10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Rabu, Disember 17, 2008
Petua khusyuk Solat
Salam sejahtera
Salam. Utk artikel yg nie, dah masuk kali kedua aku membicarakan tentang solat. Ibadah yg tidak lagi asing bg muslim. Solat merupakan tiang agama. Dan paling penting solat adalah pertama2nya ibadah yg dihisab di akhirat kelak. Kalau solat tak lepas maknanyer bau syurga payah ar nak merasa. Hayati firman ini:
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (al-Ankabut: 45).
Jika akhlak kiter atau saper2 pun tercela, kiter lihatlah solat kiter, adakah kiter jaga solat kiter? Adakah kiter melakukan dengan penuh seikhlas hati dan kekusyukkan?
Aku sjer jer nak share ngan korang. Sebab aku pun perasan solat aku bukan sempurna maner pun. Kadang2 biler dah penat ngan byk kejer, muler ar time solat2 tue pikir mender lain. Nak grab khusyuk yg benar2 khusyuk tue mmg payah. Tapi selagi kiter mampu nak usaha, teruskan utk memperoleh kekhusyukkan tue. Allah jer yg tahu camner nak menilai makhlukNya. Tak salah kiter berusaha utk ke arah tue berbanding dengan tak usaha apa2 pun.
Ok ar. Juz bacer dan amalkan aper yg ada kat bawah nie. Artikel nie aku copy dah lamer ar. Luper lak source kat maner. Jadik bacer lah atas nie nak membangunkan tarbiah diri. Selamat mencuba utk aku dan korang sumer...
Petua-petua khusyuk dalam solat
1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46]
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].
Label Islam Cara Hidupku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan