Saya sangat tertarik dengan Artikal dari Blog Sg Pancing Utara
Mari kita renungkan bersama...rasanya sama jer....
Sebut tanah rancangan atau Felda, umum akan membayangkan kehijauan pohon kelapa sawit dan getah yang menyegarkan pandangan. Lot-lot rumah peneroka pula diserikan dengan pokok-pokok buah kayu bagi meredupkan tanah yang awalnya gersang setelah hutan di bersihkan. Jika zaman 70an dulu ubikayu, keledek dan berbagai tanaman kontan ditanam bagi memperbanyakkan sumber makanan kini telah diganti dengan pokok-pokok bunga berwarna-warni. Begitu juga dengan kemudahan asas seperti jalanraya, api, air, sekolah dan klinik disediakan kepada penduduk, sejajar dengan pembangunan dan kemajuan yang dikecapi oleh negara.
Kereta peneroka dan anak-cucu bertali arus keluar masuk perkampungan terutama sekali menjelang raya. Kalau dulu ada peneroka yang bercakap sorang-sorang sudah tentu kena 'cap' bela hantu raya tapi sekarang semua orang tahu dia bercakap dengan handphone guna 'earphone'. 'Mengekek-ngekek' gelak sampai terhinggut-hinggut bahu maklumlah harga buah sawit cecah RM400 bulan lepas.
Meriah sungguh di Felda sekarang. Tidak ketinggalan, tiga buah perkampungan yang membentuk Felda Gugusan Sg Panching, Sg Panching Timur, Selatan dan Utara, turut menikmati limpahan pembangunan ini. Berbanding Felda Gugusan Chini, Keratong dan Lepar yang jauh di pendalaman, Gugusan Sg Panching hanya 30 minit sahaja dari Bandar Kuantan. Orang pinggir bandar lah, kalau tidak orang bandar.
Pendek kata, tiada apa yang 'pelik' lagi di bandar Kuantan. Beli-belah, bandar. Sakit, bandar. Kerja hari-hari berulang-alik ke bandar. Waktu pagi barang di kampung dibawa ke bandar, bila petang, barang bandar pula diusung ke kampung.
Termasuklah barang-barang haram jadah seperti heroin, morfin, ganja serta pil-pil yang seangkatan dengannya!
Tidak cukup dibawa masuk datang pula tekong kecil-kecilan bagi memenuhi permintaan pelanggan, di samping meluaskan pasaran sedia ada. Berjujut-jujut lah Zombi Panching (singkatan Sg Panching) dari timur, selatan dan utara ke 'port-port yang ditetapkan. Ladang kelapa sawit yang sunyi (jika tiada aktiviti mengait buah atau proning) kini riuh-rendah dengan hilai tawa dan lolongan budak-budak Zombi melantak dadah.
Dalam perjalanan ke 'port' sempat juga Zombi ini 'merembat' barang-barang milik ayah atau orang kampung untuk ditukar ganti dengan dadah. Paling-paling tidakpun menjeling sasaran untuk habuan hari esok. Anak yang hisap dadah ayah yang jadi kurus kering dek kerana susah hati memikirkan musibah yang menimpa. Habis segala usaha dilakukan untuk mengubat anak tersayang namun tidak kesampaian.
Daripada sumber yang dipercayai kini terdapat sekurang-kurangnya 300 penagih dadah kategori tegar di sekitar Gugusan Sg Panching. Budak-budak Zombi 300 orang sedang berkeliaran dalam Panching. Angka ini tidak termasuk rekrut-rekrut baru (hisap gam, ganja) yang rata-ratanya pelajar sekolah dan amat terdedah kepada gejala ini.
Yang sudah menjadi penghuni samada penjara, pusat pemulihan atau alam barqah jangan kiralah.
Tidak berbaloi rasanya pengorbanan yang dibuat oleh peneroka demi mengecap kemewahan dibayar dengan anak-anak generasi Felda yang hanyut oleh dadah pemusnah bangsa.
Di mana silapnya? Masih adakah jalan penyelesaian? Adakah cukup usaha pihak kerajaan menggempur musuh yang diisytihar no. 1 negara ini? Atau adakah kita, kelompok-kelompok pemimpin di peringkat kampung atau gugusan telah berbuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini?
Anak-anak yang kita sambut sewaktu lahir dulu, dibelai dan dibesar bagai menatang minyak yang penuh kini menjadi musuh yang menakutkan. BERTINDAKLAH, LAKUKAN SESUATU. Mereka masih perlukan kita sebelum terlambat!
POSTED BY JINTANAHSPU AT 5:28 PM 4 COMMENTS
11 DECEMBER, 2009
Mana ahli parlimen,Adun dan ketua cawangan,
apa tindakan dilakukanselepas anda memenagi pilihanraya.
Apa sumbangan anda dikawasananda atau tempat kami.
Pembaharuan yang anda bawa hanyalah bercakaran
antara satu sama lain.Hormatilah pengundi anda.
Lakukan apa yang anda nyata semasapilihanraya.
Ahli parlimen dengan masaalahnya ?
Adun dengan masaalahnya ?
Ketua cawangan dengan masaalahnya ?
Kami pengundi ketinggalan !!!!!!!!!!!!!!!.
POSTED BY JINTANAHSPU AT 12:00 PM 5 COMMENTS
06 DECEMBER, 2009
Kami penduduk kampung Sg Panching Utara.Kuantan.Pahang
berharap Hj Jamaludin dapat meneruskan khidmat beliau
sebagai Ketua Kampung,kami PPG2 mempercayai dan hormati
kepimpinan beliau.
POSTED BY JINTANAHSPU AT 1:45 PM 1 COMMENTS
05 DECEMBER, 2009
Kami ahli koop Sg panching Utara tidak berpuashati
atas kehilangan wang Koop pada bulan 11/2009.
Kami sebagai ahli tidak begitu yakin atas kehilangan
tersebut dan mereka yang terlibat kini masih memegang
jawatan tersebut.Harap pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia
ambil tindakan segera.
POSTED BY JINTANAHSPU AT 1:11 PM 1 COMMENTS
04 DECEMBER, 2009
Kami generasi ke-2 Felda Sg. Panching Utara kuantan Pahang
memohon pihak tertentu mengambil tindakan segera penyelewengan
yg dilakukan oleh kakitangan TeknoPlan di Sg. Panching Utara
Bebanan ini , akhirnya dipikul oleh ibu bapa kami..
Tolong Siasat Dengan Segera.................
POSTED BY JINTANAHSPU AT 4:32 PM 0 COMMENTS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan