Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) memandang serius Laporan
Ketua Audit Negara siri 2 2015 berkenaan pengurusan projek FELDA dan
subsidiarinya yang telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit. Projek-projek
tersebut adalah:
i) LiDAR (Light Detection And Ranging)
ii) Projek Inisiatif Jalur Lebar
iii) Projek Ternakan Ikan Sturgeon dilaksanakan oleh FELDA Caviartive Sdn. Bhd.
iv) Restoran Savaro dilaksanakan oleh Global Settlers Sdn Bhd.
v) Pastri Schneeballen dilaksanakan oleh Global Settlers Sdn Bhd.
ii) Projek Inisiatif Jalur Lebar
iii) Projek Ternakan Ikan Sturgeon dilaksanakan oleh FELDA Caviartive Sdn. Bhd.
iv) Restoran Savaro dilaksanakan oleh Global Settlers Sdn Bhd.
v) Pastri Schneeballen dilaksanakan oleh Global Settlers Sdn Bhd.
Sebagai pertubuhan rasmi yang mewakili warga belia Felda di
seluruh negara, MBFM merasakan laporan yang dikeluarkan ini jelas menunjukkan
terdapatnya kepincangan serta kelemahan serius dalam pentadbiran dan pengurusan
FELDA terutamanya melibatkan pelaksanaan projek melibatkan kepentingan warga
Felda.
Kerugian yang dialami FELDA ini bukan sahaja tidak membawa
apa-apa manfaat kepada warga FELDA malah menyebabkan masyarakat terutamanya
warga FELDA hilang kepercayaan kepada institusi FELDA itu sendiri yang selama
ini diletakkan kepercayaan yang tinggi bagi membela nasib dan kebajikan warga
Felda.
MBFM juga maklum akan tindakan yang telah diambil sebelum
ini ke atas individu-individu terbabit termasuklah terhadap beberapa Pengarah
dan pegawai di peringkat pengurusan tertinggi pada tahun lepas. Namun begitu,
tindakan tersebut dilihat masih belum menyeluruh dan jika masih terdapat
individu lain yang masih belum dikenakan apa-apa tindakan, maka Felda
seharusnya mengambil tindakan tegas kepada mereka.
Sehubungan dengan itu, MBFM mendesak agar pihak pengurusan
tertinggi FELDA mengambil tindakan segera ke atas kesemua syor yang dicadangkan
melalui Laporan Ketua Audit Negara termasuklah mengambil tindakan tatatertib
terhadap kesemua pegawai dan individu terlibat jika jelas berlaku perlanggaran
undang-undang akibat dari keputusan yang dibuat pihak terbabit sehingga
menyebabkan berlakunya kerugian tersebut selain tampil ke hadapan menjelaskan
perkara sebenar kepada warga FELDA. Pihak pengurusan FELDA juga haruslah
memberi jaminan untuk menyelesaikan perkara ini dalam masa terdekat.
* * * * * * * * * * * *
Anuar bin Abd Manap
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia
Anuar bin Abd Manap
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan