Hari ni saya menghadiri kursus pengredan BTS anjuran JCC Kilang Chini 03.
Rasanya dah 4 kali dah saya menghadiri kersus sebegini….
orang pangil ajak kursus kena pergi juga…
Kursus tak lari dari masaalah BTS ( buah sawit ) ia berkisar disitu juga….
pimai…pimai..tang tu…juga…
Tandan masak
Tandan Mengkal
Tandan Muda
Tandan Terlalu Masak
Tandan Kosong
Tandan Busuk
Tandan Tangkai Panjang
Tandan Tidak segar
Tandan Lama
Tandan Kotor
Tandan Kecil
Tandan Rosak
Tandan Berpenyakit
Tandan Dura
Tandan Basah
Buah Relai
Kursus sebegini amat baik dan ia amat penting pada Pegawai ladang ,mandor dan pekerja yang berkaitan dengan BTS ini.kerana perkara ini kalau tidak diambil kira ia akan merugikan peneroka dan perlu ingat ia bukan merugikan pada pegawai atau pekerja.......
Peneroka harus mengambil tau perkara ini agar mudah untuk kita membuat teguran pada pehak pengurusan sekiranya ia tidak bekerja mengikut peraturan .....
Selama ini terlalu ramai peneroka menegur pentakbiran ( JCC ) berkaitan BTS ini tetapi tidak ada fakta yang betul .dimana patut kita tegur , dimana bidang kuasa mereka dan yang nama benar.
Saya nampak kelemahan dalam perkara BTS ini bukan datangnya dari JCC tapi datangnya dari Technoplant dan dasar yang merangka berkaitan dengan BTS ini.
JCC hanya membuat mengikut apa yang telah dirangka oleh Felda.dan nampaknya JCC telah berjaya mengikut peraturan yang telah diberi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan