INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Selasa, Ogos 10, 2010

766 peneroka Serting saman Felda RM200 juta


Harakahdaily

SEREMBAN, 9 Ogos: Seramai 766 peneroka Felda Serting Negeri Sembilan memfailkan saman di Mahakamah Tinggi hari ini terhadap Felda dan menuntut gantirugi sebanyak RM200 juta.

Mereka mendakwa Felda telah menipu mereka dan menyebabkan mereka menanggung kerugian yang besar.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit".

Tuntutan saman itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban 2 pada jam 10.45 pagi tadi melalui peguam yang dilantik Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya.

Sivarasa dalam satu sidang media di perkarangan mahkamah memberitahu, tindakan itu diambil setelah meneliti satu kes yang sebelum ini berlaku di Felda Kemahang 3 Kelantan yang mendapati wujud penipuan terhadap kadar perahan gred (KPG) yang telah dikemukakan oleh peneroka.

"Setelah meneliti kes yang berlaku di Kelantan serta kajian yang telah dilakukan oleh peneroka terhadap KPG mendapati terdapat unsur penipuan telah berlaku pada KPG yang mana kesemua peneroka telah ditipu oleh Felda sejak dari mula mereka memasuki tanah Felda ini,” katanya.

Katanya, peneroka menghantar hasil kutipan sawit mentah mereka ke kilang kelapa sawit kepunyaan Felda di Serting dan Serting Hilir.

Tambahnya, apabila kutipan dibawa dalam lori, ianya ditimbang setelah pengasingan dibuat mengikut kualiti tandan dibuat iaitu samada ianya busuk, kosong, mengkal, panjang, kotor dura dan sebagainya.

"Berat yang ditimbang kemudiannya dibayar mengikut Kadar Perahan Gred (KPG) yang telah tertera di atas satu dokumen bernama akuan penerimaan Berat Timbang Sawit (BTS) pada setiap timbangan atas setiap lori pada setiap kali penghantaran.

“KPG yang tertera di atas akuan BTS tersebut adalah 16 peratus hingga 19 peratus. KPG ini bertukar-tukar pada setiap masa dan peneroka tidak mengetahui bagaimana peratusan KPG ini ditetapkan setiap kali penghantaran,” jelasnya lagi.

Pada 10 Februari 2010, katanya peneroka telah menghantar sampel tandan ke makmal Sime Darby Research Sdn Bhd untuk tujuan KPG dan hasil ujian menunjukkan bahawa KPG adalah 24.1 peratus manakala pada 19 julai 2010 peneroka telah menghantar sampel tandan ke makmal Felda Analytical Laboratory dan hasil ujian menunjukkan KPG adalah 25.57 peratus`.

Menurutnya, oleh kerana memandangkan bahawa hasil ujian kedua-dua makmal secara rawak dan bebas menunjukkan KPG jauh lebih tinggi iaitu di antara 24 peratus hingga 25.5 peratus berbanding dengan KPG yang tertera di atas akaun penerimaan BTS yang dikeluarkan oleh defendan kedua iaitu antara 16 peratus hingga 19 peratus, maka plaintif mendapati wujudnya penipuan (fraud) dan atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli hasil buah sawit diantara Felda bagi pihak peneroka.

Tambahnya, tindakan itu jelas wujud penipuan yang dilakukan dengan sengaja dan niat jahat, merendahkan gred sawit sehingga menyebabkan peneroka tidak mendapat hasil yang setimpal dengan usaha yang mereka lakukan.

Kesemua peneroka tersebut menamakan Felda dan anak syarikat Felda, Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan, selain itu juga Felda telah lama melakukan penyelewengan dan penipuan terhadap peneroka di kedua-dua rancangan Felda tersebut.

"Bagi saya ini adalah satu penipuan dan juga pecah amanah yang dilakukan oleh Felda, kalau mengikut ujian yang dilakukan di kedua-dua makmal tersebut peneroka sepatutnya menerima hasil perahan minyak sebanyak 24 peratus hingga 25 peratus tetapi sikap Felda yang tidak jujur mereka hanya menbayar peneroka atas 16 peratus hingga 19 peratus sahaja.

"Kita hari ini bercakap kerugian yang bernilai jutaan ringgit bukannya yang bernilai RM1, kita mempunyai dokumen yang membuktikan segala dakwaan itu benar dan tepat,” ujarnya.

Menurutnya lagi, berdasarkan kiraan yang dibuat sebulan peneroka mengalami kerugian RM20 ribu, dalam tempoh 15 tahun 766 orang peneroka Felda di Serting mengalami kerugian RM229.8 juta, sebanyak itulah yang telah dikaut oleh Felda dari peneroka tanpa ada belas kasihan.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

12 ulasan:

Nur berkata...

salam
benar ke brother bergaya.. kenapa berlaku sedimikian rupa..

sedih sesangat bila orang felda diperkotak katikkan oleh org atasan yg tamak..

semoga mereka dapat menyelesaikan masalah dgn baik.. sedarlah, mereka bertungkus lumus mengusahakan kebun sawit dgn membaja, meracun, menebas, membersihkan, laluan ke bukit2 tapi hasilnya di kaut senang oleh org yg tak bertanggungjawab..

Allah maha mengetahui.. tak selamat hidup mkn harta org

uLaTbUKu.cOm berkata...

keratong dan cini bila nak saman?

Tanpa Nama berkata...

Peneroka saman Felda RM200 juta


2010/08/10


SEREMBAN: Seramai 766 peneroka Rancangan Gugusan Raja Alias dan Serting, dekat sini, memfailkan saman RM200 juta terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Seremban, kerana didakwa menipu dan pecah amanah sejak 15 tahun lalu, semalam.

Saman itu difailkan peguam utama yang mewakili peneroka, R Sivarasa, bersama peneroka, Karib Salleh, sebagai plaintif yang mewakili semua peneroka melalui tetuan Daim & Gamany di mahkamah itu.


Dalam tuntutan itu, Felda dan Felda Palm Industries masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.


Mereka mendakwa terdapat penipuan dan pecah amanah berhubung Kadar Perahan Gred (KPG) kelapa sawit sehingga menyebabkan kerugian kepada peneroka kira-kira RM200 juta.


Sementara itu, Sivarasa berkata, dalam pembayaran KPG kelapa sawit, Felda didakwa menggunakan 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar adalah antara 24 hingga 25 peratus seperti kajian yang dilakukan sebelum ini.


Menurutnya, pihaknya mempunyai dokumen membuktikan pada 2008, seramai 84 peneroka dari Rancangan Felda Serting Hilir 5 berjaya menghantar 9,515 tan hasil sawit, bermakna setiap peneroka menghasilkan purata 113 tan pada tahun itu.


Bagaimanapun, katanya, Felda membayar peneroka pada harga purata RM560 satu tan pada tahun itu dan dengan kadar kerugian enam peratus, setiap peneroka kerugian RM20,000.


“Ini bermakna dalam tempoh 15 tahun lalu, Felda menyebabkan kerugian kepada 766 peneroka melebihi RM200 juta,” katanya.


Kira-kira 200 peneroka hadir ke mahkamah kira-kira jam 10 pagi bagi menyokong tuntutan berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Bayangkan dengan menipu KPG (kadar perahan Gred) sawit, Felda mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil titik peluh dan jerit perit peneroka Felda selama bertahun-tahun.

Kalau benarlah perkara ini berlaku memang sahlah Felda dulu tolong, sekarang along.

Felda korporat, peneroka melarat......

Wahai peneroka sedarlah hak-hak kamu.....

jengka99 berkata...

kami peneroka kat wilayah jengka dapat kpg 19% jee, lepas kena tekan , Felda naikkan 20% sampai sekarang...

Tanpa Nama berkata...

hg pa ni sepatutnya bersyukur apa yg FELDA tlh bagi kt hg pa! andaikata hg pa dok luaq drpd FELDA, hidup hg pa merempat ntah ke mana...

Tanpa Nama berkata...

buah sawit baka lama yang 15 tahun dlu memang perahan 25% k? baka sawit yang baru kot yang dpt 25%

Tanpa Nama berkata...

kalau dah tau kilang tu menipu, anto aje kat kilang lain. Nak tengok berapa KPG korang dapat. Dr. M dulu ujudkan plantation dan anak syarikat supaya Felda dapat berdiri atas kaki sendiri. Bayo gaji kakitangan, bagi insentif kat peneroka (Padahal kakitangan tak dapat ape-ape pon melainkan gaji n bonos seciput walhal setahu aku, pegawai le yang bertungkus lumus uruskan ladang, kena marah, kena caci maki, peneroka macam boss, asik komplain je..).

Ni la balanya kalau dah gila nak berkuasa, cari aje salah orang walhal dia sendiri ada agenda tersembunyi. Tak caya ??. Tengok PRU 13, Mazlan Aliman bertanding ke tak...

Tanpa Nama berkata...

kalau dah tau kilang tu menipu, anto aje kat kilang lain. Nak tengok berapa KPG korang dapat. Dr. M dulu ujudkan plantation dan anak syarikat supaya Felda dapat berdiri atas kaki sendiri. Bayo gaji kakitangan, bagi insentif kat peneroka (Padahal kakitangan tak dapat ape-ape pon melainkan gaji n bonos seciput walhal setahu aku, pegawai le yang bertungkus lumus uruskan ladang, kena marah, kena caci maki, peneroka macam boss, asik komplain je..).

Ni la balanya kalau dah gila nak berkuasa, cari aje salah orang walhal dia sendiri ada agenda tersembunyi. Tak caya ??. Tengok PRU 13, Mazlan Aliman bertanding ke tak...

gayapeneroka berkata...

kekadang kita bercakap dan sokong benda yang sememangya tak betul dalam felda kerana ada kepentingan.. sebagai contoh ada kontrak dengan kilang ...dan ia sudah selesa dengan keadaan tersebut....
dia ni..sekiranya PR menang sudah pasti kena cantas ...jadi sebelum kena cantas....dia cantas dahulu...biar pun dia tahu ada benda yang tak kena dalam felda....

PAKATAN RAKYAT berkata...

InsyaAllah jika PR memerintah , dasar2 Felda yang membebankan peneroka akan diubah menjadi dasar yang menguntungkan....

Yusz Felda@mahkamah-akhirat berkata...

Felda Kemahang 3, Kelantan.. Mahkamah Persekutuan isytihar> Felda menipu peneroka.. sepatutnya kes ini membuka mata! Kenapa tidak mahu rasa 'ragu walau sedikit kepada Felda'??? Saya dengar cerita asalnya peneroka Kemahang 3 hampir 1000 ribu terlibat, tapi akhirnya ditakut2kan.. tinggallah 300 lebih.. TAHNIAH BUAT PENEROKA YANG BERANI BERJUANG WALAU DITEKAN!

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong