KUALA LUMPUR, 31 MEI: Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh selepas bersetuju menandatangani borang ikat jamin.
“Safwan bersetuju untuk tanda tangan ikat jamin. Dia akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh,” kata Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath membuat pengesahan.
Pada 29 Mei lalu, Safwan menolak ikat jamin sebagai bantahan kepada kerajaan berhubung isu tangkapan bermotif politik.Safwan didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu.
Turut didakwa ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, aktivis Pas, Tamrin Ghafar, aktivis sosial Hishamuddin Rais dan pimpinan mahasiswa Adam Adli.
Kesemua mereka diikat jamin dengan jumlah RM 5,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan 2 Julai bagi pendengaran kes.Sementara itu, Khalid Ismath memaklumkan, satu serahan memorandum bantahan akan dibuat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya jam 2.30 petang ini.
“Kami mendesak Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Zahid Hamidi menghentikan tangkapan bermotif politik yang melampau,” katanya kepada Keadilandaily. ~keadilandaily
ooooooooooo000000000ooooooooooooooooo
(Tamrin Ghafar, Tian Chua dan Haris Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah 25 Mei lalu setelah berehat di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang.)
Pemuda PAS menganggap tindakan pantas Juham memaksa pihak polis membebaskan tahanan ini lebih awal tanpa di reman lanjut bagi membolehkan mereka di dakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Pemuda PAS mengharapkan Juham agar bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang buruk kerana belum ada tanda politik negara reda daripada sebarang penangkapan dan dakwaan.
Demikian kata Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam tulisannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan