10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Ahad, November 08, 2009
ANTARA SOAL JAWAB FELDA DIPERLIMEN
Untuk memastikan kebajikan peneroka FELDA terjaga
Jawapan : Tuan Yang Di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara langkah yang diambil oleh FELDA untuk membantu para peneroka ialah kempen bekerja di ladang. Peneroka digalakkan bekerja sendiri di ladang bagi menjana pendapatan selain mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. Intensif upah yang menarik disediakan bagi menarik peneroka untuk bekerja di ladang FELDA. Mereka juga digalakkan mengambil upah bekerja di ladang-ladang FELDA yang tidak menempatkan peneroka dan kebun peneroka yang ditanam semula bagi memperoleh pendapatan tambahan. Selain itu, FELDA menyediakan intensif jualan dan jaminan pendapatan minimum sekiranya harga berada di paras terendah, peneroka akan diberikan pendapatan minimum sebanyak RM 1000 sebulan. Disamping itu juga, peneroka
pendapatan minimum sebanyak RM 1000 sebulan. Disamping itu juga, peneroka akan diber pengecualian dengan cara menangguhkan dalam penyata pendapatan potongan seperti Bayaran Kembali (BK) dan lain-lain potongan sehingga harga kembali stabil. Projek Edible Garden yang diperkenalkan mulai tahun ialah antara projek khusus untuk warga peneroka. Projek ini bertujuan membantu peneroka memenuhi keperluan isi rumah, selain menjana pendapatan tambahan. Ia dilaksanakan di perkarangan rumah peneroka dan kawasan kosong sekitar tanah rancangan di mana pelbagai tanaman seperti sayuran, buah-buahan dan pelbagai jenis tanaman seperti ulam-ulaman, jagung, halia, herba, sengkuang, peria, cili api, ubi dan sebagainya ditanam. Sumber pendapatan tambahan yang lain ialah melalui aktiviti keusahawanan. Aktiviti ini meliputi program pembuatan kraf, ternakan dan asas tani, industri makanan, perniagaan, perkhidmatan dan perusahaan kecil. Bagi menyokong pembangunan usahawan di FELDA, dan sebanyak RM 100 juta telah disedikan bagi membolehkan peneroka membuat pinjaman melalui Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF) dengan nilai pinjaman antara RM 10,000 hingga RM 40,000. Bagi memastikan kebajikan peneroka terjamin di kala penurunan harga komoditi, FELDA telah mengadakan kawalan terhadap kos operasi melalui penggunaan baja kimia. Misalnya peningkatan penggunaan baja kompos di rancangan FELDA. Pada masa ini terdapat sembilan buah kilang baja kompos di rancangan FELDA. Baja kompos dihasilkan melalui proses pelupusan sisa biomas di kilang sawit. Komposisi nutrien dalam produk baja kompos dijangka berupaya menggantikan sehingga separuh dari penggunaan baja kimia. Langkah ini dapat menjimatkan kos pembajaan sehingga RM 300 per hektar per tahun berdasarkan harga semasa baja kompos dan baja organik. Selain dari itu, FELDA menerapkan Amalan Pertanian Baik (GAP) dan memperkenalkan teknologi baru dengan menggunakan benih bermutu tinggi di kebun peneroka supaya produktiviti dapat ditingkatkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan