Sayup terdengar TPM Malaysia mengatakan Kerajaan akan
memberikan lebih keutamaan kepada rakyat yang menyokong BN dalam PRU yang lalu.
Di sini saya rasa undi sudah tidak rahsia lagi kerana
Kerajaan yang memerentah sekarang boleh tahu siapa yang undi BN.
Kesan Kedua,
kalau macam tu, siapa yang tidak undi BN bolehlah bayar separuh
dari cukai yang kerajaan kenakan kepada semua rakyat.
Sebab duit cukai yang kerajaan kutip digunakan untuk
perbelanjaan pembangunan dan pengurusan Kerajaan
Kesan Ketiga;
Saya teringat kepada Kerajaan Iraq
di zaman pemerentahan Parti Bath
pimpinan Saddam Hussien. Amalan yang sama dengan perancangan TPM tu telah
dilakukan.
Memang parti Bath
meenang 95% undi setiap kali PRU.
Tetapi sebuah kerajaan yang begitu kuat kuasa tenteranya
(keempat di dunia) hancur dan lebur
Jadi sama-sama le kita berdoa supaya apa yang dirancangkan itu tidak dilaksanakan demi menentukan
(1) SPR benar bebas dan undi adalah rahsia
(2) Pendapatan negara berkurangan kerana penyokong pembangkang
bayar separuh cukai (3) Negara kita tidak hancur sebagaimana hancurnya Iraq , Mesir , Tunisia dan Libya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan