PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak
menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan
kerana beliau gagal mematuhi sepenuhnya Perkara 43(6) Perlembagaan sejak 3
April 2009 lagi.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur,
Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa, sumpah jawatan, sumpah setia serta juga sumpah
simpan rahsia, yang dilafazkan oleh Najib di hadapan YDP Agong Ke-13, bukan
sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Keenam Perlembagaan.
“Dalam Perkara 43(6), sebelum sesaorang Menteri menjalankan
fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang
Di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia
yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.
“Oleh kerana Datuk Seri Najib gagal mematuhi Perkara 43(6)
Perlembagaan sepenuhnya, maka beliau tidak layak untuk melaksanakan fungsi
jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan semenjak 3.4.2009,”
katanya dalam
Salinannya turut dihantar kepada .Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya, Tan Sri Aziz Yusof; .Peguam Cara Negara dan Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Mat Zain, berikutan itu kerajaan Persekutuan yang
dibentuk hasil daripada pemilihan yang tidak sah itu, adalah tidak legitimate.
Oleh demikian, keputusan pemilihan bagi kesemua 222 kerusi
Parlimen Malaysia
adalah terbatal dan terpaksa diadakan semula, katanya.
Bagaimanapun, pemilihan semula ini tidak melibatkan Dewan
Undangan Negeri, kerana pembubaran DUN adalah di atas nasihat Menteri
Besar/Ketua Menteri berkenaan, setelah diperkenankan/diluluskan oleh Ketua
Negeri-Ketua Negeri masing-masing.
Mat Zain berkata, sepatutnya kekalutan ini telah
diperbetulkan oleh Peguam Negara pada 3.April 2009 itu lagi.
Katanya, mengikut Perkara 145(2) Perlembagaan,adalah menjadi
tanggung jawab Peguam Negara, untuk menasihati YDP Agong atau Jemaah Menteri
atau mana-mana Menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.
Peguam Negara gagal
Ternyata Peguam Negara, tambahnya bukan sahaja gagal
menyempurnakan kewajibannya seperti yang diwajibkan oleh Perlembagaan, malah
beliau telah menyorokkan perkara ketidakpatuhan peruntukan Perlembagaan oleh
Perdana Menteri daripada pengetahuan rakyat.
“Sepertimana berlaku di-Amerika pada 20 Januari 2009,,
Presiden Barrack Obama telah “misplaced” satu patah perkataan sahaja, ketika
mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika buat kali pertama.
“Namun Obama telah dinasihatkan untuk mengangkat sumpah
sekali lagi pada keesokkan harinya ,sebelum memulakan tugas rasmi beliau di
Rumah Putih.
“Malahan gambar bukti upacara mengangkat sumpah kali kedua
ini juga, ditunjukkan kepada rakyat Amerika dan dunia, bagi mengelakkan
kesahihan perlantikan beliau dipertikaikan di kemudian hari,” katanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan