Sumber dari sini
http://www.felda.net.my/info/harta_sepencarian.htm
1. Apakah yang dmaksudkan dengan harta sepencarian?
Harta sepencarian ialah mana-mana harta sama ada harta alih(harta yang boleh dipindahkan seperti wang ringgit, kenderaan dan peralatan rumah) atau harta tidak alih (harta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan rumah) yang diperolehi oleh suami isteri selama perkahwinan mereka. Dalam konteks Felda, harta sepencarian meliputi:-
i) Tanah Ladang.
ii) Tanah tapak rumah.
iii) Rumah
iv) Harta-harta lain yang dibahagikan mengikut ketetapan mahkamah syariah negeri-negeri berkenaan.
2. Apakah syarat yang melayakkan seorang janda peneroka berhak mendapat harta sepencarian?
i) Janda peneroka yang layak menuntut harta sepencarian ialah mereka yang sama-sama masuk dan tinggal bersama suami di rancangan sehingga berlaku perceraian.
ii) Pada masa perceraian berlaku, rancangannya sudah mengeluarkan hasil/sistem blokdan peneroka telah mula melaksanakan Bayaran Memiliki Harta (BMH) kepada Felda atau;
iii) Pada masa perceraian berlaku, peneroka telah selesai membayar BMH kepada Feldadan menerima surat Hakmilik tanah.
3. Bagaimanakah pembahagian harta sepencarian dikira?
Kadar pembahagian harga sepencarian kepada janda peneroka bagi rancangan yangberhasil/sistem blok tetapi belum selesai BMH adalah berasaskan 50% daripada BMH yangtelah dijelaskan kepada Felda. Kadar harta sepencarian kepada janda peneroka bagirancangan yang telah selesai BMH adalah berasaskan kepada 1/3 daripada nilai tanah ladang, kawasan tapak rumah dan rumah peneroka.
Bayaran harta sepencarian akan terus dibayar walaupun isteri yang telah diceraikan olehpeneroka telah berkahwin semula. Sekiranya janda peneroka meningal dunia dan bayaran harta sepencarian oleh peneroka masih belum diselesaikan, anak mereka berhak menerima baki harta sepencarian tersebut.
4. Bagaimanakah proses untuk mendapat harta sepencarian oleh janda peneroka?
Sila hubungi kami bagi proses permohonan Sijil Deklarasi Harta Sepencarian daripada pihak kami.
1 ulasan:
Salam Sdr.
Salam kunjung balas.
Terima kasih kerana singgah di blog saya dan menjadi followernya.
Catat Ulasan