INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Januari 19, 2009

TAKLIMAT MPOB DAN KILANG SAWIT

Salam sejahtera
MAJLIS TAKLIMAT BELIAN BTS DAN MPOB KILANG SAWIT CHINI 03


Jawatan kuasa persepakatan bersama Felda Chini (JCC) Pengurus Rancangan Chini 04 EN.Md Shah telah menganjurkan satu program perjumpaan bersama Pengurus Kilang Sawit Chini 03 dan MOPB bersama Ketua-ketua blok Chini 01,05 dan 04 pada 16 Jan 2009 betujuan untuk menangani masaalah yang dihadapi oleh peneroka berkaitan harga BTS dan isu-isu yang berkaitan dengan jualan BTS.
Penceramah khas yang diundang ialah

  • Pengurus Kilang Sawit Chini 03
  • Encik Ismail Aman dari Jabatan Belian BTS
  • Encik Dahlan Osman dari MPOB Kuantan.


Taklimat oleh En.Ismail Aman berhubung kait dengan harga BTS ,perahan dan grading diladang dan kilang. Taklimat diberikan dengan panjang lebar (maaf tak sempat rakam)
Dalam rumusan taklimatnya ialah sekiranya peneroka ingin mengetahui harga BTS semasa ,peneroka hanya perlu membaca dalam suratkhabar harian kerana harga itu sama dengan harga dalam Felda.


Taklimat oleh En.Dahlan Asman berkaitan dengan MPOB dan perananya.
MPOB ditubuhkan
Untuk penyelidikan industri sawit Malaysia
Untuk kawal selia
Untuk pelesenan dan penguatkuasaan
Untuk penyelidikan
Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh peneroka berkaitan dengan MPOB yang dikira ia perkara lama dan isu-isu ini telah lama dibangkitkan pada pehak rancangan dan kali ini dibangkitkan kembali pada MPOB sendiri.
Antara masaalah yang dibangkitkan ialah
Sekatan MPOB terhadap pemegang lesen belian Koperasi Felda.
Jawapanya “MPOB tidak ada kuasa penentu dalam sesuatu keputusan kerana ia ada hubungkait dengan Felda sendiri dan dalam ALP MPOB sendiri ada didalamnya kakitangan Felda.”
Sekatan Lesen persaorangan
Jawapan “ Geran peneroka adalah geran GSA dan ia terlakluk dengan Felda.”
Buah sawit yang direject olah kilang felda ,penjual dijual pada orang tengah dengan harga murah dan dijual semula pada Felda,Mengapa Felda terima.
Jawapan.” Aaaaaaaaaa..saya rasa perkara ini tidak akan berlaku dan tidak berlaku samasekali ..walau bagaimana pun saya akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku….”
Mengapa pehak MPOB tidak membenteras pembelian BTS ditepi-tepi jalan berhampiran kilang sawit.
Jawapan “aaaaa….aaaa…apa….sebenarnya itu tugas polis kerana mungkin buah itu buah curi ..aaaa…peneroka sepatutnya tidak harus menjual pada mereka…aaa..kita boleh datang periksa ada lesen atau tidak dan saman mereka kalau tak ada lesen …..tapi kalau mereka saman balik mengatakan itu buah dia sendiri …jadi satu masaalah….aaaaa……bagaimanapun kita akan pantau dari masa kesemasa…

Pada dasarnya ia satu program yang baik dan kita peneroka harus berterima kaseh pada JCC yang telah menjayakan program ini.

Komen Blogmaster: Mencadangkan agar MPOB dan Kilang Sawit membuat kajiselidik buah muda dari segi bentuk,warna,bau atau sebagainya sesudah satu hari atau dua hari atau tiga hari sesudah dipotong untuk mengetahui status perbezaan antara buah muda dan buah masak.kerana saya menegaskan kilang sawit masih membeli buah sawit muda yang dah diperam pada suatu masa.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong