INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Disember 18, 2012

BOLEH JELASKAN PERSOALAN ANAK???..


.Umno Kata ANAK Bohong Apabila.....

1.Umno kata ANAK bohong apabila:

•Mendakwa Isa samad tak layak menjadi Pengerusi Felda kerana beliau telah terpalit dengan rasuah / politik wang dan pernah dikenakan tindakan disiplin oleh Umno

Akhirnya:
•Selepas 9 bulan menjadi Pengerusi Felda,beliau telah membelanjakan duit Felda berjumlah RM 353,00.00 untuk jamuan raya bersama pengundinya di Bagan Pinang.Sedangkan Pengerusi Felda sebelum ini hanya diperuntukkan sekitar RM 30 Ribu untuk jamuan raya yang dibuat bersama kakitangan Felda di Ibu Pejabat Felda.

2.Umno kata ANAK bohong apabila:
•Mazlan Aliman mendakwa Felda pinjam 6 bilion dari KWSP

Akhirnya:
•Dato Ahmad Maslan mengaku di Parlimen memang Felda pinjam dari KWSP tapi jumlahnya lebih besar iaitu 6.5 bilion.


3.Umno kata ANAK bohong apabila:

•Mendakwa Pengarah Besar Felda Dato Dzulkefli Wahab dipaksa bercuti dalam usaha menyingkirkan beliau dari Felda.Ahmad Maslan dan Isa Samad memberi alasan Dato Dzul sambung belajar untuk persedian melaksanakan transformasi dalam Felda.

Akhirnya:
•Selepas tamat bercuti,Dato Dzul benar benar disingkir daripada Felda .Jawatannya tak dikembalikan.Faizoul Ahmad yang belum layak ke jawatan itu dilantik sebagai Pengarah yang baru dengan mengenepikan pegawai pegawai yang lebih kanan seperti Ahmad Ibrahim,Tuan Hj Abidin dan lainnya.

4.Umno kata ANAK bohong apabila:
•Penasihat Ekonomi ANAK Dr Rosli Yaakop yang juga bekas Timbalan Pengarah Bank Negara telah mengingatkan bahawa penyenaraian FGVH akan gagal mendapat sambutan pelabur asing kerana pokok sawit Felda Plantation yang dipajak kepada FGVH sudah pun tua dan menunggu masa untuk ditebang.

Akhirnya:
•CEO FGVH Sabri Ahmad memberi alasan yang sama apabila saham FGVH merudum


5.Umno kata ANAK bohong :
•Apabila.ANAK mengingatkan bahawa penyenaraian FGVH bukan untuk kepentingan peneroka tetapi untuk kepentingan Umno dan pemimpin tertentu.

Akhirnya:
•Prospektus FGVH mengesahkan Tan Sri Isa Samad memperolehi 180,000 unit saham tetapi peneroka hanya diperuntukkan 800 unit sahaja.
•Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah Dato Abdul Ghafur Saleh menuntut kerajaan menjelaskan ,bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".


6.Umno kata ANAK bohong
•Kerana mendakwa Felda Iffco jual minyak sawit padaYahudi

Akhirnya :
•Dato Mukhriz Mahathir akui terdapat kapal Israel yang berlabuh diperairan negara membawa minyak sawit melalui pelabuhan Ashdud,Israel kononnya untuk dihantar kepada umat Islam Palestin!Munasabah ker?Baiknya Israel..
•Invois jualan minyak sawit yang didedahkan secara jelas membuktikan ia dijual kepada Bunge Agribussines yang berpengkalan di Singapore adalah anak syarikat Bunge Limited sebuah syarikat Yahudi..
•Terdapat Sijil Halal yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Yahudi ke atas kilang sawit Felda Ifco di Pasir Gudang.

http://tukulbesi.blogspot.com/2012/12/umno-kata-anak-bohong-apabila.html
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong