Jiwa
kapitalis dalam pengurusan Felda yang dibelakangnya Kerajaan BN semakin
mengenepikan hak dan kepentingan para peneroka. 112,635 orang peneroka di 317
Tanah Rancangan Felda seluruh negara menyertai Skim Felda kerana menyahut
seruan Kerajaan bagi menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
Mereka diikat dengan perjanjian antara Peneroka dengan Felda. Membayar hutang
piutang selama tidak kurang 20 tahun sebelum beroleh Hak Milik atas tanah kebun
10 ekar dan tapak rumah. Kehidupan yang lalui amat sukar. Bimbingan Kakitangan
Felda tidak akan mereka lupakan. Perjuangan mereka hingga detik kini sejak
Felda ditubuhkan tahun 1956 adalah luar biasa. Felda menjadi agensi pembangunan
tanah yang terbesar di dunia!
Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57 yang seharusnya menjadi nikmat dari
kepuasan hidup sebagai tuan atas tanah mula dipersoalkan. Langkah Kerajaan
membawa Felda Global Venture Holding ke Bursa Malaysia suatu mimpi ngeri.
Alasan ia kearah transformasi adalah gula gula untuk menghalalkan tindakan para
kapitalis buat mengutip laba sebanyak mungkin. Susah payah peneroka dan
pengurusan felda terdahulu seperti tidak dihargai.
Hari
ini, bukan sahaja peneroka yang bersuara di ugut dan diancam; kakitangan Felda
pun menerima akibatnya. Tokoh berwibawa seperti Dato' Dzulkifli Abd Wahab dan
beberapa Pegawai Kanan Felda dinyah dari jawatan masing masing.
Peneroka yang menggunakan hak mereka mengikut saluran Undang Undang di nafikan
dari mendapat Saguhati Hari Raya dan insentif FGVH. Mereka yang mengusahakan
kebun secara persendirian tidak memperolehi lesen MPOB. Yang ada pun di tarik
balik. Kegigihan dan semangat tinggi peneroka bukan sahaja tidak diraikan,
tetapi dianggap tidak tahu bersyukur dan dituduh kacang lupakan kulit!
Diskriminasi peneroka dan penderaan berterusan sampai waktu ini. Berjuang untuk
mendapatkan Kadar Perahan Gred(KPG) yang rendah waktu ini dituduh penghasut dan
pengkhianat???
Menuntut wang tanam semula sebanyak RM17 ribu yang memang caruman peneroka, di
kata petualang negara???
Kos Tanam Semula Peneroka yang sesetengahnya melebihi RM100 ribu dianggap remeh
dan munasabah. Walaupun hutang banyak, peneroka wajib bersyukur pada Kerajaan
atas budi baik Felda selama ini!
Terlalu banyak isu mengenai ketidakadilan dan diskriminasi kalau saya nak
senaraikan. Cukuplah kalau saya sebutkan beberapa contoh.
Justeru, Himpunan Aman Diskriminasi terhadap Peneroka pada 11 september ini
adalah susulan beberapa himpunan besar sebelum ini. Kali ini, ANAK menjemput
beberapa kedutaan Asing, Badan Hak Asasi PBB, media antarabangsa dan lain lain
agar perjuangan demi hak peneroka di panjangkan suaranya ke seluruh dunia.
Bukan memohon campurtangan asing, namun menagih simpati dari semua pihak
setelah suara peneroka tidak dirai dan di hargai!
Lebih malang, kini para peneroka berdepan dengan ugutan, ancaman dan
diskriminasi dari pengurusan Felda sendiri.
Memburukkan keadaan, harga komoditi getah dan terkini kelapa sawit semakin
merudum. Derita para peneroka berpanjangan dan tidak diketahui bilakah
penghujungnya. Komitmen Kerajaan, khususnya, Felda amat dingin. Mereka hanya
fikir survival FGVH, sedang peneroka diminta untuk jadi Pak Angguk semata mata.
Hingga Koperasi Permodalan Felda yang menguasai 51% kepentingan dalam Felda
Holding diambil dengan begitu mudah melalui konspirasi yang kita sama sama
maklum.
Ayuh Warga Felda, turun beramai ramai pada 11 september ini demi hak dan masa
depan peneroka. ANAK hanya badan Ngo yang menjadi pemudahcara atau perantara
bagi tujuan memudahkan suara peneroka di dengari, dipertimbangkan dan ada
susulan sewajarnya oleh Kerajaan, terutamanya pengurusan Felda.
Warga Felda mesti bangkit dan berada di barisan depan. Proaktif dan berani berjuang
demi hak mereka sendiri. Contohi Pejuang Kemerdekaan yang terdahulu. Inilah roh
dari sambutan hari Kemerdekaan ke 57.
Mazlan Aliman
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Jumaat, September 05, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan