INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Jun 06, 2017

Isa Samad dan masalah Felda hari ini




Ketika rombakan Felda dibuat pada bulan Januari 2017, PAS telah menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Global Venture Holdings Berhad (FGV).

PAS meramalkan Shahrir dan Isa bakal bertembung, dan ini akan satu persaingan politik yang tidak perlu di dalam Felda yang bakal merugikan Felda dan khasnya peneroka.

Mengekalkan Isa di FGV akan menyebabkan Tan Sri Shahrir Abdul Samad sukar melaksanakan langkah-langkah memulihkan Felda.

Sepatutnya Isa perlu dibuang terus daripada Felda.

Oleh itu, pertembungan antara Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad tidaklah menghairankan, malah sudah dijangka.

Banyak masalah Felda hari ini kebanyakannya datang daripada FGV dan pengurusan Isa.

Sekiranya Zakaria perlu bercuti, Isa lagi perlu bercuti untuk memastikan siasatan yang telus dapat dijalankan terhadap dakwaan kedua-dua pihak dan penyelewengan dalaman FGV dengan serta-merta.

PAS mencadangkan agar Shahrir dapat dilantik menjadi pemangku pengerusi FGV.

Terbukti keputusan menyenaraikan FGV dan melantik Isa menerajui Felda adalah dua kesilapan besar PM yang bakal diingati peneroka sampai bila-bila.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
6 Jun 2017
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Unknown berkata...

Walaupun ulasan Tuan braheng ni boleh didengar tapi aku dah jadi tawar hati nak baca kerana dari ketua presideng parti, ahli parlimen dudok goyang telur yang berkecuali diam macam tikus mondok bab belanjawan deficit Negara dah dua tahun bertutut turut juga pasal 1MDB ( 1 Malaysia Dalam Bahaya ) buat diam saja., maka aku dah meluat pada pas yang satu masa ketika aku tergerak juga nak jadi ahli pas walaupun aku tidak berpati. Nasib kaulah pas.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong