COPY DARI http://azinang.blogspot.com/
Jumaat, 2009 Januari 09
PENEROKA DIUGUT OLEH PENGURUSAN FELDA
PUTRAJAYA 8 Jan. – Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) pernah didakwa mengugut untuk mengusir 354 orang peneroka Felda Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan daripada tanah rancangan itu jika mereka mengambil tindakan yang boleh menjejaskan reputasi agensi kerajaan tersebut.
Peguam Yusfarizal Yusof berhujah, ugutan itu dibuat dalam satu pertemuan antara pengurusan tertinggi Felda dengan pihak peneroka pada pukul 9.30 malam, 1 November 2002 di Pusat Kegiatan Ummah Felda Kemahang Tiga.
Beliau yang mewakili kumpulan peneroka tersebut menyatakan, perjumpaan itu turut dihadiri oleh Datuk Mustapa Mohamed yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Jeli. Turut hadir, Naib Pengerusi Felda Kemahang Tiga, Aziz Zakaria.
Yusfarizal berhujah, berikutan ugutan itu, peneroka-peneroka tersebut membuat laporan polis, dua hari kemudian.....selanjutnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan