INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Jun 19, 2017

ISA CENGKAM ‘KEBERANIAN’ NAJIB

*KENYATAAN MEDIA*
*DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN*
*19 Jun 2017 | 24 Ramadan 1438*


1. Perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan bahawa transformasi dilaungkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hanyalah satu kepalsuan. Najib ternyata tiada keberanian dan keazaman politik untuk mengenepikan individu-individu bermasalah dari berada dalam struktur pemerintahannya.

2. Bahkan, tindakan tersebut membuktikan kronisme dan nepotisme yang wujud apabila jawatan dan kedudukan menjadi ‘agihan’ dibahagi-bahagi atas kepentingan diri, dan bukannya atas merit keupayaan atau kepakaran dimiliki. Malah, turut membayangkan saling berpakat atau bersekongkol melindungi kecurangan masing-masing. Malang sekali, hak awam telah jadi pertaruhan yang merugikan.

3. Kami khuatir, keberadaan Isa di SPAD hanya akan menimbulkan masalah baharu di entiti itu. Sedang kemelut di Felda mungkin tidak akan selesai kerana FGV ditubuhkan Isa bersama kukunya yang mencengkam. Malah, Isa dilihat telah mencapai misi pertembungan beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Dato’ Zakaria Arshad yang dimusuhinya apabila Zakaria turut ‘disingkirkan’ hari ini.

4. Walhal, siasatan ke atas Zakaria masih berlangsung dan belum dibuktikan sebarang tuduhan. Namun, episod drama dimainkan Najib seperti lazimnya akan mengkambing-hitamkan atau menjatuhkan pihak yang tidak seia sekata dengannya. Kami bimbang, keadaan menjadi semakin parah dan tidak menuju penyelesaian diharapkan, sedangkan banyak pihak menerima kesannya.

5. Impian membebas dan mengangkat semula hak golongan peneroka Felda juga masih dibayangi kesangsian sekiranya Tan Sri Sulaiman Mahbob yang dilantik selaku Pemangku Pengerusi FGV akan menjadi ‘robot kawalan jauh’. Profesionalisme yang ada padanya hanya akan sia-sia jika pengaruh politik berkepentingan terus campur tangan dalam usaha pemulihan Felda.

6. Menyesali sikap dayus Najib itu, kami menggesa anak muda termasuk seluruh warga Felda agar cermat meneliti lakonan sedang dilayarkan ini dan terus berjuang menuntut hak, serta bersatu menuju perubahan. Hanya pentadbiran Islam menjadi sandaran dan jaminan penyelesaian terhadap semua kemelut yang telah berlarutan sekian lama ini.

_“Sejahtera Bersama Islam”_
_“Mara Menuju Cita”_

*WAN NORDIN WAN YAACOB*
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan

http://www.harakahdaily.net.my/index.php/arkib/1884-isa-cengkam-keberanian-najib
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong