Biasanya Jalan ini sebuk dengan lori besar masuk dan keluar membawa muatan bijih besi untuk dibawa kePelabuhan Kuantan ..
Ini semua adalah gara-gara SPAD memperkuatkan rondaan sepanjang perjalanan ke Pelabuhan Kuantan.
Mengapa SPAD memperkuatkan rondaan ???
Adakah jawapan seperti dibawah ???
KUANTAN - Seorang pegawai penguatkuasa
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan telah ditampar oleh
seorang pemandu lori ketika menjalankan operasi mereka di Jalan Pintasan
Kemaman -Kuantan baru-baru ini. Pemandu berkenaan bertindak demikian selepas
mendapati seorang lelaki tiba-tiba masuk dan merampas kunci lori beliau ketika
dia memberhentikan kenderaan terbabit. Kejadian dipercayai berlaku kerana
beliau tidak mengenali pegawai terbabit yang kini begitu kerap memakai pakaian
biasa ketika bertugas. "Mereka tak pakai uniform... sebab tu kena tampar.
Lagi pun SPAD kini semakin melampau mencari duit.. mereka buat operasi hampir
saban hari hingga mengganggu mata pencarian sebahagian daripada kami. Ada sahabat saya yang
sudah seminggu tidak membawa lori kerana gusar dengan operasi SPAD sekarang
ini. Dulu ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lebih bertimbang rasa dan
berbudi bicara ketika bertugas... tapi SPAD mereka langsung tiada pertimbangan
kepada kami", kata seorang pemandu lori yang menghubungi PDO.
Menurutnya, kejadian "tampar" itu berlaku bukan kerana mereka benci
kepada SPA tetapi ia kerana kesilapan pegawai terbabit yang tidak
memperkenalkan diri. "Dia tak pakai uniform.. ketika sahabat saya berhenti
lori terus dia masuk dalam dan rampas kunci.. sebab tu kena tampar.. tapi lepas
di kenalkan dia dari SPAD baru kawan saya tu mintak maaf", tambah beliau
lagi. Justeru kepada pihak SPAD, eloklah memakai uniform ketika bertugas supaya
kejadian seperti ini dapat dielakkan. PDO
Jika Copy Paste, Sila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/gara-gara-tak-pakai-uniform-pegawai.html#ixzz2VoQWCBY9
Jika Copy Paste, Sila Nyatakan Sumber Artikel Ini: http://pahangdaily.blogspot.com/2013/06/gara-gara-tak-pakai-uniform-pegawai.html#ixzz2VoQWCBY9
Lebih memeranjatkan, kedua-dua pemandu itu mendakwa, anggota penguat kuasa terbabit menggertak mereka menggunakan pistol sebagai tanda amaran supaya berhenti malah kenderaan yang digunakan juga langsung tidak tertera sebarang logo agensi berkaitan.
Salah seorang pemandu, Cheong Kai Lim, 48 berasal dari Batu Caves, Selangor mendakwa, ketika itu dia dalam perjalanan membawa muatan bijih besi dari Plaza Tol Jabor ke Pelabuhan. ............
Seterusnya di SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan