INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Khamis, Ogos 05, 2010

BIJIH BESI ADA DI CHINI

Di bawah hanya gambar hiasan sahaja

Sekarang isu paling hangat diGugusan Chini ialah isu ladang ada bijih besi..Tak lama lagi ramai lah orang Chini menjadi jutawan atau orang kaya baru...
Dalam satu rancangan tak lebih 15 orang jer yang terbabit tapi ceritanya riuh sekampung,pelombongnya orang tempatan juga ...melayu..dan yang pastinya bukan orang PAS...sekiranya orang PAS boleh juga aku jumpa mohon sumbangan untuk pilihanraya nanti...
Kalau anda masuk Chini melalui jalan Mempelas berhati-hatilah semasa berselisih dengan lori-lori ini kerana ia akan makan jalan semasa ada selikuh dengan keberatan menjangkau 48 tan.
Seorang peneroka yang terlibat dengan pengambilan bijih besi ini beritahu... dia akan dibayar RM4,000.00 sebulan dan selebihnya dibayar mengikut tan yang dikeluarkan..
Dari sudut alam sekitar saya ada siarkan disini.
Kebimbangan yang perlu kita ada ialah adakah sah lesen perlombongan ini..?Kita bimbang ia berlaku seperti di Bukit Ibam ...Dalam dewan undangan negeri Pahang lombong Emas hanya ada di Raub sahaja tapi hakikatnya di Bukit Ibam juga ada lombong emas...

Dibawah ini ada satu artikal dari Bukit Ibam....
Lombong besi ancam penduduk

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN



BANDAR MUADZAM SHAH 18 Julai - Kehidupan kira-kira 1,000 penduduk sekitar Bukit Ibam di sini, terus diancam bahaya apabila kerja melombong bijih besi oleh beberapa pihak yang didakwa menjalankannya tanpa permit yang sah, semakin bermaharajalela.

Rata-rata penduduk yang ditemui mengakui mereka hampir berputus asa untuk memperjuangkan nasib yang dialami kerana sehingga kini tiada tindakan tegas diambil.

Awal tahun lalu, Utusan Malaysia pernah mendedahkan rungutan penduduk terbabit yang mendakwa berhadapan dengan ancaman kesihatan dan keselamatan berikutan kewujudan lombong bijih besi yang terlalu hampir dengan kawasan kediaman mereka.

Lebih menimbulkan persoalan apabila tiada pemantauan pihak berkuasa walaupun lombong tersebut terletak kurang daripada 30 meter dari kediaman penduduk.

Kesannya, ada penduduk yang mengalami batuk-batuk akibat debu selain terpaksa berdepan dengan pencemaran bunyi setiap hari termasuk pada hari Ahad.

Justeru, mereka mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan rapi ke atas status lombong tersebut.

Menurut penduduk, ketika isu lombong itu hangat diperkatakan sedikit masa dulu, semua aktiviti perlombongan dihentikan serta-merta.

Malangnya, dakwa mereka, hanya selepas beberapa bulan, lombong terbabit beroperasi semula.

Menurut seorang penduduk, Ismail Mohamad, 49, kerja melombong tersebut hanya dihentikan sementara waktu tetapi kemudian dijalankan semula dengan membabitkan kawasan yang lebih luas.

''Apa yang berlaku amat mengecewakan kami kerana mereka seolah-olah mempermainkan undang-undang dan perasaan penduduk kawasan ini," katanya.

Sehubungan itu, Ismail mendesak pihak berkuasa terutama Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberi perhatian serius terhadap perkara tersebut kerana ia membabitkan kepentingan awam.

Dia difahamkan operasi perlombongan bijih besi di kawasan sekitar Bukit Ibam melibatkan beberapa syarikat yang berbeza.

Seorang lagi penduduk, Alias Mohd. Zin, 54, pula berkata, masalah yang sama akan berulang semula walaupun beberapa aduan dibuat kepada pihak berkuasa.

''Selepas masalah kami ini didedahkan di surat khabar, ada beberapa pegawai termasuk dari pejabat tanah dan galian datang tetapi setakat itu saja," katanya.

Seorang warga emas, Minah Sulung, 68, berkata, kewujudan lombong terbabit bukan sahaja mengganggu kesihatannya malah kehidupan keluarganya kini tidak lagi tenteram.

''Dengan bunyi enjin mesin melombong dari pagi sampai malam, lori keluar masuk ke kampung ini, hati makcik sentiasa bimbang," katanya.

Lebih membimbangkan ialah kebanyakan pekerja di lombong terbabit terdiri daripada pendatang asing dari Bangladesh dan Myanmar.

Omar Ludi, 45, pula memberitahu, kegiatan melombong di belakang rumahnya menyebabkan aliran sungai di kawasan tersebut musnah dan kesannya, penduduk kampung terdedah kepada banjir besar.

''Dulu ada sungai di kawasan melombong ini. Kalau bekalan air terputus, di situlah tempat kami mandi atau mengambil air untuk memasak. Bila sungai musnah, kita pun risau juga kalau tiba musim hujan lebat nanti," ujarnya.

Seorang lagi penduduk kampung, Sharifah Atan, 40, berkata, dia bukan sahaja tidak tahan dengan bunyi bising kenderaan berat dan enjin mesin melombong tetapi juga debu.

''Saya terpaksa mengelap lantai rumah dua hingga tiga kali sehari sebab tidak tahan dengan debu. Cucu saya pula selalu menangis kerana terkejut semasa tidur akibat bunyi bising," katanya.

Agak menghairankan, katanya, ialah kerja melombong tersebut seperti dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa .http://eforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=242039&extra=&page=26
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ativan Bipolar Ativan Seizures [url=http://www.archive.org/details/BuyCodeineOnlineNoPrescriptionNeeded ]Codeine Pills[/url] Guaifenesin W Codeine Liq Mor How Does Diazepam Work Ativan No Prescription Save Big Codeine Soma Order Online No Prescription No Prescription Cheap Kamagra Diazepam [url=http://www.archive.org/details/BuyDiazepamOnlineNoPrescription ]Diazepam Iv[/url] Ativan Haldol Diazepam For Ibs Diazepam Without Prescription Drugs Clonazepam Vs Diazepam Buy Promethazine With Codeine Syrup [url=http://www.archive.org/details/BuyAtivanOnlineNoPrescription ]Zoloft With Ativan[/url] Codeine Testing Clonazepam Chlorthalidone No Prescription Clorpres Ultram With Codeine Allergy Haldol Benadryl Ativan Diazepam Usp [url=http://www.archive.org/details/BuyClonazepamOnlineNoPrescription ]Clonazepam Images[/url] Diazepam Tinnitus Tylenol With Codeine Elixir Clonazepam Brand Name

Tanpa Nama berkata...

I love gayapeneroka.blogspot.com! Here I always find a lot of helpful information for myself. Thanks you for your work.
Webmaster of http://loveepicentre.com and http://movieszone.eu
Best regards

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong