INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Disember 25, 2008

KUASA FELDA

Salam sejahtera
Dalam akbar sinar harian pada 27 Nov.2008 menjelaskan sebahagian daripada keadaan sebenar yang ada dalam Felda.

Masaalah yang tak pernah selesai… satu demi satu masaalah yang timbul yang tidak pernah diketahui oleh orang luar .Mungkin orang luar mengatakan Felda bagus ..bla….bla…dan sebagainya.
Sebaliknya untuk menegaklan keadilan untuk semua peneroka tidak ada sama sekali….yang ada masuk kekantong Felda dulu baru peneroka memang ada dan itulah Felda punya kerja.
Dalam isu BTB .
Pada mulanya para peneroka sangat setuju apabila Felda menyekat pembelian sawit dari pengusaha luar yang terdiri dari kalangan bukan bumiputra, harapan dengan sekatan ini,peneroka yang mempunyai kemampuan dapat mengambil alih pembelian dan secara langsung meningkatkan lagi pendapatan peneroka itu sendiri .
Koperasi dirancangan juga dapat meningkatkan lagi pendapatan sekiranya keadilan itu wujud pada Felda.
Apabila peneroka mendengar berita Felda menyekat pembelian dari syarikat luar ,semua peneroka gembira .tetapi kegembiraan itu terlalu singkat apabila selepas itu Felda menyekat pula pengusaha dari kalangan peneroka dan koperasi itu sendiri.
Dimana silapnya …
Dikalangan peneroka yang taman sendiri kebingungan,gembira menjadi duka..sehinggalah pengurusan rancangan membuat perjumpaan pada pengusaha ladang sendiri yang isinya penuh dengan bunga-bunga harum kasturi diiringi dengan minuman dan makanan yang lazat-lazat .leka seketika…Maka semua peneroka tanam sendiri menghantar BTB melalui Felda dengan tahanan 20%.selepas sebulan tahanan menjadi 40% tampa notis,selepas sebulan lagi pembayaran pendapatan menjadi tak menentu dengan alasan yang berbagai-bagai dan yang terbaru peneroka taman sendiri tidak mendapat RM2000.00 seperti peneroka yang bersama Felda.alasannya bla…bla… yang tidak pernah dibincangkan dalam peringkat perbincangan dulu.
Dalam masa itu aktiviti ekonomi dalam rancangan tidak rancak .dan yang paling ketara koperasi peneroka mengalami masaalah ekonomi.
Haruskah peneroka merasa bangga dengan Felda yang mempunyai kuasa penentu sehingga MPOB tunduk pada Felda

Peneroka keliru…


Diantara LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA dengan FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY kedudukannya bagaimana diantara satu sama lain…
Isu ini menjadi tajuk perbualan diwarong-warong kopi …

Ramai peneroka kembali menghantar BTB pada pehak luar yang bukan bumiputra dengan alasan ia tidak ada pemotongan dan ianya tunai.










Siapa rugi ….Tidak lain melainkan peneroka keseluruhan yang rugi .

Ini yang peneroka perjuangkan agar tidak ada pengaliran wang keluar.
Felda tidak pernah rugi kerana Pembeli luar yang bukan bumiputra itu menghantar kembali BTB yang dibeli dari peneroka kekilang sawit Felda semula…
Dimana silapnya..

BTB Felda menghala ke swasta
BTB Felda diatas penimbang swasta
memunggah BTB Felda keatas lori

BTB Felda dihantar semula ke Felda
BTB Felda dihantar semula keFelda.
SILUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Felda telah berubah. Peneroka perlu terima perubahan itu. Dulu Felda diketuai oleh manusia yang berjiwa peneroka-- membantu peneroka meningkatkan taraf hidup (kata mereka itu amanat Tun Razak). Tapi kini dah berubah, Felda diketuai oleh orang korparat yang memikirkan untung. Mereka nak tunjuk kepada anak Tun Razak bagaimana mereka boleh buat untung. Anak Tun Razak pun dah lupa pada peneroka sebab dia tak macam ayahnya dulu meniti batang kayu tumbang melawat kebun peneroka. Anak Tun Razak dah naik kereta ke rancangan Felda. Dia tak rasa susah payah bapak dan kaum peneroka.
Kini peneroka perlu menerima hakikat, masa untuk bergantung kepada Felda telah berlalu. Peneroka perlu memikirkan cara untuk berdikari. Usah dirayu kepada pengurusan Felda. Mereka mahu cari untung. Kalau jual tanah peneroka boleh menguntungkan Felda, nescaya mereka akan lakukan.
Masa telah berubah tetapi peneroka masih belum berubah.

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong