Oleh: Naraza Muda
Keputusan terbaru ini dilihat satu langkah yang betul
apabila pihak pengurusan yang baharu membatalkan rancangan Felda Global
Ventures Holdings Bhd (FGV) untuk membeli pegangan 55 peratus dalam Zhong Ling
Nutri - Oil Holdings Ltd bernilai RM976.25 juta.
Kami ( PAS ) menyambut baik Keputusan untuk menamatkan
perjanjian pembelian saham ini. Sebelum ini bekas CEO KPF, Datuk Sarchu Sawal
telah memberi pandangan mengenai urusniaga ini dan risiko kerugian bakal
dihadapi FGV jika hasrat ini diteruskan buat masa ini berdasarkan iklim ekonomi
semasa. Beliau juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Felda Pas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu
dilantik awal bulan ini, Datuk Zakaria Arshad memaklumkan pembatalan ini kepada
media pada 8 April lalu dan dilaporkan oleh BERNAMA.
Kami bersetuju jika uruniaga ini dibuat dengan bersandarkan
laporan pakar dan melalui proses ketelusan yang tinggi bagi memberi jaminan
kepentingan pelabur dan peneroka Felda secara tidak langsung.
Pada 26 Feb, FGV melalui anak syarikatnya, Felda Global
Ventures Downstream Sdn Bhd, mencadangkan untuk membeli 81.57 juta saham biasa
dalam Zhong Ling dan vendor lain bernilai RM976.25 juta. Cadangan pembelian itu
dijangka selesai menjelang suku pertama tahun ini.
Kami juga mahu FGV menumpukan pelaburan teras dan
mengurangkan pelaburan di luar negara. Tumpuan harus diberikan kepada dalam
negara sendiri agar manfaat langsung dapat dirasai oleh rakyat sendiri.
FGV juga perlu memberi penjelasan dakwaan kerugian operasi
di sektor perladangan yang mencatatkan kerugian dalam tahun 2015. Laporan
keuntungan RM117 juta itu adalah sumbangan daripada MSM (gula) dan perniagaan
bukan teras lain.
Langkah berwaspada dan berhati-hati perlu diamalkan oleh FGV
yang telah mencatatkan kejatuhan harga saham FGV di BSKL tidak terus
menimbulkan persepsi negetif di kalangan rakyat. Unjuran harga semasa saham FGV
yang tidak melepasi separuh harga IPO RM4.55 bagi saham koperat cukup memberi
kesan negetif kepada negara dan pelabur. Dengan harga semasa minggu ini sekitar
RM1.50 sesaham apakah boleh kita katakan kedudukan ini baik?
- Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas.
12 April 2016
12 April 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan