INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Ahad, Jun 18, 2017

Huraian Jangan beli makanan dari peniaga yang tak sembahyang dan tak tutup aurat.



Jangan beli makanan dari peniaga yang tak sembahyang dan tak tutup aurat.

Hukum asal berurusan yang berkaitan ekonomi seperti jualbeli  dengan ahli maksiat  adalah harus.Nabi SAW sendiri bermuamalat dengan orang yahudi .

Kempen JANGAN BELI BARANGAN PENDEDAH AURAT adalah diharuskan jika kempen tersebut membawa kemaslahatan kepada ummah dan juga kepada penjual serta menghindarkan kemudoratan.

Kempen tersebut adalah wasilah kepada matlamat yang hendak dicapai iaitu mencegah pendedahan aurat . Ianya adalah termasuk langkah pencegahan maksiat .

Di antara ketetapan syarak berkenaan wasilah ialah matlamat tidak menghalalkan cara. Maksud ketetapan tersebut ialah matlamat yang diakui oleh syarak  tidak menjadikan wasilahnya halal secara mutlak. Matlamat dan wasilah mestilah diakui oleh syarak. Menggunakan wasilah yang diharamkan untuk mencapai matlamat yang diakui adalah ditegah oleh syarak.

Kempen JANGAN BELI BARANGAN PENDEDAH AURAT adalah termasuk dalam bentuk pemulauan mereka yang melakukan maksiat secara terang-terangan.

Hukum  pemulauan mereka yang melakukan kemaksiatan secara terang-terangan adalah dibolehkan jika pemulauan tersebut mampu mencegahnya dari maksiat yang dilakukan .

Syeikh Atiyyah Soqr di dalam fatwanya menyatakan larangan memulaukan saudara seagama melebihi tiga hari ialah pemulauan kerana sebab peribadi bukan sebab syarak.

Adapun jika dengan sebab syarak seperti akhlaqnya yang buruk atau dibimbangi mendatangkan  kemudoratan  maka pemulauan tidak diharamkan.

Nabi SAW juga pernah memulaukan  isteri-isteri baginda selama sebulan dalam peristiwa pemilihan ( sama ada bercerai atau meneruskan kehidupan berumahtangga dengan baginda SAW ) di mana baginda murka kepada mereka kerana tuntutan perkara yang berkaitan kemewahan dunia ( yang halal ) lalu Allah memerintahkan baginda memberi pilihan kepada isteri-isteri baginda ( sama ada mendapat kemewahan dunia yang halal dan dicerai atau kekal hidup bersama baginda tanpa menikmati kemewahan dunia ).

Sebahagian ulama berpendapat harus memulaukan ahli maksiat JIKA pemulauan tersebut menyebabkan mereka bertaubat . ada pula yang berpendapat pemulauan adalah diharuskan dalam semua keadaan .

Menurut al Safarini dalam kitabnya Ghiza al Albab juzuk 1 hal. 22 sunat  memulau  mereka yang melakukan kemaksiatan perbuatan atau perkataan atau I’tiqad secara terang-terangan. Ada yang berpendapat pemulauan adalah  wajib   jika ahli maksiat berhenti dari maksiat dengan sebab pemulauan tersebut , sebaliknya pemulauan adalah sunat jika ahli maksiat tidak berhenti dari maksiat tersebut, ada yang berpendapat pemulauan adalah wajib dalam semua keadaan kecuali dari memberi salam selepas tempoh tiga hari.

Dari keterangan di atas, rumusannya ialah pemulauan bergantung kepada kebaikan dan keburukan. Jika membawa kebaikan maka ianya dibolehkan. Sebaliknya jika membawa keburukan seperti menimbulkan fitnah, maka ianya tidak dibolehkan.

Al Munawi menyatakan di Faid al Qadir:

ولا يحل لمسلم أن يهجر أخاه في الإسلام فوق ثلاث من الأيام، إلا لمصلحة دينية

Tidak halal bagi muslim memulaukan saudara seagamanya melebihi tiga hari kecuali kerana maslahat agama.

Al Syatibi di dalam kitab al I’tisamnya menyatakan

إنَّ الْقِيَامَ عَلَيْهِمْ بِالتَّثْرِيبِ أَوِ التَّنْكِيلِ أَوِ الطَّرْدِ أَوِ الْإِبْعَادِ أَوِ الْإِنْكَارِ هُوَ بِحَسَبِ حَالِ الْبِدْعَةِ فِي نَفْسِهَا

Sesungguhnya mencegah mereka dengan celaan atau hukuman atau pengusiran atau pemulauan atau cegahan adalah bergantung kepada tahap bidaah yang dilakukan.

Imam Ghazali menyatakan di dalam Ihya:

الهجر فوق ثلاث جائز في موضعين:
أحدهما: أن يرى فيه إصلاحاً للمهجور في الزيادة.
الثاني: أن يرى لنفسه سلامة فيه

Pemulauan melebihi tiga hari diharuskan pada dua tempat:

1-Dia berpendapat pemulauan tersebut membawa kebaikan kepada orang yang dipulau.

2-Dia berpendapat perbuatannya itu ( pemulauan ) tidak mendatangkan kemudoratan kepadanya.

SYARAT-SYARAT PEMULAUAN  DIHARUS

1-Pemulauan adalah kerana urusan agama bukan kerana kepentingan peribadi.

2-Wujud sebab pemulauan iaitu melakukan maksiat secara terang-terangan.Maksiat yang dilakukan adalah maksiat yang tidak berlaku khilaf padanya bahawa ianya adalah maksiat

3-Orang yan melakukan maksiat mengetahui bahawa perbuatannya adalah maksiat.

4-Maksiat dilakukan olehnya secara sukarela.

5-Matlamat pemulauan tercapai iaitu mencegah orang yang dipulau dari berterusan melakukan maksiat secara berterusan.

ADAKAH KEMPEN TERSEBUT MENDATANGKAN MUDORAT?

Kempen tersebut tidak mendatangkan kemudoratan kepada penjual iaitu tidak mendatangkan kesusahan yang membahayakan agama atau nyawa atau aqal atau  keturunan atau hartanya. Kempen tersebut hanya memberi sedikit tekanan kepada penjual dalam jualannya kerana bukan semua pelanggan berbuat demikian bahkan pelanggan sendiri kadang-kadang  mendedahkan  turut auratnya. Dengan sedikit oleh kuasa pembeli kemungkinan dia akan berhenti dari mendedahkan aurat di khalayak.

HUKUM MEMBELI BARANG JUALAN AHLI MAKSIAT

Jika sekiranya dengan sebab pembelian tersebut menyebabkan ahli maksiat merasakan maksiat yang dilakukan olehnya bukanlah maksiat maka haram membeli barang jualan mereka.

Sabit dalam hadis bahawa munkar wajib dicegah menurut kemampuan  sama ada melalui tangan atau lidah atau hati.
Mereka yang membeli dari penjual yang sedang mengerjakan maksiat adakah dikatakan pembelian itu satu bentuk pencegahan?

Maksud pencegahan ialah benci kepada perbuatan maksiat yang dilakukan. Adakah pembelian boleh dikatakan benci kepada maksiat yang dilakukan?

Adakah membeli barangan penjual yang menyokong membakar masjid dikira sebagai satu pencegahan kepadanya atau seolah-olah reda dengan sikapnya?

Syeikh Ahmad al Bayuni di dalam kitabnya al Fitan menyatakan:
Di antara perkara yang mendukacitakan dan diabaikan oleh kebanyakan orang Islam ialah perempuan muslimah yang solehah dan menjaga auratnya berjalan dijalanraya bersama wanita yang mendedahkan aurat dan bergaul mesra dengannya…. Perempuan tersebut lupa atau buat-buat lupa bahawa reda dengan maksiat adalah maksiat.

Begitu juga haram membeli barangan mereka jika perbuatan tersebut adalah sebagai sokongan kepada maksiat yang dilakukan dan dalam masa yang sama barang yang sama boleh didapati di kedai lain.

Tetapi jika tujuan pembelian dilakukan adalah untuk menjinakkan hatinya , maka ianya dibolehkan.

Kempen JANGAN BELI adalah menepati fiqh keutamaan iaitu utamakanlah barangan penjual yang soleh. Syarak menggesakan ummatnya mengutamakan sedekah kepada kaum keluarga , syarak juga mengarahkan nafkah hendaklah menurut keutamaan. Imam Ghazali menyatakan:

الوظيفة الثامنة
الأولى أن يطلب الأتقياء المعرضين عن الدينا المتجردين لتجارة الآخرة قال صلى الله عليه وسلم لَا تَأْكُلْ إِلَّا طَعَامَ تَقِيٍّ وَلَا يَأْكُلْ طعامك إلا تقي (1) وهذا لأن التقي يستعين به على التقوى فتكون شريكاً في طاعته بإعانتك إياه

Tugas yang kelapan ( pengeluar zakat atau sumbangan ) …. Yang pertama hendaklah dia mencari orang yang bertaqwa yang berpaling dari dunia dan semata-mata mencari kebahagiaan akhirat. Sabd nabi SAW janganlah kamu makan  ,melainkan makanan orang yang bertaqwa dan jangan memakan makanan kamu melainan mereka yang bertaqwa.

Begitu juga orang yang bertaqwa mendapat pertolongan –melalui makanan tersebut – untuk melakukan amalan takwa, dengan itu engkau  juga turut mendapat habuan  dari ketaatan yang dilakukan olehnya.

KESIMPULAN

1-Hukum asal pemulauan adalah haram tetapi diharuskan jika terdapat keperluan berbuat demikian.

2-Pemulauan penjual yang melakukan masiat secara terang-terangan antaranya mendedahkan aurat diharuskan jika pemulauan tersebut boleh mencegah maksiat yang dikerjakan olehnya.

3-Mereka yang hendak melakukan pemulauan hendaklah memastikan pemulauan tersebut akan mencapai matlamatnya iaitu mencegah kemunkaran.

4-Pihak berwajib dan masyarakat Islam hendaklah memainkan peranan menyuruh perkara yang makruf dan mencegah kemunkaran kerana ianya adalah syarat menjadi ummat terbaik.

Sejahtera Bersama Islam

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong