KUALA ROMPIN – 20 peneroka Felda Selancar 2, 4 dan 6, yang mewakili 200 peneroka di sini, semalam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin mendakwa Felda mendesak peneroka menebang semula kelapa sawit yang ditanam secara persendirian.
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan itu seolah-olah mengugut masyarakat peneroka yang tidak menandatangani perjanjian pengurusan tanam semula.
Beliau mendakwa, menerusi
“Sekiranya kami ingkar, mereka mahu menarik balik keistimewaan dalam Felda seperti, tidak mendapat bonus insentif raya tahun 2009, tidak mendapat kelayakan mendapat pinjaman perumahan dan akan melucutkan hak sebagai peneroka,” katanya
Mazlan berkata, persatuan itu telah menerima pelbagai rungutan peneroka di seluruh negara dengan dasar terbaru Felda yang memutuskan mulai tahun depan, Felda tidak lagi membenarkan kerja tanaman semula dilakukan.
“Saya menyifatkan tindakan untuk mencabut semula anak sawit yang ditanam peneroka secara sendirian sebagai tindakan zalim, kerana mereka (peneroka) tidak terikat dengan sebarang perjanjian baru termasuk Perjanjian Pengurusan Tanam Semula,” katanya.
Beliau meminta Felda menghormati keputusan kira-kira 25,000 peneroka yang enggan menyerahkan pengendalian kebun tanaman sawit mereka kepada Felda supaya nasib mereka diberi perhatian serius pihak berkenaan.
“Peneroka bimbang pokok sawit mereka akan dimusnahkan jika Felda meneruskan ugutan menceroboh kebun mereka jika masih ingar dengan arahan yang dikeluarkan,” katanya.
Mazlan berkata, tindakan mengugut melalui
“Wang tanam semula adalah hak milik peneroka dan Felda hanya bertindak sebagai pemegang amanah semata-mata.
“Tindakan Felda adalah satu pelucutan kehidupan dan dianggap sebagai satu penganiayaan dan membawa kesan amat buruk hubungan peneroka dengan Felda,” katanya.
3 ulasan:
salam...jauh mazlan datang ke selancar...kenapa tak bergiat di johor je...apa khabar kebun mak dia yang khabarnya tecnoplant usahakan...
17.11.09 DIA DATANG KE CHINI NANTI SAYA TANYA...
Salam GayaPeneroka,
Saya, sekurang-kurangnya, ada seorang sepupu di Selancar. Namanya di kalangan keluarga Roslan Harun.
Catat Ulasan