INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Julai 20, 2017

Mana satu yang betul ? Dalam program Soal Jawab @ TV3 malam tadi, Pengerusi Felda YB. Tan Sri Shahrir


Assalammualaikum
Salam Perjuangan.

Mana satu yang betul ? Dalam program Soal Jawab @ TV3 malam tadi, Pengerusi Felda YB. Tan Sri Shahrir Samad telah membuat kenyataan berkaitan isu lambakan hutang Peneroka Felda kononya tidaklah seburuk seperti yang diwar warkan oleh ramai pihak. Hanya dalam lebih kurang 1,000 orang dari 112K. Peneroka Felda yang hutang mereka melebihi RM100K.

Ini berbeza dengan kenyataan YB. Dato Razali Ibrahim Timbalan Menteri yang menjaga ha ehwal Felda bila tidak lama dulu telah mengeluarkan kenyataan bahawa hutang keseluruhan Peneroka Felda adalah memcecah RM5B. ! Malah di Pahang sahaja, hutang Peneroka telah mencecah RM900Juta mengikut apa yang dinyatakan oleh YB. Dato Abu Bakar Harun Exco Kerajaan Negeri Pahang yang menjaga hal ehwal Felda di negeri Pahang !

Kami anak anak Peneroka lebih memahami apa yang berlaku terhadap emak ayah kami Peneroka Felda. Kemarahan mereka bukan tiada asasnya. Isu ketiadaan Penyata Hutang lebih 10 tahun dan apabila didesak oleh SGK2F mulai April 2015 barulah Penyata tersebut dikeluarkan mulai Jun, 2016 tetapi amat malang bila butir butir penyata yang dikeluarkan  amat meragukan. Malah pengurusan ladang yang tidak cekap dengan ladang yang semak dengan hasil ladang yang amat mengecewakan telah menyebabkan juga pembayaran kembali hutang Peneroka menjadi terjejas ! Itu belum lagi isu kutipan faedah hutang yang dikutip dengan kadar 6.25% bercanggahan dengan apa yang tercatat dalam perjanjian iaitu 4% !

Itu sebenarnya perkara asas yang menjadi kemarahan Peneroka dan anak anak mereka. Bila kami bersuara tak sepatutnya kami dituduh kami adalah suara Pembangkang. Kami sekadar inginkan pembaharuan dalam urustadbir ladang. Buang dan rehatkan mana mana pihak yang gagal
menunaikan  amanah di Felda dan FTP. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku dalam urustadbir ladang. Ini yang patut diperbetulkan dulu. Kami tidak berminat membincangkan isu pembelian Hotel atau pelaburan sana sini. Kami bercakap soal asas permasaalahan Peneroka iaitu isu urustadbir ladang yang tidak cekap dan lambakan hutang yang tinggi ! Tak perlu beri pelbagai alasan. Hadapi dan selesaikan isu asas ini dengan sebaik baiknya !

Kami mengakui sejak Pengerusi Felda yang baru mengambil alih jawatan serta kemasukan YBhg. Datuk Zulkifli Wahab Pengerusi FTP. yang baru, telah dilihat sudah mula ada perubahan dalam urustadbir ladang. Suara anak anak Peneroka telah diberi perhatian. Sudah ada komunikasi dua hala antara Pengurusan Felda dan FTP bersama Peneroka dan Anak Anak Peneroka. Kami sangat menghargainya.

Terbukti apa yang kami suarakan adalah benar. Banyak pihak di Felda dan FTP sebelum ini menuduh kami bawa isu yang tidak tepat. Bila kami tunjukkan bukti barulah semua mula bertindak.

Kami bukan mengada ngadakan isu. Seranta Felda sendiri sebuah Agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk mengutip dan memantau permasaalahan Peneroka di Felda juga pernah menuduh kami bawa  isu tidak tepat, tapi bila kami tunjukkan bukti barulah mereka terdiam.  Kami bersuara demi kebaikan emak ayah kami serta demi memastikan Felda dan FTP terus maju. Janganlah mengambil jalan mudah dengan menuduh kami membawa  suara Pembangkang ! Kami sayangkan  Felda. Sebab sayangkan Felda lah kami bersuara !

Maaf.

Terima kasih.

Admin
#SGK2F@Facebook
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong