10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, Ogos 16, 2017
TAHAN ISA SAMAD; MAMPUKAH DUIT FELDA DIKEMBALIKAN?
Kami warga Felda yang selama ini berjuang menyelamatkan Felda dari kerangkusan Isa Samad berjoli dengan duit Felda dan FGV melihat perkembangan penahanan Isa pada hari ini (15 Ogos 2017) sebagai ibarat kata ' nasi sudah menjadi bubur'
Selama hampir 7 tahun, kami di kalangan aktivis keluar masuk tanah rancangan di hampir seluruh negara sejak dari perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda pada 01 Januari 2011. Perbagai rintangan dan kesan negetif kami terpaksa pikul kerana warga Felda seolah sangat teruja dengan perlantikan Isa Samad ini.
Umno dan kerajaan menggunakan segala sumber mereka menyakinkan warga Felda cadangan penyenaraian Felda ke BSKL akan mengubah kehidupan warga Felda kepada golongan yang berpendapatan tinggi seperti mereka di negara maju. Laungan ini masih terngiang ditelinga kami apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib sendiri yang melaungkanya pada awal tahun 2012.
Agenda penyenaraian Felda melalui FGV menjadi agenda utama perlantikan Isa Samad sebagai pengerusi Felda. Tahun pertama Isa telah menyejuk bekukan 37 pegawai kanan Felda yang tidak setuju atau memberi pendapat berbeza dengan kehendak ini.
2012 menyaksikan FGV disenaraikan dengan dan Koperasi Permodalan Felda disingkirkan dari Felda Holding setahun kemudian. KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad ( FHB ) telah ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan dari kalangan peneroka bersetuju menyerahkan 112,199,999 kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan. Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.
Penyingkiran KPF dari dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka selama ini mengejutkan peneroka setahun selepas itu apabila bonus dan dividen yang sebelum ini 17 peratus dibayar kepada mereka turun mendadak selepas itu. Sehingga beberspa tahun hanya 10 peratus sahaja dibayar. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2bilion ataupun RM19.61sesaham.
Peneroka yang hanya diberi pemilikan 800 unit saham FGV yang bernilai RM3560 disyaratkan membuat pinjaman bank untuk membiayai saham ini. Dengan jaminan pegangan hanya setahun sahaja peneroka dijanjikan pulangan yang membolehkan mereka menjadi kaya-raya selepas itu.
Setelah beberapa tahun saham FGV gagal menyerlah dan terpaksa dikeluarkan dari senarai papan utama kerana kejatuahan melepasi had untuk kekal di papan utama bursa. Bila nilai pinjaman tidak mampu ditebus atau dilangsaikan dengan nilai semasa saham, pihak kerajaan telah mengambil alih pinjaman ini dari bank untuk meredakan kemarahan peneroka Felda. Pengambilalihan ini bukan percuma, peneroka terpaksa memotong pendapatan mereka selama 60 bulan dengan kadar RM50 sebulan.
Bila hampir dengan piliharaya, di Sambutan Hari Peneroka di Putrajaya baru-baru ini, Perdana Menteri telah menawarkan inisiatif antaranya penghapusan hutang pinjaman saham ini dan beberapa inisiatif lagi sebagai halangan undi peneroka tidak terarah kepada pembangkang sebagai protes tidak puas hati prestasi dan isu membarah terhadap Felda dan FGV.
Tindakan-tindakan lain seperti penjualan aset di luar negara juga menjadi peristiwa trajis bagi Felda dan FGV. Felda Global Vantures Holdings Berhad (FGV) menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT- ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta. Sebaliknya ada sumber menggatakan operasinya mengalami kerugian mencecah RM800 juta.
Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT -ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta ) hingga AS$250 juta (RM953 juta) .
Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT - ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.
Pada 11 Ogos 2015, Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari , FGV telah mengumumkan penjualan ini.
Apa yang peliknya, penjualan ini dijual dibawah harga pembida seperti laporan Bloomberg. Sedangkan ada pembida berminat dengan harga hampir RM1 bilion. Ini diantara contoh penjualan aset yang rugi tetapi didakwa untung. Ada sumber lain mengatakan kos pelaburan TRT ini mencecah RM1.2 bilion.
Sudah banyak isu berkaitan Felda, FGV dan FIC yang kami dedahkan dan catatkan yang menjadi kenyataan selepas beberapa tahun. Isu Projek ikan Sturgeon yang bernilai RM135juta dinamakan Projek Felda Carviartive Blue Dream Park terletak di Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Projek yang menggunakan teknologi Korea Selatan ini didakwa mampu menghasilkan 30 metrik tan karvia setahun dan menjana pulangan RM360 juta setahun. Harga semasa telur ikan ini mencecah RM12,000 sekilogram. Laporan ketua juru audit negara mengesahkan RM47.6 juta lesap tanpa dapat dikesan.
Bekas seorang Pengurus Besar Felda telah didakwa oleh SPRM ( kes masih berjalan ). Kes ini hanya melibatkan kakitangan Felda, Isa Samad masih meloloskan diri dan berjaya kekal sehinggalah bermacam masalah timbul. Peneroka bangkit membuat desakan agar sesuatu tindakan drastik diambil dan selepas itu menyaksikan Isa Samad ditendang dari Felda pada 2016.
Tidak beberapa bulan selepas itu pada Jun 2017 Isa telah disingkirkan dari FGV pula kerana Najib terpaksa mengambil tindakan ini bila kemarahan rakyat Malaysia kemuncak. Perbagai pihak, Ngo dan warga Felda dilihat kehadapan dan tanpa segan mengungut akan tidak menyokong Barisan Nasional lagi di PRU ke 14 nanti. Tindakan ini juga dilihat satu tindakan politik Perdana Menteri.
Peneroka Felda yang sebahagian besarnya warga emas, sangat mudah terpedaya dengan langkah-langkah selamat dari Perdana Menteri. Bukan cakap dan janji kosong, peneroka Felda ditawarkan tunai RM5000 untuk mereka pada akhir bulan Ogos ini. Sepantas kilat bertahun Isa Samad menjolikan berbilion ringgit duit mereka, duit Felda dan FGV mereka lupakan.
Mereka sudah boleh bercakap-cakap sesama mereka, yang jahat Isa, yang kianat Isa, sekarang Isa sudah dipecat. Isa sudah ditahan. Sekarang Najib dah pulihkan Felda, Najib sayang Felda, Najib tidak kianat. Najib selamatkan kita. Sudah tentu tindakan licik Perdana Menteri ini akan terus memastikan undi Felda di 54 parlimen akan kekal dan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional jika tiada usaha bersepadu dan penerangan secara holistik penyelewengan skandal FELDA, FGV, ISA DAN NAJIB kepada pengundi Felda dalam masa terdekat. Mereka sudah tidak kisah duit berbilion ringgit yang dihilangkan Isa.
Sekian.
Naraza Muda
Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu
15 Ogos 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan