Gambar tertera adalah menunjukkan kedudukan peranti khas
yang dipasang penjenayah pada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Genting
Highlands yang dikesan baru baru ini.
'Skimming device' dipasang dengan memuatkannya pada slot kad
menyerupai bentuk asal. Alat ini bertindak menyalin data kad bank pengguna
apabila kad dimasukkan.
Dalam masa yang sama, peranti dipercayai CCTV yang dipasang
di bahagian atas mesin akan merakam nombor pin kad bank seterusnya wang dalam
akaun mangsa akan dicuri sebaik sahaja kad ATM dipalsukan.
Walaupun pihak polis percaya penjenayah menyasarkan kegiatan
mereka di pusat-pusat peranginan atau percutian, namun orang ramai diminta
sentiasa berwaspada ketika berurusan di kiosk ATM terutama yang terletak di
bahagian luar bank. Lapor segera kepada pihak bank atau polis sekiranya
terkesan alat mencurigakan di persekitaran.
1 ulasan:
Salam boss tumpang lalu..
AGEN/DEALER
komisen terbaik der!
celcom 5.50% maxis 4.50% digi 4.50%
Topup RM5 dengan hanya RM4.50
X mau jual, guna sendiri atau family, jimat!
FREE GIFT WEBSMS UNTUK SMS PERCUMA!
Info lanjut http://goo.gl/IaMtMe
Catat Ulasan