Dalam Rancangan Felda masaalah H1N1 ini peneroka tidak berapa sangat ambil tau kerana pada masa yang lalu seluruh media malaysia memperkatakan Malaysia selamat dari H1N1.
Peneroka berangapan bahawa rakyat Malaysia amnya peneroka tidak terlibat dalam kes seumpama ini.
Peneroka kalau diajukan soalan H1N1 ini...jawapannya ialah ..
"...Ah bukannya diMalaysia..."
Apabila sudah masuk Malaysia ..Jawapanya ialah...
"...Ah bukannya diNegeri kita..."
Kalau sudah sampai dala Negeri sendiri..Jawapanya....
"...Ah..Bukanya dalam daerah kita..".
Kalau sudah sampai dalam daerah sendiri ..Jawapanya..
"...Ah bukan dalam Chini..."
Sekarang sudah ada dalam rancangan Felda Chini .....Apa alasan lagi....nak cakap apa lagi......
Sebuah sekolah Berasrama dari Muazam Shah telah ditutup kerana H1N1 ini...dan salah seorang
dari pelajarnya terkena berasal dari Chini...
Apa harus kita buat dan bagaimana kaedah yang terbaik untuk mengatasi perkara ini..??..
Bawah ini berita dari BERNAMA
Wanita 20 Tahun Kematian Keempat Influenza A (H1N1)
PUTRAJAYA, 29 Julai (Bernama) -- Seorang wanita rakyat tempatan berusia 20 tahun meninggal dunia pagi Selasa akibat jangkitan Influenza A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada empat orang dan disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai membimbangkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita yang berbadan besar itu meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk yang dijangkiti daripada persekitaran, dan sampel tekak yang diambil pada hari yang sama mengesahkan beliau dijangkiti Influenza A (H1N1).
"Pesakit telah mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, dan walaupun gejala demam dan batuk bertambah teruk, beliau hanya pergi mendapat rawatan selepas sakit semalam di Hospital Melaka di mana x-ray dada menunjukkan beliau mengalami pneumonia.
"Pada 8.30 malam hari yang sama kes dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru sebelum meninggal dunia jam 9.40 pagi semalam," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Dr Mohd Ismail yang sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza A (H1N1) berkata kadar kematian yang semakin meningkat di negara ini adalah membimbangkan, lebih-lebih lagi kerana ia disebabkan oleh rawatan yang lewat, sama ada disebabkan oleh pesakit yang lewat mendapatkan rawatan atau doktor yang gagal mengesan jangkitan itu lebih awal.
Beliau berkata mesyuarat hari ini mengambil ketetapan bahawa semua pengamal perubatan sama ada di hospital atau klinik termasuk swasta hendaklah memberikan tahap pemerhatian yang lebih tinggi kepada kes-kes pneumonia yang disebabkan oleh Influenza A (H1N1).
"Kes-kes pneumonia terutama yang teruk hendaklah diuji kemungkinan jangkitan Influenza A (H1N1)," katanya.
Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia yang teruk yang dirawat di hospital perlu diambil swab tekak untuk ujian Influenza A (H1N1) dan dimulakan rawatan antiviral serta diambil sejarah jangkitan Influenza Like Illness (ILI) dan Influenza A (H1N1).
"Selepas berlaku empat kematian, saya harap orang ramai akan lebih berhati-hati. Jika ada yang tidak sihat dan mempunyai simptom seperti sesak nafas dan sebagainya, gunakan penutup muka dan segera dapatkan rawatan.
"(Bagi doktor) ini menunjukkan kita perlu perkemaskan lagi teknik pemeriksaan. Apabila pesakit datang, dapatkan latar belakang dengan teliti, dan jika ini menunjukkan ada simptom mengenai masalah pernafasan, periksanya dengan lebih teliti," katanya.
Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia yang teruk yang disyaki disebabkan oleh Influenza A (H1N1) juga hendaklah diberi rawatan antiviral influenza dengan dos diganda.
Beliau berkata ujian makmal untuk Influenza A (H1N1), yang setakat ini hanya boleh dibuat di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Hospital Sungai Buloh juga akan diperluas kepada hospital kerajaan negeri, dan untuk itu latihan dan kemudahan akan dibekalkan kepada hospital-hospital terlibat.
Sebanyak 21 hospital swasta telah diberi bekalan antiviral influenza untuk digunakan bagi merawat pesakit-pesakit influenza A (H1N1) atau yang disyaki.
"Kita akan beri dos yang mencukupi untuk mereka beri rawatan yang sewajarnya dan kita akan tambah dari semasa ke semasa, jadi tidak ada alasan bagi hospital swasta merujuk pesakit kepada hospital kerajaan," katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri juga akan diwujudkan, di mana Pengarah Kesihatan Negeri akan menyampaikan keputusan mesyuarat teknikal pusat kepada semua pihak yang terlibat termasuk doktor-doktor swasta.
Mengenai situasi semasa, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 47 kes baru dilaporkan di seluruh negara dan kesemuanya merupakan kes jangkitan tempatan, di mana 27 daripadanya merupakan kejadian dari enam kluster baru, 10 kes dari lima kluster sedia ada manakala 10 kes lagi merupakan kes-kes terpencil.
Ia menjadikan jumlah terkumpul kes itu setakat ini meningkat kepada 1,266, di mana 574 atau 45 peratus merupakan kes import dan bakinya adalah jangkitan tempatan.
"Daripada jumlah ini, 1,233 kes atau 97 peratus telah sembuh, 24 kes atau dua peratus yang menerima rawatan antiviral di hospital manakala sembilan orang atau satu peratus lagi sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.
Mengenai situasi global, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 169,753 kes dengan 1,125 kematian dilaporkan di 159 negara setakat pagi ini.
-- BERNAMA
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Khamis, Julai 30, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan