat sebelah apabila merujuk perkara 19 yang mana FELDA tidak dianggap memungkiri Perjanjian ini jika terdapat kegagalan pelaksanaan yang sepenuhnya atau sebahagianya terhadap tugas dan kewajipan di bawah perjanjian ini yang disebabkan oleh bencana alam, kebakaran, tindakan kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri, perperangan, kekecohan awam, pemberontakan, embargo dan sebab-sebab lain di luar kawalan mana-mana pihak.

Saya melihat perkara 19 ini satu langkah selamat yang menguntungkan Felda dan akan menimbulkan masalah besar kepada peneroka Felda kemudian hari jika kegagalan pihak Felda menjayakan amanah ini.
Lebih mengejutkan FELDA telah memaklumkan secara lisan, urusan proses tanam semula ini diserahkan kepada Syarikat Technoplant dan FELDA tidak bersedia mendedahkan perjanjian antara Felda dengan Technoplant .

Saya merujuk aduan sebelum ini mengenai Technoplant yang banyak menimbulkan masalah dan tidak mampu mengurus kebun peneroka di seluruh negara.
Pengerusi Felda juga pernah mengakui kegagalan Technoplant melaksanakan urusan tanam semula di beberapa tanah rancangan di Melaka. ( Rujuk kenyataan Tan Sri Isa Abdul Samad di Majalah Rasmi FELDA Aspirasi Glokal keluaran 28 Mac 2015 )

Saya juga melihat dan bersetuju dengan pandangan peneroka Felda mengenai kos keseluruhan Hutang Peneroka Felda yang menyertai skim tanam semula kedua ini sangat tidak munasabah dengan nilai RM169,600 sehingga tahun ke-8 untuk keluasan 10 ekar.
Justeru ini saya mohon pihak FELDA membuka kembali pintu rundingan dengan peneroka Felda agar kata sepakat dan tidak merugikan mana-mana pihak.

Pas melalui Unit Hal Ehwal Peneroka FELDA juga mencadangkan agar pihak FELDA membenarkan mana-mana peneroka Felda yang mempunyai kemampuan dan teknologi sendiri untuk mengusahakan kebun mereka tanpa terikat dengan perjanjian ini atau menguruskan sendiri kebun-kebun mereka tanpa sekatan, malahan FELDA perlu membantu mereka untuk bergelar usahawan Peneroka Berdikari.



Sesi Perbualan Tamat
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong