Felda Wilayah Kuantan telah membuat lawatan dan taklimat ke Pusat Penyelidikan Pertanian Mardi pada 7.1.09 yang lalu.
Tujuan adalah untuk mempelajari dan lebih mendalami barkaitan dengan penanaman LADA KULAI yang kini sedang giat ditanam dikawasan persekitaran perumahan peneroka Felda seluruh Felda wilayah Kuantan atas nama EDIBLE GARDEN FELDA (EGP).
Peserta yang mengikuti lawatan buat permulaan terdiri dari rancangan Felda yang terpilih sahaja iaitu:
- Felda Chini 04
- Felda Chini timor 3
- Felda Keratong 9
- Felda Lepar hilir 2
- Felda Keratong 2
- Felda Lepar Utara 1
- Felda Selancar 4 & 5
Satu program yang baik untuk para peneroka masa kini yang harus kita ikuti.
Untuk program Edible Garden Felda Chini 04 permulaan kita menanam Lada Kulai .
Pehak pentakbiran telah memperuntukan 20 pokok anak benih setiap peneroka .
Setelah mengeluarkan hasil ,lada tersebut akan dikutip setiap rumah dan dikumpulkan untuk di jual pada FAMA yang ia bersedia untuk datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan