INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Jun 23, 2010

Laporan Polis terhadap Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datu Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Laporan Polis terhadap Dato Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datu Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

angsSidang Media Dibawah pokok di hadapan Balai Polis Temerloh. Didalam gambar foto: Sdr Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) (No. 3 dari kiri) dan Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda Parti Keadilan Rakyat Pusat (sebelah kiri Mazlan) sedang memberikan sidang media.
Bergambar dihadapan Balai Polis Temerloh setelah membuat laporan Polis. Laporan Polis telah dibuat oleh Sdr Mazlan Aliman, Haji Suhaimi Said dan 3 yang lain.

Mazlan Aliman dan Haji Suhaimi Said bergambar dengan wakil-wakil peneroka setelah membuat laporan Polis terhadap Dato Seri Najib Tun Razak dan Datuk Ahmad Maslan.

LAPORAN POLIS
23 Jun 2010

Muqaddimah:
Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen sebagaimana didedahkan dalam media bertarikh 17 dan 18 Jun 2010, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 billion pada tahun 2004 kepada RM1.35 billion pada tahun 2009. Kemerosotan RM2.73 billion dalam tempoh lima tahun sangat mengejutkan.
Alasan yang digunakan ialah:-
1. RM2 billion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sarahidup dan pendahuluan hasil,
2. RM603 juta untuk pinjaman rumah,
3. RM253 juta untuk tabung kemiskinan Sabah,
4. RM662 juta untuk Bangunan baru Felda
ADUAN
1. Setiap peneroka yang terlibat dengan tanam semula telah mencarum setiap bulan dan dipotong oleh pengurusan Felda. Berapakah jumlah sebenar kutipan daripada caruman tersebut? Adakah ianya disimpan atau dilaburkan? Berapakah jumlah caruman peneroka tanam semula persendirian yang belum dikembalikan kepada peneroka?
2. Setiap pinjaman perumahan yang dibuat oleh peneroka adalah hutang yang dibayar balik setiap bulan dengan jumlah tertentu. Mereka dikenakan kos pengurusan 2.5 peratus atas pinjaman. Berapakah jumlah kutipan keseluruhan daripada bayaran balik pinjaman perumahan oleh peneroka?
3. Apakah relevannya Felda membiayai dana khas kemiskinan Sabah; sedangkan penempatan peneroka di negeri tersebut terlalu kecil. Felda Plantation, Estet Felda yang terbesar di Malaysia terletak di Felda Gugusan Sahabat. Kenapa tidak digunakan keuntungan dari Felda Plantation?
4. Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong (1999-2004) bahawa Felda telah membayar pendahuluan 40% atau RM230 juta daripada harga sebenar RM662 juta kepada pemaju kontrak, Naza TTDI Development Sdn Bhd) untuk membina banunan baru Felda di Platinum Park KLCC?
5. Akhbar Berita Harian dalam sisipan khas bertarikh 26 Februari 2008 mencatatkan kos pembinaan bangunan baru Felda yang bertaraf lima bintang (terletak bersebelahan Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura) ialah RM640.77 juta. Kenapakah harganya kini meningkat kepada RM662 juta?
6. Adakah benar pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong bahawa wujudnya suatu perancangan pada tahun 2006 untuk menggantikan ibu pejabat Felda saedia ada diatas tapak yang sama di Jalan Semarak dengan kos anggaran RM220 juta sahaja. Tender untuk meruntuhkan bangunan lama telah pun dibuka dan Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi juga telah bersetuju merasmikan majlis pecah tanah pembinaannya.
Apakah kewajarannya perancangan asal dibatalkan dan dibina bangunan baru di tapak lain dengan kos begitu mahal?
7. Adakah benar dakwaan harga bangunan baru setinggi 50 tingkat itu yang mencecah RM662 juta terlalu tinggi dan bagaimana nilaiannya dibuat?
TUNTUTAN
Felda adalah institusi pembangunan tanah milik bumiputra yang bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan. Pendedahan yang dibuat oleh Dr Tan Kee Kwong selaku bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi yang menterinya ketika itu Tan Sri Kasitah Gadam adalah sangat serius. Pengakuan oleh Datuk Ahmad Maslan sangat memeranjatkan. Kemerosotan rezab tunai Felda lebih 60% dalam tempoh lima tahun dibawah pengendalian Dato Seri Najib Tun Abdul Razak adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Selaku institusi mega yang membangunkan tanah terbesar dunia dengan mempunyai 43 anak syarikat dan 23000 kakitangan kumpulan; kesetabilan Felda telah menjadi tanda tanya. Wang peneroka Felda telah dibazirkan sesuka hati. Adakah betul untuk kepentingan rakyat atau kegiatan politik Barisan Nasional kerana Felda adalah talian hayat terakhir mereka. Logiknya, beberapa tahun akan datang; samada Felda terpaksa membuat pinjaman baru berskala besar atau diisytiharkan bangkrap.
Isu ini membabitkan kepentingan 112,635 orang peneroka dan 800,000 generasi baru
Felda. Penyelewengan dan salahguna kuasa atau apa sahaja boleh dikaitkan dengan dakwaan diatas.
Saya mendesak laporan polis ini disiasat dan tindakan segera dapat dilakukan.
(5 orang telah membuat laporan bersama ini di Balai Polis Temerloh termasuk Sdr Mazlan Aliman dan Haji Suhaimi Said)
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

Unknown berkata...

kalau semua rakyat felda seluruh negara buat report mesti best..

nurmisnan berkata...

aku pun rasa mcm nak report je pasal duit felda kerajaan guna. betul ke brother? baik2 duit berbilion tinggal berjuta je..

nak buat apa ya?

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong