INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, April 02, 2015

WARGA FELDA DI ALAF GST

Oleh: Naraza Muda 
Masyarakat Felda terutama peneroka seolah tiada kisah dengan pekembangan terbaru sistem percukaian Negara yang berkuat kuasa 1 april.
Mereka seperti biasa meneliti tajuk di dada akbar, terutamanya Utusan Malaysia di kerusi “malas” dan menyandar lega di warung-warung.
Menariknya berita utama hari ini mengambarkan GST Rahmat besar untuk rakyat. Berbeza dengan golongan anak generasi peneroka, mereka rancak menyantuni isu Negara ini. Berbagai tangggapan negetif kedengaran dalam kerancakan pidato pagi mereka.
Maklumlah mereka terdedah dengan viral di media sosial saban waktu dikongsi di FB dan Whatsapp. Apa yang menariknya mereka boleh lupakan seketika masalah mereka sendiri.
Hutang ratusan ribu yang bakal mereka warisi dari orang tua mereka hasil tranformasi Felda yang diperkenalkan Perdana Menteri semasa mengambil alih tampuk pemerintahan Negara.

Harga semasa saham Felda Global Vanture ( FGV) yang ditutup rendah lebih rendah dari harga IPO. Penyusutanya telah melepasi 50%. Jika dipasaran New York urusniaga syarikat yang disenaraikan di Bursa saham mereka akan dihentikan, jika penyusutan harga melepasi 30% harga tawaranya. Ini yang disebut oleh Dr. Roslee Yakop, bekas Timbalan gabenor Bank Negara.

Warga peneroka ini juga tiada kisah dengan kejatuhan keuntungan sebelum cukai FGV yang telah mencatatkan kejatuhan 27%  dalam tempuh dua tahun.
Pada tahun 2012, keuntungan sebelum cukai menurun 47% daripada RM1.9 bilion kepada RM1.1 bilion.
Bagi tahun 2013, ia meningkat28% kepda RM1.5 bilion.
Pada tahun 2014, ini jatuh 47% kepada RM813.2 juta.
Bagi mereka yang penting Felda tidak halau mereka, mereka masih tersenyum walau senyuman terpaksa. Melihat tren harga semasa buah tandan segar ( BTS ) yang merundum sepatutnya mereka merasa tercabar, apa tidaknya, ini pastinya akan memberi kesan langsung kepada mereka.
Bagi sebahagian peneroka yang menyerahkan urusan ladang mereka kepada Felda Tecnoplant, mereka boleh berpura senyum dengan pendapatan bulanan mereka sekitar RM1300 sebulan walalaupun hasil BTS mereka tidak sampai 1 tan metrik sebulan. Namum mereka terlupa hutang yang bakal mereka tanggung nanti.
Mereka tiada ambil kisah apabila sebahagian dari rakan peneroka telah dizalimi dan dinafikan hak.
Julai 2014, beberapa siri pendedahan bahawa lembaga pengarah FGV telah bertindak menafikan diveden kepada peneroka felda yang telah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat perladang terbesar Negara ini.
Perdana menteri sendiri mengumunkan bantuan hari raya dan dividen yang dijanjikan kepada peneroka Felda.
Tetapi pihak pengurusan cuba menfikan hak sebahagian penoka.Ekoran dari salah laku ini tujuh tindakan undang-undang telah difailkan oleh 4458 peneroka seluruh Negara.
Apakah GST ini akan terus memberi rahmat kepada warga Felda? Hanya mereka sendiri ada jawapanya.
Walaupun felda kini sudah bagai hilang haknya mereka masih mampu tersenyum.
Koperasi permodalan Felda ( KPF ) satu masa dulu memiliki 51% kepentingan dalam Felda Holdings kini sudah menjadi sebahagian pelabur di dalam FGV.
Nama Felda sudah banyak hilang setelah seluruh operasi Felda dirampas FGV, kini nama 317 buah tanah rancangan Felda ini bakal dijenamakan dengan FGV.
Masihkah ada senyuman ini satu hari nanti? ~

Penulis ialah ketua penerangan
Persatuan anak-anak Peneroka Felda kebangsaan~
01 April 2015
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong