1. Dato Sarchu Sawal. Bekas CEO KPF (Koperasi Permodalan FELDA Bhd). Anak Melayu yang mendapat kelulusan degree ekonomi UM dan Master (Finance) Belgium pada tahun 1977. Berkhidmat dengan FELDA selama 38 tahun sebelum diberhentikan oleh Isa Samad pada tahun 2013. Dato Sarchu merupakan 2 tokoh besar FELDA yang menentang penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.
Seorang lagi Dato Zulkefli Abdul Wahab (Pengurus Besar FELDA). Kedua
duanya dibrrhentikan terus daripada FELDA dan Dato Sarchu telah dianiaya dengan
pelbagai dakwaan yang tidak terbukti sehingga hari ini di mahkamah
2. Hj Mohd Ghani Mahmood. Bekas CEO Felda Plantaion dan Senior Vice President Felda Global Vantures (FGV). Berkhidmat dengan FELDA selama hampir 40 tahun.
2. Hj Mohd Ghani Mahmood. Bekas CEO Felda Plantaion dan Senior Vice President Felda Global Vantures (FGV). Berkhidmat dengan FELDA selama hampir 40 tahun.
Turut bersama mereka semalam ialah bekas CEO Felda
Plantation juga yang menyertai PAS sebelum pilihanraya 2013 yang lalu. Beliau
ialah Mohd Said Jonid. Hari ini komited bersama dengan Persatuan ANAK ANAK
Peneroka Felda menjelajah ke kawasan FELDA untuk menjelaskan kepincangan FELDA
yang perlu diselamatkan.
Ini perkembangan cukup positif. Sejak awal perjuangan ANAK
untuk memastikan hak, kebajikan dan keadilan untuk peneroka FELDA dan keluarga
mereka dikembalikan, ANAK dilihat bersendirian. Apabila kita menolak
penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, ANAK dituduh dengki kepada kemajuan atau
kehidupan baru serba kaya dan durian runtuh yang bakal dinikmati peneroka
FELDA. Namun hari ini semua pakat merasai keperitannya apabila terpaksa
berhutang di atas saham FGV yang merosot teruk yang dipaksakan kepada mereka
untuk membelinya.
Sepanjang penyenaraian ini, dua Pengarah Besar FELDA
diberhentikan kerana tidak sependapat dengan Isa Samad yang rakus iaitu Dato
Zulkefli Abdul Wahab dan Faizul Ahmad (terkini) dan hari ini semakin ramai
bekas pegawai kanan FELDA tampil menyatakan penentangan. Mereka berkhidmat
dengan FELDA 20 hingga 40 tahun dan pastinya mereka lebih tahu selok belok
FELDA, sebab itu mereka tentang. Tetapi Isa Samad hanya dilantik beberapa tahun
ini untuk pengerusikan FELDA dalam keadaan rekod buruk beliau yang diputuskan
oleh Lembaga Disiplin UMNO sebagai perasuah yang merasuah perwakilan untuk
menang pemilihan Naib Presiden UMNO.
Alhamdulillah hari ini sebaris dengan ANAK ialah bekas
pegawai pegawai kanan FELDA yang berjawatan besar telah menzahirkan penentangan
mereka terhadap salah urus FELDA yang merugikan peneroka, warganya dan negara.
Maka tidak ada sebab untuk peneroka, generasi kedua dan ketiga serta kakitangan
FELDA untuk tidak bersama perjuangan kami. Ayuh sertai bersama.
Oleh > Nasaie Ismail
Oleh > Nasaie Ismail
2 ulasan:
SAYA X KESEORANGAN - dah jadi tawar hati pada parti sui'ah semalaysia, dah kena bahadi x inginkan lagi pas dan juga PR.
AYUH GENERASI KEDUA FELDA DI SABAH SENTIASA MRNYOKONG PERJUANGAN YANG BERSIH DAN SUCI BUKAN SEPEERTI PEMIMPIN BN YANG KORUP
Catat Ulasan