Tapi kali ini saya rasa kena serius kerana ia membabitkan buah yang banyak ..buah orang ramai…dalam cerita drebar lori, buah relai yang ditinggalkan apabila dihantar kekilang berat lebih dari satu tan….hu….banyak tu…….
Saya rasa pelik macam mana boleh terlepas sekatan sekuriti kerana jalan hanya satu sahaja…..mana perginya security….memang ada jalan kecil dibelakang pondok sekuriti tetapi jalan itu apabila lori lalu sekuriti mesti dengar….tak tau lah kalau dia pasang radio kuat-kuat….
Hakikatnya pada saya dengan pengalaman saya sebagai security dahulu tak logik buah boleh terlepas …Pokok pangkalnya terletak ada pentadbiran Technoplant sendiri …kerana tidak ada garis panduan yang diberikan pada sekuriti yang menjaga …ia seolah-olah melepaskan batuk ditangga sahaja…
Dahulu semasa saya dalam sekuriti (saya tiga paku beb)…jadi ramailah orang tanya begaimana nak mendisplinkan sekuriti ini …Saya jawab rengkas jer. “semasa kerja wajib pakai seluar,pakai kasut keselamatan,ada lampu picit yang terang dan ada wisel …ada perkara ini pada sekuriti baru ada disiplin…
Kecurian baja di pejabat juga berlaku walau pun ia melibatkan 2,3 bag baja sahaja tetapi perkara ini juga harus dipandang serius .Semalam satu laporan Polis telah dibuat oleh Tecnoplant berkaitan dengan kehilangan baja dengan kerjasama sekuriti dan orang ramai sebuah motosokal dan 2 bag baja ditahan ..
Ini satu contoh yang baik bagi saya….sekurang-kurangnya mat-mat ketong tak berani lagi mencuri baja di pejabat…
Tapi bagaimana dengan kehilangan BTB diladang ….Pentadbiran Chini 04 jangan bandingkan dengan rancangan lain dari segi keselamatan kerana rancangan lain banyak jalan keluar masuk berbanding dengan chini 04 hanya satu sahaja jalan keluar…perkara ini harus di ingat….
Pokok pangkalnya pada diri …nak mencegah atau nak melepaskan batuk ditangga sahaja..
Dahulu sebelum pokok ditebang ada suara dari peneroka agar pejabat operasi Technoplant dan stor baja letak dikawasan ladang tapi pehak pentadbiran pandang sepi …maklumlah …sapa nak duduk diladang …kalau pejabat diladang lebih baik kerja dengan estet macam kosma ….bla..bla..puas hati…
Pada Peneroka , pejabat operasi Technoplant di kawasan perumahan membawa masaalah pada pengurusan ladang peneroka….contoh yang terdekat pekerja kongsi kong mula kerja lebih kurang 10.00 pagi dan ia membabitkan peneroka sendiri …yang peliknya peneroka yang kerja dengan LKPP sampai tempat kerja jam 7.00 pg …boleh pula……..apa bila kerja dengan techno. jam 8.00 baru nak minum kedai….
Dimana silapnya….
okey ..bersambong akan datang bab kontrak BTB...
1 ulasan:
Di Kota gelanggi 01, kecurian banyak juga berlaku.
yang ni lagi hebat, bila Rela meronda dan terserempak dengannya yang sedang potong buah diwaktu malam.
Dia lari sekejab, lepas tu dia datang balik dan minta nak ambil buah tu kerana katanya dia dah penat potong.
Bila Rela tak beri dia ugut Rela, bila Rela berkeras baru dia berlembut tetapi masih ugut rela supaya jangan lapur kepada Polis.
Rela pulak takut jugak akhirnya kes tutup.
Dia masih curi, tiap-tiap hari curi.
Nasib baik buah org tanam sendiri dia tak curi.
Katanya dia curi buah teknoplant sahaja.
Teknoplant tak bolah buat apa-apa.
Samapi bila agaknya org ni akan berhenti mencuri....
Munkin kena bertemu buku dengan ruas baru dia tahu.
Masaalahnya ruas tak wujud di gelaggi,
Tu dia sedap sangat tu.........
Catat Ulasan