COPY
1. MELULUSKAN PENJUALAN BAJA ABU TANDAN KEPADA SYARIKAT RAHIM SIREH ( PENEROKA FELDA CHINI ) TANPA TENDER DAN TANPA PENGETAHUAN LEMBAGA PENGARAH FPISB.
Sekitar awal tahun 2008, SI MATA MERAH ini telah meluluskan penjualan baja abu tandan kepada Rahim Sireh yang juga seorang peneroka Felda Chini dengan harga yang tersangat rendah iaitu RM 160 / tan metrik di tiga buah Kilang Sawit iaitu Kilang Sawit Chini 2, Chini 3 dan Keratong 9. Harga pasaran mengikut tender yang diberi kepada syarikat lain adalah RM 430 / tan metrik. Abu tandan adalah merupakan hasil kilang Felda FPISB. Tatacara penjualannya adalah melelui tender terbuka. Jadi, wajarkah SI MATA MERAH ini selaku CEO FPISB meluluskan penjualannya berseorangan? Tambahan pula pemberian tender kepada syarikat Rahim Sireh ini selama satu tahun ( kontraknya )? Apakah matlamat beliau ini? Adakah untuk membodek Dato’ Bakke, supaya Dato’ Bakke boleh memberitahu kepada Dato’ Najib bahawa beliau telah menolong orang Dato’ Najib di Chini ? Ataupun tindakan ini ADA UDANG DISEBALIK BATU ? Sebenarnya tindakan ini tidak hanya lebih sebagai MELUKUT DITEPIAN GANTANG sahaja. (Siapakah yang melukut, dan siapa pula yang menjadi gantangnya ? )
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Ahad, Disember 07, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
1 ulasan:
Tak taulah apa nak jadi dengan Felda sejak Pak Chat keluar dari Felda Bukit Putra beberapa puluhan tahun yang lalu. Sebagai orang tua, Pak Chat tak faham, adakah ini satu perubahan millinium baru atau kemusnahan 50 tahun kedua Felda.
Tapi kalau apa-apa yang terjadi kepada Felda, bermakna satu bencana besar kepada umat Melayu di Malaysia kerana terdapat lebih seratus ribu keluagra peneroka bernaung di Felda. Dan yang paling menyedihkan usaha Pak Cat dan rakan-rakan membongkar hutan untuk dijadikan kebun sia-sia sahaja.
Agaknya begitulah apabila sesebuah organisasi ditabdir oleh orang luar. Mereka tak merasa susah payah membangunkannya. Mereka ambil masa dah senang -- apa lagi jolilah. Itulah sifat orang melayu, datuk nenek kaya raya, anak cucu papa kedana. Sifat ada pada orang melayu yang tak sekolah tinggi dan ada juga pada yang ijazah berjela-jela.
Keadaan yang sama juga dikeluhkan oleh pejuang kemerdekaan. Mereka berjuang membebaskan tanah air, tetapi anak cucu menjualkannya kepada orang (orang asing datang cari rezeki dan orang asing boleh milik tanah dan rumah)
Adakah ini Sunatullah ????
Catat Ulasan