KPF beberapa tahun mendapat anugerah Koperasi terbaik no 1 di Malaysia. No 20 di dunia. Pencarumnya adalah peneroka, anak-anak peneroka dan kakitangan FELDA. Dividen tahunan melebihi 15 peratus. Lebih tinggi daripada Tabung Haji. Zaman ekonomi meleset 1997, KPF masih boleh beri 10 peratus dividen. Saham KPF 1996 hanya RM200 juta. Namun 2012 meningkat menjadi RM2 bilion. Mengusai pelaburan FELDA Holding sekitar 50 peratus. Dengan licik dan kejam, Isa Samad berjaya menjadikan saham KPF dimiliki FGV. Bila merudum FGV, maka KPF juga terkesan. Tiada lagi dividen tinggi seperti sebelum ini.
Hari ini hanya tinggal kenangan. Sahamnya dimiliki FGV.
Harga saham FGV sekitar RM2.07 sahaja berbanding RM4.55 ketika disenaraikan di
Bursa Malaysia. Peneroka ditipu kononnya untung. Diberi dividen. Walhal
peneroka yang tidak membeli saham FGV pun mendapat wang yang sama. Bermakna
bukan hasil dividen keuntungan FGV. Kamu tipu peneroka sehingga mereka terpaksa
dan dipaksa membuat pinjaman bank. Hari ini setiap bulan mereka perlu membayar
RM50 kepada bank sedangkan untung tidak ada.
Belum lagi dibahaskan hal tanaman semula yang menyebabkan
peneroka menanggung hutang baru lebih 100 ribu. Pengurusan ladang yang buruk
menyebabkan semak dan hasil berkurangan. Pembayaran wang pendahuluan hasil
setiap minggu yang lewat daripada jadual biasa kerana ketiadaan duit. Rumah
generasi kedua yang mahal dan sukar dimiliki. Penyelewengan dalam anak syarikat
FELDA melibatkan kroni Isa Samad dan ahli politik katak yang melompat dari PR
ke BN. Tunggu satu persatu akan didedah.
Isa Samad. Masa anda sudah tamat. Anda perasuah yang membeli
undi untuk menang Naib Presiden UMNO. Anda rosakkan FELDA Sendayan dan LBJ
dengan janji palsu jadi jutawan ketika anda menjadi MB Negeri Sembilan. 4 ke 5
tahun di FELDA, anda jahanamkan FELDA. Letak jawatan. Mesti disiasat dan
hukuman mesti dilaksanakan. Najib juga tidak terlepas. Anda yang melantik Isa
dan merestui kerja Isa. Setelah Tun Abdullah Badawi batalkan penyenaraian FELDA
dizamannya, Najib melaksanakannya pada zaman beliau. Rosak. Cukup dan cukup.
Bersambung...
Mohd Nasaie Ismail
1 ulasan:
Ramai lagi peneroka penyokong tegar umno
Catat Ulasan