INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, Mei 11, 2010

LAGI CERITA BAB FELDA DI FACEBOOK

Tarmizi Mohd Jam "Peneroka rugi sekitar RM50 setiap tan akibat 'greding' KPG. Sengaja wujud buah 'reject'. Rugi lagi RM250 setiap bulan. Felda kini berhutang RM17 ribu seorang dengan peneroka berkaitan wang Tabung Tanam Semula. Walau pun hasil sawit cecah RM5 ribu sebulan, hasil akhir diterima RM1,200 sebulan. "
- WAN RAHIMI WAN DAUD Peguam yang memenangi kes saman Peneroka Felda Kemahang, Kelantan terhadap Felda
2 jam yang lalu · ·
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
Felda tak pernah keluar penyata hutang kepada peneroka. Saya tak tahu kalau ada ulama atau mufti dalam negara ini yang boleh menghalal tindakan Felda yang menahan harta rakyat miskin seperti ini?
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
Terdapat dua aduan besar yang sentiasa dibangkitkan oleh peneroka di seluruh negara. Pertama ialah dari sudut 'greding' sawit yang amat rendah dan tidak munasabah.
Rata-rata buah sawit peneroka di seluruh negara diberikan greding pada sekitar 17%. Kadar Perahan Gred (KPG) hingga 19% KPG sahaja. Buah-buah sawit peneroka hakikatnya berhak kepada greding yang lebih baik dari itu.
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
Bahkan berdasarkan beberapa ujian yang dibuat secara berasingan, terdapat buah-buah sawit yang masak (iaitu apabila 8 biji buah sawit gugur dari tandan sawit, sebagaimana yang disyaratkan oleh Manual Penggredan MPOB – Malaysian Palm Oil Board) yang melebihi 25% KPG.
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
Kehilangan bagi setiap peratus KPG bagi setiap tan sawit, akan menyebabkan peneroka kehilangan pendapatan sebanyak lebih kurang RM50 bagi setiap tan (ini bergantung kepada harga semasa sawit).
2 jam yang lalu
Nurul Aida Sayuti
Nurul Aida Sayuti
oh..baru tawwww... pity em..:(
2 jam yang lalu
Zabidi Zakaria
Zabidi Zakaria
betul ke,tapi org felda dah bersyukur dgn khidupan skrg,org yg busuk hati je yg jd pnghasut peneroke,senang crita tk stuju gn felda keluar blk kg,tanam jagung
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
Felda memang penyangak besar sdr zabidi. bacalah rentak rakyat jgn membela umno yang jadi dalang dalam felda tu.
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
sdra zabidi jawab: PERTIKAIAN harga kedua-dua komoditi getah dan sawit merupakan salah satu isu yang bermain di kalangan peneroka Felda. Harga yang ditetapkan Felda jauh lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan pihak swasta.
Justeru, tidak hairanlah perbezaan harga itu menyebabkan ramai peneroka memilih untuk menjual hasil mereka kepada swasta
, berbanding kepada Felda sendiri.
Getah kurang bermutu dan bercampur air sering dijadikan alasan Felda berhubung harga yang lebih rendah, sedangkan kandungan getah kering (KGK) yang dikeluarkan Felda juga rendah.
2 jam yang lalu
Rahimin Idris
Rahimin Idris
Dah dapat geran urus saja sendiri. tak perlu bagi Felda. tak perlu balik kampung..
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
jawab lagi: Pihak kilang turut mendakwa kadar KGK rendah disebabkan pembakaran di Pusat mengumpul Getah (PMG) hanya empat jam, berbanding di kilang iaitu sembilan jam dengan menggunakan oven pembakar yang berbeza.
Malangnya, selepas peneroka membakar pada tempoh yang sama dengan oven yang dicadangkan kilang, kadar KGK tetap rendah, selain Felda
tidak mengira timbangan yang tidak sampai setengah kilogram. Begitu juga nasib yang dialami peneroka kelapa sawit apabila harag yang dikenakan Kilang Felda tidak berpandukan harag yang dikeluarkan Lembaga Perlesenan Kelapa Sawit (PORLA) atau kini lebih dikenali sebagai Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Berdasarkan aduan peneroka, harga sawit mereka bergantung kepada sikap dan sifat peneroka di peringkat tanah rancangan masing-masing. Jika peneroka memprotes, maka pihak Felda akan menaikkan harga sawit. Sebaliknya, jika mereka tidak berbuat demikian, Felda bertindak menurunkan harga sawit sewenangnya.
Felda juga mendakwa peratusan minyak sawit semakin menurun mengikut umur pokok sawit yang semakin meningkat. Dakwaan tersebut tidak benar kerana pihak MPOB sendiri telah mengesahkan peratusan minyak akan meningkat apabila usia pokok semakin meningkat.
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
jawab lagi: Malah, terdapat kes penipuan apabila terdapat peneroka membuat aduan harga sawit yang dijual terus ke Kilang felda lebih murah dari melalui saluran pentadbiran Felda, walaupun dijual pada hari yang sama.
Ia dibuktikan dari akuan penerimaam Buah Tandan Segar (BTS) di Kilang Kelapa Sawit Bukit Kepayang, Triang, Pahang. Begitu juga penyelewengan yang berlaku di Felda Kemahang, Tanah Merah, Kelantan yang kemudiannya dibawa ke mahkamah dan peneroka menerima kembali hak mereka.
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
sdra zabidi teliti ini pulak: TIDAK ramai peneroka yang sedar Akta Penempatan Beramai-ramai 1960 (GSA) yang digubal menjadi penghalang kepada hak milik tanah yang diterokai mereka sejak sekian lama.
Bagaimanapun, mereka tidak menyedari hakikat tersebut kerana tidak diberikan penjelasan secara menyeluruh berhubung akta itu. Ramai beranggapan tanah
yang selama ini diusahakan akan menjadi hak milik mereka selepas tempoh bayaran semula hutang.
Di bawah akta tersebut, Felda dibangunkan bertujuan menghalang tanah-tanah yang dijadikan rancangan dibahagi-bahagikan, dijual, digadai atau diberikan kepada waris sebagai harta pusaka.
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
Jelas, selama ini para peneroka beranggapan Felda adalah satu badan yang boleh diharapkan untuk mendapat sebidang tanah sebagai tapak kehidupan mereka. Sayangnya, impian itu tidak menjadi kenyataan.

Berdasarkan akta tersebut, Felda secara tidak langsung mempunyai kuasa yang luas untuk apa sahaja bentuk organisasi pengeluaran dan cara penggunaan
tanah, sehinggalah menentukan jenis tanaman yang perlu ditanam.

Ia juga melibatkan hak milik tanah, yang mana sebelum menerima surat hak milik, peneroka tidak mempunyai sebarang hak ke atas tanah, sekaligus mereka bertaraf seperti pekerja kepada Felda.

Lebih malang lagi, mereka boleh disingkirkan dengan tidak menerima sebarang bayaran yang dikutip Felda seperti Bayaran Kembali (BK), Bayaran Cukai Tahunan (CAC) dan Caruman Tanam Semula.

Segala peruntukan GSA 1960 akan terus mengikat peneroka dan tanah rancangan sehinggakan tanah itu terus kekal sebagai tanah rancangan dan peneroka terus kekal sebagai peneroka, walaupun setelah mereka mendapat surat hak milik.
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
fahami ini pulak: KEENGGANAN para peneroka menyerahkan kerja-kerja tanam semula kepada Felda ekoran tindakan Felda melanggar isi perjanjian asal yang ditandatangani kedua-dua belah pihak.
Sebagai sebuah agen pengurusan, Felda sepatutnya tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memaksa peneroka menyertai rancangan tersebut, lebih-lebih lagi ia bakal
menghumbankan peneroka kembali kepada dilema hutang.
Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman,
para peneroka dipaksa menandatangani perjanjian baru selepas Bayaran Kembali (BK), yang jelas meletakkan para peneroka dalam timbunan hutang.
"Para peneroka ingin melupakan kesempitan yang mereka alami selama lebih 20 tahun semasa era BK, malangnya Felda menghancurkan impian mereka dengan memaksa melakukan penanaman semula dengan Felda yang memakan kos yang lebih tinggi, yang mengakibatkan peneroka akan dibebankan dengan hutang, sekaligus dikenakan kadar faedah yang tinggi," katanya.
2 jam yang lalu
Tarmizi Mohd Jam
Tarmizi Mohd Jam
Mazlan menegaskan, peranan Felda Technoplant Sdn Bhd (FTPSB) diragui para peneroka sendiri apabila perancangan atas kertas tidak serupa pelaksanaan hingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.
Lebih menghairankan, kata Mazlan hutang tanam semula mencecah hampir RM 30 000 setelah beberapa tahun kebun diuruskan FTPSB, selain melabelkan
peneroka yang mengendalikan kebun mereka sendiri sebagai anti kemajuan, dan tidak bermasyarakat.
Malah, tambah Mazlan terdapat peneroka yang diugut untuk membayar penuh hutang jika ingin menarik kembali penyertaan mereka dengan FTPSB seperti yang berlaku di Felda Sungai Sibol dan gugusan Taib Andak di Johor, Gugusan Keratong dan Jengka di Pahang.
Mengulas lanjut berkenaan kos yang dikatakan tinggi apabila FTPSB menjalankan kerja penanaman semula, Mazlan menjelaskan keadaan itu berlaku kerana melibatkan beberapa tahap kontraktor yang diberi tender untuk pelaksanaan tersebut.
"Kaedah pemberian tender menyebabkan kos meningkat. Ia bermula dengan Felda yang memberi tender kepada Technoplant, kemudiannya diserahkan kepada kontraktor dan kontraktor menyerahkan pula kepada sub-kontraktor. Ini menyebabkan kos tanam semula meningkat, selain dasar Felda yang ingin memastikan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan beban peneroka," jelas Mazlan.
2 jam yang lalu
Joe Pantai
Joe Pantai
aku tengok peneroka felda soeharto, bila kena ugut sikit dengan ketua blok semua setuju serah pada felda. Takut, walaupun dah jadi hak sendiripun masih takut.. skrg dah kena main dgn felda... padan muka... pergilah minta tolong dgn ketua blok, kesian kat mereka mejoriti org melayu..
sejam yang lalu
Arman Arshad
Arman Arshad
itu lah nasib peneroka felda..sy ni jenerasi k2 felda merasai keperitan di tanah air sendiri..zaman ayah dan ibu perit meneroka..zaman sekarang perit untuk mempertahankan hak..kami difelda lembah klau bukan setakat buah sawit di permainkan..tanah untuk peneroka pun dipermainkan..dari harga tanah smpai hak untuk mempertahankan pun hancur..harapan tingal harapan sedangkan disini 90peratus pgundi tegar BN..
sejam yang lalu
Mohd Azri Ibrahim
Mohd Azri Ibrahim
Tn Zabidi: yang datang dan tidak henti2 mengadu kepada kami adalah peneroka yang kami tak pernah kenal dan tak pernah sampai ke rumah atau rancangan mereka...adakah Tuan cuba menyatakan bahawa 364 peneroka kemahang 3 yang setiap hari menadah airmata disepanjang 10 tahun perbicaraan sebagai orang yang busuk hati terhadap felda..dan apakah tuan cuba mengatakan bahawa kesemua hakim yang terlibat menghakimi kes ini termasuk ketua hakim negara adalah mereka yang sengaja menghasut peneroka dan tidak bersyukur dgn felda..Maaf berkata tapi orang macam saudaralah yang banyak saya temui yang lebih rela menelan hasil peneroka felda ini hasil krn dilantik menjadi ketua blok atau pun diberikan pinjaman segera kerana menyokong felda..Pernahkah Felda memberitahu berapa jumlah sebenar hutang tuan dgn felda.?.berterusanlah berhutang dgn Felda insya Allah...hutang itu jua yang akan diwariskan kepada generasi akan datang...
Tn Joe; itulah sebabnya peneroka perlu faham hak mereka dalam GSA..yang sering dijadikan senjata untuk menakutkan peneroka
sejam yang lalu
Cucu Tok Ayah
Cucu Tok Ayah
Tak setuju ngan felda boleh gak balik kg tanam jagung,tapi tak setuju ngan ALlah nak lari kemana?
34 minit yang lalu

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Kepada Pakcik2 peneroka yg masih bersama Felda...tolong tengok sikit ada setengah pegawai FTPSB dari atasan atau pegawai Ladang yg menguruskan ladang pakcik semua mengambil ksempatan membuat kontrak kt kebun pakcik2 semua..tolong semak setiap SPK kerja yg dibuat adakah kosnya betul2 digunakan kepada ladang pakcik2 semua..setahu saya kos2 yg di keluarkan SPK (SIJIL PERJANJIAN KONTRAK) tidak sampai dengan kos2 terbabait seperti Kontarak Buat pagar Lembu,longkang sempadan,pembaikan jalan pertanian..kos yg dikenakan kepada melebihi kos2 asal sebabnya pegawai2 ni semua akan mengambil komisin dari konteraktor yg di beri SPK tersebut..itu pasal la kos tanam semula hutang peneroka meningkat walaupun selepas di tolak BK..Kepada peneroka yg dikawasanya ada anak benih pastikan pegawai2 ni xde jual anak benih keluar..setahu saya ada jumlah anak benih yg dikawasan peneroka semuanya lebih..diorang cover cakap anak benih untuk makluk perosak..sebenarnya pegawai2 ni akan meminta lebih untk diorang jual keluar buat kontrak sendiri..ini lah parttime diorang..fikir2 kan lah dan selamat beramal..

Tanpa Nama berkata...

Apa susah sangat kalau betul pegawai FTPSB buat kontrak sendiri kenapa tak bagitau kat SPRM......,report kat SPRM biar SPRM gi gegar pejabat FTPSB yang terlibat....,
Begitu juga kalau ada pegawai jual benih sawit , bagi tau terus kepada HQ FTPSB...,jangan buat fitnah tak tentu fasal

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong