INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.WHATSAPP 0139609230

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Oktober 14, 2009

ADA KERAGUAN AKAN TENDER PENEBANGAN SEMULA GETAH DI TANAH RANCANGAN FELDA BUKIT TANGGA

Artikal dari Kedahlanie
ADA KERAGUAN AKAN TENDER PENEBANGAN SEMULA GETAH DI TANAH RANCANGAN FELDA BUKIT TANGGA
SPRM DIGESA SIASAT ISU TENDER PENEBANGAN SEMULA GETAH DI TANAH RANCANGAN FELDA BUKIT TANGGA,CHANGLOON,KEDAH


Alor Setar,14 okt : - Persatuan Mahasiswa Darul Aman(PERSADA Kedah) menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) segera menyiasat isu tender penebangan semula getah di Tanah Rancangan Felda Bukit Tangga,Changloon,Kedah.

Menurut Presidennya,saudara Syazwan Bin Ahmad pihaknya telah mendapat maklumat berkaitan isu ini mendapati wujud sedikit kecurigaan terhadap pihak pengurusan Felda memandangkan perjalanan tender dilakukan tanpa pengetahuan peneroka. Sebaik sahaja diumumkan berkenaan harga tender tersebut jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu RM30,000 berbanding RM60,000 harga pasaran dengan kiraan RM60 sebatang. Apa yang lebih menghairankan, pihak pengurusan enggan berbincang dengan pihak peneroka dan mempertahankan pemborong cina tersebut. Berdasarkan maklumat daripada pihak peneroka, ada di kalangan peneroka yang cuba bangkit mempersoalkan isu ini ditawarkan sejumlah wang oleh pihak tertentu dan ada sebahagian daripada mereka menerima wang sogokan tersebut.Tidak seperti sebelum ini yang mana jawatankuasa tender juga ditubuhkan di kalangan peneroka sendiri.
Seperti disiarkan sebelum ini pihak Peneroka Felda Bukit Tangga peringkat kedua telah berhimpun untuk menyatakan suara ketidak puasan hati mereka berkenaan isu tender penebangan kayu getah yang dijadualkan berlangsung bulan ini. Sebelum ini pihak peneroka meminta supaya pihak pemborong sendiri turun untuk memberikan penjelasan berkenaan dengan harga tersebut.Namun begitu, pihak pemborong enggan hadir dan pihak pentabiran felda menjadi jurucakap kepada pihak pemborong.

Di dalam perhimpunan tersebut, pihak peneroka telah meminta penjelasan kepada pihak pentadbiran berkenaan perlantikan jawatankuasa penebangan semula yang dilantik tanpa pengetahuan pihak peneroka. Selain itu,rundingan-rundingan yang dijalankan bersama pihak pemborong juga tidak diberitahu kepada pihak peneroka secara mesyuarat untuk mendapat maklum balas peneroka. Perkara ini menjadi tanda tanya kerana di dalam proses penebangan peringkat pertama, proses perjalanan tender diadakan secara bermesyuarat dan dijalankan atas persetujuan bersama.

Di peringkat mahasiswa pihaknya melihat perkara ini merupakan suatu penganiayaan kepada pihak peneroka yang rata-ratanya mempunyai pendidikan yang rendah dan mudah untuk di tipu oleh pihak luar.

Oleh itu,beliau meminta pihak yang terlibat terutamanya SPRM digesa segera menyiasat perkara sebelum penebangan dilakukan.Pihaknya juga tidak mahu menuduh sebarangan tetapi meminta siasatan dilakukan kerana wujud keraguan yang jelas.Beliau juga telah menghantar surat kepada SPRM untuk menyiasat isu ini.Bagi pihak PERSADA,sebuah NGO mahasiswa Kedah menentang keras terhadap penyelewengan dan rasuah yang kian membarah di dalam masyarkat.

PERSADA.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong