INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Julai 08, 2017

KEMELUT YG PANJANG PENEROKA FELDA

Dari FB Dato Zul.
Saya cukup tidak memahami kenapa msh ada yang menabik dada mendakwa tempatnya tiada apa apa masaalah pun yang timbul ?!

Sekadar berkongsi info.

SGK2F mula ditubuhkan dan digerakkan pada April 2015.
Perjumpaan pertama kami dengan CEO. FTP di Menara Felda pada hujung April, 2015 telah terbongkar isu;

1. Penyata Hutang Peneroka Felda di seluruh Malaysia disahkan oleh CEO. FTP sendiri telah gagal diserahkan kepada Peneroka Felda sejak 2005 lagi ! Maksudnya telah 10 tahun Penyata Hutang gagal diserahkan oleh FTP. kepada Peneroka Felda. Ini bercanggah dengan apa yang tercatat dalam perjanjian antara Peneroka dengan FTP. dimana Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Ladang setiap Peneroka Felda mesti diserahkan setiap suku tahun (3 bulan). Kenyataan susulan selepas itu oleh Pengerusi Felda ketika itu juga telah mengesahkan perkara yang sama malah Pengerusi Felda ketika itu mengakui FTP gagal menguruskan ladang Peneroka dengan sepatutnya.

3. YBhg. Datuk Hanafi Suhada DG Felda ketika itu juga mengesahkan perkara yang sama dalam akhbar Utusan Malaysia malah beliau telah membuat kenyataan yang mengejutkan dengan mendakwa Penyata Hutang Peneroka telah tidak diserahkan lebih 12 tahun !

4. SGK2F. juga telah dimaklumkan oleh CEO FTP bahawa faedah yang dikutip adalah 6.25% tetapi didalam perjanjian antara Peneroka tercatat hanya 4% faedah yang boleh dikutip.

5. Dalam satu perjumpaan Khas bersama CEO FTP dan dihadiri oleh Pengerusi KAF Kebangsaan dan Seorang ALP Felda pihak kami telah dimaklumkan bahawa Penyata Hutang 2005 hingga 2008 telah tidak dapat dikesan. Saya telah dihubungi oleh Pengerusi KAF Kebangsaan tentang hasrat CEO. FTP untuk membuat perkiraan pukul rata tapi saya bantah.

6. Pada bulan Jun, 2016 Penyata Hutang telah mula dikeluarkan setelah kami mendesak secara keras dan tegas. Butir butir penyata hutang yang tidak lengkap dan meragukan telah menyebabkan Anak Anak Peneroka marah. Hutang menjadi kewajipan untuk dibayar tetapi mengeluarkan penyata hutang yang amat meragukan telah menyebabkan banyak pihak menjadi marah. Ada yang hutang mencecah sehingga RM200K.

7. Telah dikenalpasti banyak ladang  ladang Peneroka tidak diurustadbir dengan betul. Bukti bukti bergambar serta membawa sendiri RGM masuk ladang telah mengesahkan bahawa butir butir hutang yang dituntut oleh FTP Dan Felda telah dibuat secara tidak jujur. Masakan ladang yang terbukti semak dan tidak dijaga tetapi bayaran penyelenggaraan terus dituntut tiap tiap tahun.

8. Ladang yang semak tidak diurus dengan sempurna telah menyebabkan hasil jatuh teruk. Ketiadaan hasil yang sepatutnya telah menyebabkan Peneroka Felda gagal menjelaskan bayaran hutang kepada FTP/ Felda !

Kepada yang begitu angkuh dan sombong mendakwa "
Tempat saya tak ada masaalah " ingin saya bertanya ;

1. Ketiadaan Penyata Hutang selama lebih 10 tahun ini melibatkan semua Rancangan. Ini disahkan sendiri oleh CEO FTP, DG. Felda dan Pengerusi Felda ketika itu. Kenapa anda menidakkan perkara yang memang ujud ?

2. Apakah anda tahu bahawa FTP/ Felda mesti mematuhi syarat untuk menyerahkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap Peneroka pada setiap 3 bulan sekali ?

3. Pihak SGK2F tidak sewenang wenangnya menuduh FTP/ Felda gagal mengurustadbir ladang emak ayah kami. Kami majukan segala aduan beserta bukti bergambar. Kami bawa Pengerus, RGM malah Naziran Felda masuk ladang untuk kami tunjukkan bukti  setiap aduan !

Anda boleh menuduh kami buat fitnah, mengada ngadakan cerita atau bawa isu tidak tepat. Itu hak anda untuk menuduhnya tetapi kami juga ada hak menangkis tohmahan anda. Apabila kenyataan tidak bijak  dari anda serta menuduh kami dengan pelbagai tuduhan maka kami juga ada hak untuk mengatakan perkara yang kami fikir benar dan kami rasa patut kami lafazkan kepada anda iaitu
"Kalau nak bodek sekali pun,
Elok simpan aja otak bodoh kamu tu celah kelangkang bini kamu ! "

Maaf !

#SGK2F@Facebook.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong