Artikal asal LKTP 1436
Di era zaman yang begitu canggih sekarang ini kenapa felda masih sangat payah untuk menyelesaikan kehendak peneroka ini, pelik sungguh memikirkannya, apakah yang mahu disembunyikan oleh bahagian kewangan di ibu pejabat felda kepada peneroka.
Saya mengesyaki pasti ada sesuatu yang mahu disembunyikan, antara kemungkinannya ialah, seperti yang kita tahu semasa peneroka mahu menanam semula dahulu, felda telah menubuhkan satu anak syarikatnya sendiri yang di pertanggung jawabkan khusus untuk melaksanakan kerja-kerja penanaman semula ini.yang dinamakan felda plantation sdn bhd yang kemudian berubah nama kepada felda technoplant sdn bhd dan kemudian berubah nama lagi sehingga saya dah lupa nama berikutnya.
Anak syarikat felda ini pula diterajui oleh beberapa bekas orang kuat felda dan bertujuan mencari keuntungan, semasa dibawah pengurusan mereka-mereka inilah banyak kerja yang dilaksanakan yang tidak sempurna tetapi bayaran tetap dilakukan juga, buat jalan didalam kebun bernilai sehingga sejuta ringgit tetapi hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja, selepas itu hancur, semua perbelanjaan ini dibebankan kepada peneroka.
Ini telah menyebabkan hutang peneroka tinggi tetapi mereka tidak berani memberikan jumlah hutang sebenar, munkin mereka takut peneroka tidak boleh terima, itulah sebabnya apabila peneroka mendesak supaya diberi jumlah hutang sebenar dan dibuat penjadualan pembayaran, mereka buat senyap.
Apa yang cuba dilakukan oleh felda ialah mendesak pengurus supaya membuat potongan meja dan diberi resit penerimaan pembayaran hutang di peringkat rancangan, dan jumlah yang patut dibayar pula hanyalah secara anggaran sahaja .
Sebenarnya kaedah kutipan diperingkat rancangan ini telah pun pernah dilaksanakan di Felda Padang Piol satu ketika dahulu tetapi berakhir dengan ketidak puasan hati peneroka disana, ini adalah kerana, ada diantara bayaran tersebut tidak sampai ke Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur.
Semua bukti pembayaran hanya bergantung kepada resit penerimaan yang ada ditangan peneroka, peneroka pula ada sesetengahnya sangat cuai atau atas sesuatu sebab telah mengalami kehilangan resit tersebut, ini telah menyebabkan tiada bukti pembayaran yang mereka telah lakukan dan dianggap mereka tidak membayar hutang .
Diatas sebab inilah, kini peneroka Felda Kota Gelanggi 01 enggan membuat pembayaran serupa, walau pun munkin cerita dari Felda Padang Piol tersebut hanyalah rekaan, tetapi asas kebimbangan peneroka tersebut ada kebenarannya dan pihak Felda tidak boleh menutup sebelah mata sahaja atas alasan semuanya karut semata-mata.
Sebenarnya inilah antara masaalah yang dihadapi oleh peneroka tetapi apabila cuba disampaikan kepihak atasan, maka ada pula pihak-pihak tertentu yang menuduh peneroka tidak tahu berterima kasih dan sebagainya...........................
Sebenarnya siapakah yang tidak tahu berterima kasih itu ..................Felda kah atau Peneroka......
ARTIKAL ASAL
1 ulasan:
Mengapa dan apa objektif atau tujuan FELDA ditubuhkan?? salah satunya untuk mengeluarkan masyarakat melayu dari kepompong kemiskinan.
Jadi apakah sekarang FELDA ditadbir menjurus kepada tujuan itu???
Atau apakah sekarang ia lebih bersifat cari duit dan kesempatan itu diambil oleh peneraju2 FELDA untuk menjadi penyamun dengan mengambil kesempatan untuk menipu, menyeleweng dan mencuri wang FELDA yang rata2 adalah wang peneroka?
Sampai bila peneroka FELDA akan dibelenggu dengan hutang yang tak kunjung habis? Jadi bila peneroka nak senang. nak repair rumah kena hutang dengan FELDA...tambah hutang lagi... walhal peneroka2 FELDA dah masuk kepada generasi kedua, hutang tak habis2.
Bila cerita pasal ketuanan melayu... sekarang ni peneroka FELDA tak ubah seperti kuli batak FELDA. Nak tanya lebih pasal hutang tak boleh, nak bayar hutang secara sendiri tak boleh, tanya lebih2 sikit tak boleh... nak tanya pasal kena tipu baja, racun, anak pokok semua tak boleh... jawapan yang paling bododh dari pihak pengurusan FELDA atau barua2 yang dilantik "kita akan ambil tindakan atau kita telah lapor belum ada tindakan".
Peneroka dan orang2 melayu kena ingat FELDA ini bukan peneroka dapat percuma. kena bayar dengan titik peluh dan wang hasil ladang. Jangan rasa terlampau terhutang budi dengan mereka hingga kita kufur dan lupa rezeki Allah S.W.T yang bagi bukan Felda. mereka hanya jadi sebab untuk rezeki itu disalurkan oleh Allah. Felda hak rakyat bukan hak penyamun2 yang telah banyak buat duit. Sebab tu kita tengok orang yang tipu duit zakat pun boleh dilantik jadi ketua Felda...
Catat Ulasan