INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI


BERMULA 2024 FELDA TIDAK MEMBERI IZIN DAN SURAT SOKONGAN MASUK API LETRIK TNB PADA GENERASI FELDA YANG MEMBINA RUMAH DALAM LOT RUMAH FELDA. - Mar 16
 Jom kita ulas dan beri pandangan ....." KEBENARAN LANJUTAN PENYAMBUNGAN PEMASANGAN METER ELEKTRIK DIRUMAH KEDUA DALAM LOT RUMAH PENEROKA FELDA (DUA RUMAH DALAM SATU LOT RUMAH PENEROKA FELDA.4...(more)

PRK CHINI APA YANG PENEROKA DAPAT - Jun 25


LADANG PENEROKA DAHAGAKAN TEKNOLOGI - Nov 29
Sewaktu di penghujung pemerintahan BN dulu ramai peneroka Chini mohon menyerahkan semula ladang untuk diurus oleh felda tapi sesudah lebih 2 tahun felda masih membisu. Dalam keadaan felda masa...(more)

TANAH FELDA TIDAK BOLEH PINDAH MILIK - Aug 05
SALAH FAHAM MASYARAKAT FELDA TENTANG HARTA PENEROKA Q1: Ayah saya seorang peneroka, beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan ibu saya, serta kami adik beradik. Setiap bulan hasil sawit kami...(more)

DALAM ISU ICERD TUNTUTAN COMANGO - Nov 22
Tuntutan COMANGO yang menyentuh Sensitiviti Umat Islam. 1. Setiap 4 tahun, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akan mengkaji dan meneliti perkembangan serta...(more)

TANAH FELDA JLN SEMARAK MILIK ORANG ? - Dec 26
Kenali cara pengkhianatan mereka pada negara, bangsa & ekonomi negara. Tanah Jalan Semarak milik Felda, kemudian felda deal dgn pemaju menerusi urusniaga bernilai RM270 juta pd tahun 2015. Cuba...(more)

Shahrir akui felda hilang status tiga aset tanah - Dec 21
KUALA LUMPUR: "Saya tidak faham bagaimana tanah milik FELDA boleh dipindah milik kepada syarikat lain. Saya hanya diberitahu tanah kita sudah ditukar milik apabila masuk ke sini (FELDA)," kata Tan...(more)

MISTERI HUTANG PENEROKA FELDA - Dec 08
Masalah hutang peneroka Felda kini memakin rumit dan pelik. Penyelesaian isu ini dipayahkan dengan tiadanya mekanisma pengurusan penyata hutang yang mudah difahami peneroka dan anak-anak mereka....(more)

HUTANG PENEROKA PADA FELDA - Nov 25
Felda yakin peneroka selesai hutang dalam 20 tahun The Malaysian Insight SHAHRIR Samad yakin peneroka Felda akan berjaya menyelesaikan hutang tanam semula dengan agensi kerajaan itu selepas 20...(more)

PENEROKA FELDA, .MERDEKAKAH KITA? - Aug 31
Lurah Bilut pembuka tanah keramat Dari Perlis hingga ke Sabah Felda terpahat Pikul lembek, bantal dan anak nyor sepohon dua Simbolik penghijrahan ayah dan ibu kita seawal 60an Felda mengiringi...(more)

Widget by Beautiful Beta

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Oktober 09, 2010

Pokok Sawit dah pandai bercakap dengan Felda

100% copy
Berpuluh-puluh tahun KPG bagi hampir semua Rancangan Felda di Negeri Pahang adalah antara 18%-19%, tetapi setelah Kemahang 3, tiba-tiba perahan telah dinaikkan hingga 20%-20.5%.


Seorang peguam kepada Peneroka-Peneroka Felda ini sambil ketawa menyatakan bahawa pokok-pokok sawit sudah mula pandai bercakap.


Saya rekodkan percakapan Pokok Sawit dengan Felda:
Pokok Sawit (PS): Boss, tak ndak ke naikkan sikit peratusan perahan sebab makmal boleh catat hingga 27% KPG sekarang ni?


Felda (F): Isy...diam, diamlah, Peneroka bukan tau pun, kalau perlu kita beri mereka tu 17% je, barulah kita banyak duit, ni nak bagi Najib lagi untuk Pilihanraya, kalau kita tak tipu peneroka, macam mana kita nak buat duit untuk Najib!


PS: A..ah, ye tak ye jugek, kita berilah 18% boss!


F: 18% tak apa, kita masih tipu mereka lebih kurang 6% bagi setiap Peneroka, dan kita tipu mereka setiap orang antara RM300 hingga RM400 setiap bulan. Boleh tahan.


PS: Bijak, boss, bijak. Tapi kawan-kawan aku di Kemahang 3 tak setuju boss, sebab Peneroka-Peneroka tu dah menang kes sampai ke Mahkamah Persekutuan. Kita tak boleh nak tipu lagi, boss.


F: Isy..diamlah, Peneroka tu mana tau cerita sebenar, Nanti aku cakapkan bahawa kita kalah sebab Peguam kita tak hadir Mahkamah.


PS: Tapi boss, kes itu bukan berjalan sehari dua. Dari Mahkamah Tinggi Kota Bahru hingga Mahkamah Persekutuan, macam-macam Peguam dah dilantik, semuanya ambil bayaran guaman hingga ratusan ribu ringgit, boss. Takkan Peneroka nak percaya?


F: Kau ni bodoh sangatlah Pokok Sawit, itu alasan kitalah, sebab bukan kerana Peguam kita bodoh, tapi sebenarnya kita tak ada kes, kita memang dah menipu! Faham!


PS: Faham boss, apa kata kita naikkan sikit KPG ni disesetengah Kilang boss, kurang-kurang kelabu juga mata mereka.


F: Naik berapa peratus, kau ingat?


PS: Boleh tak beri 20% boss. Kalau mereka saman pun, mereka hanya dapat 22%-23% sahaja, jadi bila kita naikkan kepada 20%, tentu mereka tak saman dah, dan Felda boleh makan 2% boss. 2% tu besar boss, berapa ratus ribu ada peneroka Felda, banyak dah Felda buat tu boss!


F: Bijak, bijak, kau bijaklah FS. Tapi kita jangan naikkan disemua Kilang, satu dua kilang sahaja disetiap Negeri, yang lain tu tetap dengan 18% KPG.


PS: Tapi mereka dah mula saman jugak, boss. Di Felda Maokil, Johor 600 lebih Peneroka dah masuk saman, di Serting 766 Peneroka, ni kat Pahang dengar-dengar di Rompin lebih 500 Peneroka nak saman, di kawasan Kilang Jengka 6 ada 1000 Peneroka dan di kawasan Kilang Jengka 8, ada seribu Peneroka dan di DUN Jengka lebih kurang 1000 peneroka nak saman Felda.
F: Jangan bimbang, nanti kita ugut ketua-ketua mereka. Kita boleh tipu lagi bahawa kita akan naikkan perahan. Runding punya runding, makanlah masa 4, 5 tahun. Kita bedal lah dalam masa tu. 4, 5 tahun lagi Peneroka-Peneroka ni dah habis "steam", mereka dah tua, tak terdaya nak lawan lagi.
PS: Betul tu boss, tapi boss tak takut ke halal atau haram, tak takut Neraka ke boss.
F: Mana ada halal haram, mana ada syorga neraka, yang ada untung rugi ajelah.
PS: Yang tu saya tak setuju boss.
F: Kau apa tau, keluarkan buah aje sudah. Nanti kita akan letak dalam Majalah kita, kita kata Peguam-Peguam tu tipu peneroka, ambil RM5000.00 dari setiap peneroka untuk fail saman.
PS: Tu tak betul boss. Peguam-Peguam tu hanya kenakan RM50.00 sahaja untuk kerja-kerja menghantar buah ke Makmal dari setiap lot yang terlibat. Menyediakan dokumen, memfailkan dokumen, hadir ke Mahkamah dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan, dan semakan di Mahkamah Persekutuan. RM50 tu kecil aje boss kalau bandingkan boss bayar kepada Peguam Felda yang beratus ribu ringgit tu boss.
F: Eh PS..kau cuba nak ajar aku pulak!
PS: Bukan nak ajar boss, tapi kalau Felda kalah macam kes Felda Kemahang 3 tu, kan Felda juga yang malu, dan kalah lagi di Mahkamah Tinggi Kuantan mengenai Dana Tanam Semula, nak
suruk di mana muka Felda sekarang boss, jadi bahan ketawa aje, dan kini dah tak ada peneroka yang segan dengan Felda lagi. Tak boleh runding ke boss? Dulu Peneroka yang ahli UMNO menyokong Felda boss, tapi, bila mereka sudah tahu mereka juga kena tipu oleh Felda, mereka pun kini dah duduk semeja dengan orang PKR dan PAS, dan mereka juga beri kerjasama untuk saman Felda. Kalau macam ni, habislah boss, mereka akan tawan rancangan Felda ni, dan bila mereka menang, orang macam boss ni takkan laku lagi, tak boleh dipakai!!
Felda tidak menjawab lagi dan didalam hatinya berkata bahawa dia terasa bersalah kerana selama ini menjadi alat untuk menipu Peneroka. Baru dia sedar bahawa dia seorang Melayu, diperalatkan oleh Pemimpin-Pemimpin Melayu untuk menipu Melayu.


Artikal asal dari lubuk kawah
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong