
Peneroka Chini 04 yang tanam sendiri telah menubuhkan satu jawatan kuasa antara mereka bertujuan untuk memudahkan lagi pengurusan antara Felda dengan jawatan kuasa mereka.
Mesyuarat pertama kali yang telah diadakan oleh mereka antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan ladang antaranya.....
Syarat dari Pengurusan Felda
- Pehak pengurusan Felda Chini 04 berharap semua ahli dapat menghantar salinan I/C dan salinan gran ladang untuk permohonan baja.
- Syarat permohonan baja hendaklah menghantar buah (BTS) melalui reset pejabat Felda Chini 04.
- Bagi ahli yang tidak menghantar buah (BTS) melalui pejabat walau bagaimana pun pehak beliau berusaha memohon baja juga.
Permohonan dari peneroka taman sendiri
- Tarikh tutup akaun penerimaan buah hendaklah dilanjutkan keakhir bulan sekurang-kurangnya 29hb.tiap-tiap bulan.
- Permohonan Baja. hendaklah dipercepatkan tahun ini iaitu 2010 juga.
- Diharap pehak pengurusan /pentakbiran Felda Chini 04 supaya dapat mengeluarkan baki wang simpanan tanam semula untuk urusan pembelian baja.
- Baki pembayaran tunai wang taman semula yang ditahan sebanyak RM 2000.00 hendaklah bayar kembali jika tidak ada pemotongan kos pembangunan ladang. Sekiranya dibuat pemotongan hendaklah diserah senarai potongan tersebut.
- Tuntutan wang taman semula bagi ahli yang sudah buang pokok asal (tua) diharap ahli yang terlibat dapat membuat permohonan dengan segera.
- Mencadangkan pemotongan di JKKR hendaklah dikeluarkan slip pemotongan kepada ahli
komen saya.
Kalau kita baca dan fahami perkara diatas...sebenarnya perkara ini perkara yang dah basi...perkara lama....yang sepatutnya pehak Felda sudah menyelesaikan ..... tapi ia masih belum diselesaikan lagi antaranya sebagai contoh salinan pemotongan bulanan ...pehak peneroka tak pernah dapat ..mengapa perkara yang bagini mudah pun Felda tidak dapat menyelesaikan...?.. Diharap dengan adanya Pengarah besar yang baru ini perkara sebegini tidak timbul lagi..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan